Monday, 28 October 2013

Irfan Owhhh Irfan

Salam semua.. Maaf, agak lama menyepi kerana kekangan masa menjaga Irfan di hospital. 


Kenapa Irfan masuk hospital?

Citernya macam nie. Waktu maghrib hari Selasa, Irfan terjatuh kat lantai sebab terseradung towel masa nak pegi mandi..   Apa lagi.. Melalak-lalak la menangis. Gigi berdarah dan cedera di ibu jari kanan.

Lepas dah cuci dgn dettol, Mas just biarkan je kering. Esok pagi tgk mcm ada darah beku kat kuku dia.. So, malam tu bawak dia pergi klinik. Doktor suruh refer kat hospital dengan Pakar Ortho sebab bawah kukunya ada skit nanah dan jari dia bengkak dan merah.


Esok paginya iaitu hari Khamis, Mas tengok nanah tu dah penuh satu kuku.. dan dia kadang-kadang mengadu sakit. Mesti berdenyut-denyut sebab nanah tu kan.

Appointment dengan pakar pukul 4 ptg sebab doktor tu ada 3 case. Makanya, bila petang, nanah semakin mengisi dan Irfan demam. Memang infection lah sebab dia demam tapi suhu tak tinggi lagi masa tu.

Dalam pukul 4:45 petang, baru dapat jumpa pakar. Setelah diperiksa, dia suh  admitted sebab mlm nie nak start antibiotik dan esok pagi pukul 8:30
kena buang/cuci luka nanah tu. Tapi terpaksa pengsankan dia untuk memudahkan kerja-kerja mencuci. Pukul 12 malam start puasa.


Kami pun daftar masuk wad. Happy je budak bertuah nie kena masuk wad. Mula-mula je la kan. Bila nurse dah start buat line untuk drip baru dia takut.. Nangis asyik suh bukak je... Huhuhu.. 


Masa nie kesian sgt kat dia. Tapi kita as a parent tak boleh tunjuk kesedihan tu. Cover tetap kena cover kan. Bila kita tunjuk risau dan sedih, lagi anak-anak akan jadi takut.


Ini adalah pagi Jumaat. Dalam pukul 7:45 pagi dah kena tukar baju untuk masuk dalam operation teater. Menangis-nangis tak nak pakai baju tu.. huhuhu.. 

Pukul 8:00 pagi kami bawa Irfan masuk ke OT. Mas yang ikut masuk dalam sana berdukung. Dia kena bius dalam keadaan  Mas dukung.. time nie mulut dia asyik bertanya " ibu, kita kat mana, kat mana, kat mana" sampai Mas dengar suara dia makin perlahan dan terus terkulai. Masa nie.. Sedih sangat rasanya sebab memang macam dia dah takde.. Padahal tido je kan.

Pastu, nurse hantar Mas duduk tempat lain, mana boleh tengok kan. Dalam 40 mins siap. Masa Irfan sampai, dia masih lagi tidur.. sayu je tgk di time tu.. sob.. sob.. sob.. 


Ini dia baru sedar dari tidur tapi masih mamai lagi. Dia sambung tidur dan bangun dalam pukul 2-3 petang. Bagi minum dan makan berselera. Lapar kot sebab puasa semalaman.

Tapi, dia masih demam dan suhu 38.2 darjah. So, doktor suh stay lagi satu malam untuk pastikan suhunya turun dan buat dressing jarinya esok.

Alhamdulillah, sabtu malam kami dilepaskan keluar dari hospital.. Weehoooo....


Sampai umah tgk omg!!! Banyaknye kain nak ku uruskan. Baik juga hubby tolong basuh.. Tinggal nak lipat je kan.

Sekarang nie, hari-hari kena pegi hospital untuk buat dressing. Khamis jumpa balik pakar ortho yang baik lagi handsome iteww.. hihihi.

Doakan Irfan cepat-cepat sembuh yea. 









Wednesday, 23 October 2013

BERNIAGA SEAWAL 9 TAHUN

Nak cerita pasal berniaga nie.. Mas dah biasa dengan dunia perniagaan sebab arwah abah dulu berniaga kedai runcit di kampung. Darjah 3 dah start tolong abah jaga kedai. Arwah abah ajar timbang tepung, gula, bawang dan sebagainya. Part timbang-timbang nie memang suka sangat!! Sebab banyak nak main dari menimbang. Kikikiki..

(Gambar hiasan semata-mata)

Dulu sekitar tahun 1984- 1990, abah berniaga kedai runcit. Kami tinggal di rumah kedai. Yang mana depan adalah kedai dan bahagian belakang adalah rumah kami. Masa tu umah takde bilik tau, cuma ada sekatan dinding untuk ruang tamu, ruang tengah (dijadikan bilik tidur) dan ruang dapur serta bilik air. Ada loteng dijadikan bilik untuk kami 3 dara pingitan (masa tu baru 3 orang). Toilet plak jauh kat luar belakang rumah. 

Ingat lagi dulu, kalau nak membuang.. Kena bawak air dlm baldi gi toilet.. Masa tu rasa jauh je nak ke sana plus takutt.. Tak kira le siang atau malam.. Mesti kelam kabut membuang. Hihihi..

Setiap hari lepas lunch, mesti Mas kena jaga kedai. Adoiii.. Memang malas time tu. sebab waktu pukul 2-4 waktu abah berehat dan tidur.. kikiki. Bila ada barang2 yang tak pasti baru tanya abah camne nak timbang.

Cer bayangkan, ada pakcik order nak ikan bilis 2 tahil.. Kome tahu ke berapa gram? Beras nak 3 cupak? Time nie memang menguji minda betul la. Abah cuma bagi 1 tahil - 150gram. Pastu dah kira-kira, abah check jawapan, betul ke salah... Dup dap dup dap nak bagi jawapan. Kalau salah bukannya kena marah pon, tapi tah apa la yg Mas suspenkan.. Hihihihi.

Klu timbang ikan dan ayam lagi menakutkan sebab susah nak genapkan. Contoh bila timbang, dapat 450 gram tp jarum tu lebih skit, tapi tak sampai 460 gram... huhuhuhu.. Pening woo nak kira berapa harga. Klu sekilo RM10 senang nak kira. Dapat yang barang harga sekilo RM7.85 tak ke haru biru nak kena bahagi bagai.. Masa tu mana ada calculator. 

Ada salah jual tak?

Ini paling best. Salah menjual mestilah ada.. kakakaka.. Nak dengar citer?

Ok, masa tu bulan puasa. Bila puasa, banyaklah mercun dan bunga api yang abah jual. Abah biasanya briefing la harga-harga semua barang2 baru dlm kedai. Mas pun excited nie nak jual mercun dan tak sabar nak tunggu malam, nak tolong habiskan cepat mercun-mercun nie semua.

Mula-mula ada sorang budak beli.. Tak lama lepas tu, kawan-kawannya pulak datang, lepas sorang dan sorang datang beli sampaikan hampir sold out lah.. Wahhh!!! Laris nie kan. Suke la kan sebab dah tinggal sikit.


Lepas asar tukar shift, abah lak jaga kedai, Mas boleh gi main2 dgn kawan-kawan. Biasa tiap petang gi main rounders dengan kawan-kawan. Sblm maghrib kena balik.. Klu lambat siapp lah yea.. Kikikiki..

Baru nak nak tgk tv, abah panggil. Alaa... malasnya.. Kena jaga lagi ke? Abah tanya "aiii.. Banyak abis mercun, ramai budak datang beli yea. Berapa jual satu?" 

Mas jawab " 2 kupang". 

Abah balas " 2 kupang segulung ke sekotak?"

Mas jawab nada bagak " sekotak lah".

" Ya Allah, salah tu, kan abah kata 1 gulung 2 kupang. Kamu pegi cari balik budak-budak yang beli tadi, mintak balik mercun tu. Tak kisah la berapa balance yang tinggal" Kata abah dengan nada bengang.

Tolongggg!!!! Malu la weii nak mintak balik kat depa.. Habis la rosak keayuuanku sebab yang beli semua budak-budak jantan je. (Gedik time nie)

Mas pergi ditemani kakak tercinta mintak budak-budak jantan tu pulangkan balik mercun- mercun tu semua. Jelas kelihatan wajah tak puas hati je kena pulangkan balik mercun tu. Sian plak kat deme.. Hihihhi.

Kenangan mengutip semula mercun nie mcm never ending story sebab tiap kali berkumpul adik beradik beramai-ramai, mesti citer nie terselit sama. Pastu biasala.. Semua pakat-pakat gelakkan Mas.. Haishhh!!!


Inilah arwah abah tersayang. Abah tido
pun nak paksa ambil gambarkan. Ini gambar terakhir Mas dengan arwah sebelum beliau pergi meninggalkan kami untuk selamanya. Pic taken pada 2009. Abah pergi 2010.

Al-Fatihah untuk abah.

Pengalaman berniaga masa kecik-kecik memang owesome!!'


Monday, 21 October 2013

BEST KE BEST TINGGAL DI NEGARA ORANG - Part Bersalin la pulak!

Experience paling best!! Bila tau je peknen.. Mesti la happy kan. Kami suami isteri cari klinik OAG. 


Alhamdulillah, dpt jgk doctor pompuan. Masa first time, Mas pegi dengan hubby dan Aiman. Seperti biasa naik bas. Sampai sana, daftar. Masa daftar je dah huru hara part nak eja mana.. huhuhu... susah benor deme nak eja "Meor" tu.. haih! Tgk lak umur, waiceh.. 24 tahun, anak ke dua... terkejut lagi.. Depa kan kebanyakkan nikah lewat. (sukati la orang nak nikah awal lewat)

Nurse semua tak pandai cakap bahasa inggeris. Doctor je pandai berbahasa inggeris.. Ok  la jugak.

Sblm masuk, nurse suruh timbang, kencing dan ambik darah.. bukannya paham suh buat apa pun, sebab selamber je cakap bahasa dia. Main agak-agak je. Nurse tunjuk toilet.. Owh. .. Suh kencing le tu.. hihihi.

Tak lama tunggu, nama ku di sebut.. Maslina tp telo jerman, kalau jawa lain pulak bunyinya. Masa kat Jepun semua panggil Mas dengan nama "Masurina-san"... best lak nama jepun tu kan?

Masuk la ke bilik doktor, Mas masuk sorang je, hubby jaga Aiman kat luar. Nama doktor tu Dr. Dolfhine rasanya.. entah betul ke tak ejaan nie.. Dia terus suh baring, nak ultrasound. Ingat kat perut, rupanya kat "tut".. Hah?? Biar betul. Adoilaaa.. Begitulah seterusnya hingga la bersalin. Depa jenis tak scan kat perut. Azab betul la. Tiap kali nak check up mesti susah hati.. Mencik!!


Hari nak bersalin pun tiba. Jeng.. jeng.. jeng... Mas tak rasa sakit, tapi kuar tanda. Masa tu waktu subuh. So, dalam pukul 8-9 pagi, kami pergi hospital check.. Dia kata lambat lagi. Paling awal katanya esok pagi. Dr bagi pilihan samada nak balik atau nak warded terus. Mas pilih balik umah lah dulu.

Balik rumah, Mas pack baju utk bawa ke hospital. Iron semua baju en suami.. sempat buat mee rebus ke mee kari ek.. Lupa dah. Saje buat, nanti dlm pantang hubby mkn simple2 je. Wat stok goreng ikan bilis banyak2. Siapkan keje umah apa yang patut.

Lepas Maghrib baru rasa sakit makin kerap. Atas bantuan rakan, kami gi hospital naik keta kawan. Takkan nak naik bus. Masa tu bulan Januari, winter dgn snow tebal buku lali.. susah la nak naik bus kan. 

Sampai kat emergency, daftar kata nak bersalin. Nurse tanya mana orang yg nak bersalin? Aduhhh!! Orang punya nak terberanak nie, lagi mau tanya.. Dia tak perasan perut bulat, maybe sebab Mas pakai jaket kot.. huhuhu.. Mas mmg perut kecik je. Mcm perut 7 bulan camtu. Dengan saiz macam budak umur 10-11 tahun je.. Depa kan besar2 dan tinggi. Mas beli baju, gi kat tempat budak2 je.. hahahaha.. Klu tempat dewasa saiz XS.

Masuk labour room, wahhhh!!! cantiknye. Selesa sangat dan besar. Sorang je dlm tu.. ada tv bagai. Makin lama makin sakit. Nurse 2 orang yang jaga. Baikkkk giler, walaupun tak faham bahasa, tapi skit2 dia check.. Bila time nak tiba, baru doktor sampai.. Pastu dtg lagi 3 orang nurse.. Bagi sokongan utk push.. dah mcm tgk bola pun ada.. Kakaka.. Sorak, tepuk tangan, bagi sokongan.. hihihi.. 


Alhamdulillah.. dlm pukul 10:45 lahirlah baby girl bernama Nur Aimi Aqilah.  Doktor panggil hubby untuk potong tali pusat. kemudian check baby cukup semua anggota badan. Jari cukup 10, telinga 2 dan sebagainya. 1 week kat hospital, baru discharge balik umah. Kat sana, kena stay paksa rela 1 week. Lepas baby jab BCG baru boleh discharge.

Masa kat hospital, nurse turki yang jaga, sebab dia tau utk served makanan apa yg halal. Roti pun banyak tak halal kat sana. Hari2 hubby dan Aiman datang visit. Sian tau.. ulang alik naik bus dan train. Bawak makanan utk isteri.. huhuhu.. Memang bapa mithali lah!

Sedih woo bersalin mak takde. Tapi pengalaman manis kat sana. Kami suami isteri memang berdikari. Saling support each other. Gaduh tetap ada.. pastu baik balik.. kakakaka. Biasa la kan, dlm pantang kan sensitip. Huhuhu..

Dlm pantang, pagi2 hubby dah siap masak nasi. Pastu, balik keje masak lauk plak utk esoknya. Mas makan ikan bilis goreng je bersama lada hitam dan air rebusan. Makan jamu, mak kirim dari Malaysia, bengkung pakai 24 jam. Mandi bukak la kan. 

Panggil orang indonesia urut badan.. Waduhh.. Part urut nie i like!!! Tapi dia urut guna lotion nivea yea, bukan minyak urut.. sabo jela. Lepas urut, mas letak minyak panas kat sendi2. Pastu bertungku pakai botol panas. Tak bawak tungku kan.. Tak terfikir nak bersalin kat sini. Tp ok apa botol panas daripada tak bertungku langsung.


Pastu ada kawan2 datang melawat, bawak lauk pauk. Kira oklah. Mas sihat tanpa apa-apa masalah hingga abis 44 hari berpantang. Alhamdulillah, semua dengan izinNya.

Abis pantang, trus berjalan sakan gi London.. hahahaha. 

Inilah pengalaman paling best, masa nie la menguji kasih sayang kami suami isteri, cabaran kami hadapi sama-sama. 

Korang nak lagi ke citer kat oversea nie?

DAH TULIS IMPIAN ANDA?

Dalam entry yang lalu, Mas ada bercerita tentang matlamat dan impian.. Ingat ke lagi? Mesti ingat kan?


Kita mesti berimpian atau berangan-angan dengan apa yang kita nak. Think big atau fikir yang besar- besar sahaja. Pernah tak kita fikir, apa jadi pada aku 5-10 tahun akan datang? Berapa gaji aku? Berapa orang anak yang aku ada? Setiap orang harus mempunyai angan-angan. Tetapi, jangan takat angan-angan je. Kita kena tulis. Bila kita tulis, barulah jadi impian. Klu kita tak tulis.. Itu angan-angan mat jenin namanya. Hihihi.

Mas nak share cara-cara atau panduan nak tulis impian. Bagi anda yang pertama kali nak menulis.. mesti rasa macam susah kan.. Sebab Mas dulu pun camtu.. Masuk impian no 30.. Dah blur tak tau apa nak diimpikan. Jadi, kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan kita menulis.


1) KARIER - Fikirkan apakah impian anda di dalam kerjaya. Nak naik pangkat ke? Klu tulis naik pangkat, macam terlalu umum.. Tulis terus nama jawatan. 

Contoh : Sekarang anda adalah kerani, jadi tulis " Saya adalah Pegawai Eksekutif pada awal tahun 2015"

Jangan tulis "akan". Asyik akan je, bila nak jadi.. Betul betul?

KEWANGAN - Berapakah simpanan wang tunai yang anda mahu? Buat perbandingan pendapatan anda tahun ini dengan 10 tahun akan datang. Tulis jumlah angka yang jelas supaya ianya jelas di mata dan melekap di minda.

Contoh : Saya telah mempunyai simpanan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2020. (Sambil tulis tu, bayangkan anda sedang tengok buku asb/simpanan dgn jumlah tersebut dgn perasaan sangat gembira.. feel it!!)

PENDIDIKAN - Apakah tahap pendidikan anda sekarang? Adakah anda nak upgrade skill/kemahiran yang ada sekarang. 

KELUARGA - Apakah status anda sekarang? Bujang atau dah kahwin. Bayangkan berapa orang anak anda mahu atau apakah hadiah yang anda mahu beri kepada ibu bapa atau kepada isteri anda dlm masa 10 tahun akan datang.

SIKAP - Tengok diri sendiri. Apa perubahan yang patut anda buat untuk menjadi lebih berkualiti? Kalau anda jenis suka bangun lewat, kena berusaha untuk ubah tabiat tersebut. Jadilah orang yang lebih positif.

FIZIKAL - Apakah matlamat fizikal yang anda mahu? Nak badan langsing macam Che Ta? Atau nak kulit halus macam artis korea? Sasarkan apa yang anda harus buat untuk capai matlamat tersebut. Seperti amalkan gaya hidup sihat, elakkan makanan ringan dan sebagainya.

KEGEMBIRAAN - Apakah perkara yang boleh menggembirakan anda? Contoh adalah kereta idaman, tunai haji dan umrah atau rumah idaman. Tulis dengan jelas, kereta apa, harga berapa dan tarikh anda mahu miliki kereta tersebut. 

KEBAJIKAN - Ini adalah perkara yang sangat penting untuk menarik kejayaan, kekayaan, kebahagian dan keberkatan. Kalau sebelum nie sedekah sikit je.. Pasang impian dlm 5-10 tahun, anda sedekah lebih banyak. Pilih rumah kebajikan atau masjid yang anda sumbang. Sedekah secara berterusan.

Tulis impian anda sekarang. Fikir secara teliti, ikhlas dan terperinci apa impian anda. Apa kata mulakan hari ini, belajar tulis impian. Mas pun dah start tulis. Mula2 memang rasa susah.. Bila kita dah start menulis, laju je idea2 yang datang.

Impian pasti menjadi kenyataan dengan kuasa tindakan dan juga dengan izinNya.

Jom tulis impian mulai sekarang!



Sumber : Magnet Kekayaan & Kejayaan 

#MaslinaMeorRadhi


Wednesday, 16 October 2013

BEST KE BEST TINGGAL DI NEGARA ORANG - PART 3

- Belajar Masak -

Inilah part paling sadis sebab bila dah di rantauan baru terkedek-kedek nak belajar masak. Bila ada di rantauan, tekak ni memang request macam-macam. Teringin itu, teringin ini. Dari situlah Mas belajar masak tak cukup bahan.. Belasah je apa yang ada, janji ada rupa kan.

Biasanya klu tak sure cara-cara masak sesuatu juadah, mula-mula Mas google dulu, tp time nie tak ramai lagi orang yang buat blog masakan. Mas dulu rajin ambil resepi dari blog Kak Hanieliza, rasanya ramai yang dah kenal dengan akak Liza nie.. Sekarang dia dah ada buku 365 hari masakan tu kan? 

Klu rasa macam tak best je resepi dia, Mas call mak di kampung, tanya camne nak masak itu, camne nak masak ini. Memang cabaran la sebab bahan tak berapa nak ada kan, contoh : kicap & sos brand indon, cili kering takde, rempah kari takde. Tapi, syukur sebab ada pasaraya Thailand kat sana, jadi serai, daun kesum, asam jawa, daun pisang, cili padi, cili merah semua ada. So, okla boleh masak cuma ikan tak banyak choice. Balik-balik salmon kari, salmon black paper, asam pedas salmon, rotate dengan tuna selain dari ayam dan daging, udang & sotong. Ketam macam payah nak jumpa.

Time nie tak pandai masak, dengan bahan-bahan yang limited, jadi pening gak kepala nie memikirkan menu berbeza setiap hari. Balik-balik nasi ayam.. hahaha.. 


Ayam dan daging, kami beli di Pasar Turki. Di Hamburg, warga Turki agak ramai.. jadi, takde masalah untuk dapatkan yang halal. 

Ok, nak citer pasal orang Pakistan di Hamburg.. Orang Pakistan pun agak ramai dan siap ada restoran lagi.. Mas memang suka sangat makan kebab dan nasi beriani kat situ.

Suatu hari, masa bulan Ramadhan, hubby order nasi beriani seperti biasa tapi beli bungkus. Sambil tunggu, dia duduk di kerusi. Datang seorang pelayan tanya nak minum apa-apa? Hubby senyum dan geleng. Selang beberapa minit, pelayan yang sama datang dan tanya lagi, nak minum apa? Hubby geleng lagi. Lalu lalang kali ketiga, pelayan tu tanya lagi, nak minum apa? Hubby macam dah bengang kan dia jawab " Ramadhan.. Ramadhan" pelayan tu terus tepuk dahi.. Lupa katanya. Erkk.. hubby pun kopius, depa nie betul ke tidak ni? Nak kata muka hubby mcm orang jerman jauh sekali.. takkan Ramadhan pun lupa.

Sejak hari tu, kitaorang dah tak makan kat situ lagi.. huhuhu.. Kitaorang maintain makan kat kedai Turki ni, Restoran Lades Ayam bakarnya lembut je.


Restoran nie main dish adalah ayam. Gambar nie Mas google, jumpa pulak restoran nie.. Femes jugak yea.

Okla, nanti Mas share pulak pengalaman melahirkan anak kedua kat Hamburg plak. 

Tungguuu....


Tuesday, 15 October 2013

BE A GOOD RECEIVER


"Memberi adalah lebih baik dari menerima"

Mas biasa sharing tentang kebaikan The Power Of Memberi dan The Power Of Sedekah. 

Tapi, hari ini Mas nak share pula tentang " The Power Of Menerima"

Sebenarnya kita kena jadi "Penerima" yang bagus. Seorang penerima yang baik dan bagus, apabila dia menerima sesuatu, dia akan memberikan riak wajah yang gembira, bersyukur dan mendoakan semula orang yang memberi. Ini adalah contoh penerima yang bagus.

Macam mana kalau orang beri benda yang kita tidak mahu atau kita tidak suka? Haruskah kita menolak?

Contoh :

Seorang sahabat memberi makananan yang anda tak suka atau memberi sehelai tudung yang bukan citarasa anda? Apa anda buat?

Pada pendapat Mas, suka atau tidak kita mesti terima juga pemberian tersebut.

Sebab?

Kerana, barang atau makanan tersebut, mungkin anda tidak suka atau tidak memerlukannya.. Tetapi, mesti ada orang lain yang suka atau memerlukannya. Apa kata kita panjangkan sedekah tersebut pada orang yang memerlukannya.

Mungkin bukan rezeki kita, tetapi rezeki orang tersebut. Betul betul?

Mas masih lagi belajar untuk menjadi penerima yang baik. 

Dulu-dulu, klu benda yang Mas tak suka terutamanya makanan.. Bila orang beri, Mas menolak sebabnya Mas tak makan/tak suka makanan tersebut.

Alhamdulillah, sekarang dah belajar jadi penerima yg baik, tapi masih belum bagus.. huhuhuhu. Masih lagi belajar dan belajar. Kadang-kadang lupa hampir juga menolak.. Hihihi.

Macam last week attend wedding best friend, keluarganya nak bekalkan nasi dan lauk pauk.. Mula-mula Mas tolak (lupa daratan kan).. Pastu eh! Baru teringat, simpan je klu tak makan.. Masuk je fridge dan makan kemudian. Hari ini Mas panaskan semua lauk dan nasik tersebut untuk menu lunch kami. Senangkan, tak payah masak.

Lagi satu, bila kita dah menerima, kita sebenarnya dah bagi pahala pada orang yang memberi tu. kita secara tak sengaja dah add value orang tersebut.

'I am a generous Giver & An excellent Receiver'

KETUPAT DARI MERTUA


Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai di rumah lebih kurang pukul
5 petang tadi. Perjalanan pun ok, takde kesesakan cuma kereta semakin banyak di lebuhraya.

Tahun ini menyambut Aidiladha di rumah mertua. Sblm balik, kami dibekalkan dengan ketupat, lepat (mcm lemang tp rebus), kuah kacang, lodeh dan ayam masak merah. Rendang? Habis dah.. Hihihihi.. 


Ini pula daging korban untuk bahagian kami. Alhamdulillah.. Masjid di kampung kami telah mengorbankan 19 ekor lembu hari ini. Kerja-kerja melapah semua dilakukan secara bergotong royong dengan membahagikan tugasan masing-masing. Kat sana, bab-bab gotong royong memang best.. Berebut-rebut datang menolong tak kira majlis apa pun termasuk korban dan kerja kahwin. 

Dalam entry ni Mas nak sentuh sikit tentang hubungan kita dengan Mertua. Syukur, alhamdulillah, hubungan Mas dengan mertua dan ipar duaii berjalan dengan baik, walaupun ada kalanya kecilhati dan salah faham, tapi kami dapat selesaikannya dengan segera.

Kita sebagai manusia memang tak lari dari membuat kesilapan. Jadi haruslah saling memaafkan.

Sebagai yang muda, Mas sentiasa bertolak ansur supaya sesuatu perkara yang berlaku tidak berlarutan kerana ditakuti akan menjadi dendam. Nauzubillah.

Cuma, Mas selalu fikir.. Aku juga bakal ada menantu dan bakal jadi ibu mertua.. Oleh itu, aku nak menantu yang macam mana? Yang rajin, yang kaya, yang laser? 

Klu aku nak menantu baik, aku kena baik dulu. Kalau nak dihormati, aku mesti hormat mertua dulu, nak kamceng dengan menantu, aku kena kamceng dengan mertua aku dulu.. 

Sebab Allah itu Maha Kaya.. Dia pasti balas perbuatan kita. Klu tak di akhirat, Dia akan balas di dunia. Semua adakah ketentuanNya.

Jom sama-sama kita jaga hati mertua kita seperti kita jaga hati ibu bapa kita sendiri. Mungkin ada di antara kita yang diduga dengan keranah yang pelbagai dari mertua & ipar duai, harap bersabarlah, kerana Allah hanya menguji pada seseorang mengikut kemampuannya. 

Jika kita rasa kita yang tidak baik, cubalah untuk berubah. Buangkan perasan EGO tersebut. Ego tak kan membawa kita ke mana-mana. 

Cuba dan terus cuba perbaiki hubungan dengan mertua.. Sikit pun takpe, janji kita cuba untuk buat yang terbaik.

Mas dan suami masing-masing masih lagi perbaiki dan memperbaiki hubungan dengan keluarga mertua masing, apa yang penting, tolak ansur dan kerjasama.


Ini gambar Mas dan ibu mertua.. Picture taken few weeks ago. Doakan kami kekal begini selamanya. Amin.

#MaslinaMeorRadhi

Saturday, 12 October 2013

Pengalaman Pertama COD barang pada customer.


Ini salah regular customer, sekarang dah jadi agent.. 😊

Mesti ada yang tanya apa tu COD?
owh.. cod ialah Cash On Delivery. Yang mana, saya jumpa dan hantar produk pada customer serta customer bayar on the spot.

Sejujurnya, Mas lebih suka jumpa customer sebab kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi dan trus jadi geng.. Best kan?

Masa first customer call dan kata nak jumpa sebab dia nak Mas sendiri tengok apa masalah pada wajahnya dan minta khidmat nasihat. Aduhh.. reti ke aku ni? Boleh ke? Salah info macam mana? Punya la banyak "small little voice" aka biawak yang menghasut dan menggangu kotak fikiran nie. (Masa nie belum join IMKK - one of the best seminar by Dr Azizan)

Tapi! Berjaya ku mengalahkan biawak-biawak tersebut. Masa dalam kereta Mas niat, aku nak tolong orang nie, mesti Allah bantu. Klu niat aku betul, takkan Allah nak biarkan je. 

Pastu kuar keta, tgk customer blum sampai lagi,  tunggu dia dalam 5 minit. Dia sampai, Mas memang boleh nampak muka dia agak stress, sebab risaukan muka ke or rasa bersalah sebab lewat kot, agaknya.

Kami bersalaman dan berbual-bual berkenalan dulu. Lepas tu baru borak-borak tentang masalah wajah dia. 

Wahh.. Mas bagi penerangan macam pakar je (masa tu la, sekarang memang dah pakar kannn..) The best is, memang Mas dapat rasakan yang dia puas hati dengan penerangan Mas dan trus beli set yang Mas cadangkan. Raya hindu masa tu perasaan sebab Yes!I can do it! Alhamdulillah, dapat bantu seorang wanita hari ini.

Balik rumah biasa la, pot pet pot pet bercerita dengan hubby dan dia kata boleh bukak spa nie. Cepat-cepat ku aminkan doa hubby. Aminn..

Sejujurnya, Mas memang suka tengok orang cantik. Bahagia je rasa tengok orang cantik-cantik nie.

Pada Mas, kita cantik, biarlah untuk diri sendiri, kepuasan diri sendiri, bukan sebab nak memikat suami dan sewaktu dengannya, sebab bila hati dilukai, mesti rasa apa yang kita buat tidak di hargai dan sia-sia belaka.

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Friday, 11 October 2013

BEST KE BEST TINGGAL DI NEGARA ORANG - PART 2



Inilah bus stop yang menjadi peneman setia di kala kami tiga beranak nak berjalan-jalan.

Masa first time naik bus, hubby cakap naik bus boleh masukkan stroller sekali.. Mmg tak boleh nak bayangkan. Tanya dia, nak kena lipat ke? Dia kata tak payah, bawak je masuk sebab bas kat sini takde tangga dan dlm bas memang ada tempat khas utk stroller dan wheelchair.. Wahhh!! Bestnye kan. ( masa nie kan first time, memang kagum gile la kan) kat Malaysia tahun 2000 mana ada lagi bas camni. Belum citer speed internet lagi.. Laju gila. Masa nie, kat sini speed internet sama mcm unifi pakej yg mahal tu.. Handphone budak sekolah dah guna.. Kita time tu, pakai handphone besar bagak motorolla tu kan. Sapa ada hp kira kaya la kan.  Kikikiki..  Eh, Lari topik tiba-tiba.

Ok, kita sambung yea. Bas yang di tunggu telah pun tiba. Bas kat sini memang datang tepat pada waktunya. Bas datang setiap 9 minit. Bila pintu bukak je.. Mas pun tgk ha'a la, takde tangga.. Bawak la masuk stroller. Tempat utk parking stroller dan wheelchair adalah betul2 belakang driver dan di tengah-tengah bas. 

Mas pun parking dengan gembiranya.. Sekali terkejut katak tgk anjing hitam besar gila tgh baring kat situ.. Ya Allah, takutnya, aku nak lari ke mana nie.. Dah la dalam bas, mana ke nak lari.. huhuhu..

Pastu hubby bisik, suh rileks je, anjing kat sini semua pegi sekolah, depa tak kacau orang. Huh! anjing pergi sekolah, biar betul? Aduhhh.. Kita nie menahan je dalam hati dup dap dup dap.. Jiwa kacau betul lah anjing nie! (Memang sekolah anjing benar-benar wujud yea)

Bila dah sampai destinasi, fuh!!! legaaaaa.... Huru hara keluar dari train.. Hihihihi. Pastu hubby bawak la jalan2 bandar hamburg.. susahnye nak makan kat sini. Kitaorang makan seafood je dan our favourite makanan adalah Nordsee. Makanannya adalah udang, ikan dan
Sotong yang digoreng tepung, makan bersama sos cili thai.. Sedap giler.. 


Ini adalah winter pertama kami. Excited sebab bangun pagi kat luar putih bersih je.. Terang benderang sebab keliling putih. Tapi suhu memang sejuk, dalam -2 atau -3 degree. Klu malam pernah cecah sampai -26 degree. Sejukkkk!! 


Aiman nie jenuh nak suruh pakai tebal-tebal macam nie. Bila dipakaikan, mesti buang.. huhuhu.

Oklah, cukup dulu.. Kejap lagi hubby balik keje, ku ingin menyambut kepulangannya dengan senyuman menggoda.. Sebab malam ni nak ajak pegi makan burger bakar.. hihihi.

Tunggu tau ada part 3. Bye!!







Thursday, 10 October 2013

CABARAN MULA-MULA BERNIAGA

Masih ingat lagi perasaannya bagaimana mula-mula Mas berniaga. Buat Fan Page dan tunggu orang komen atau PM untuk order produk Mas. Masa nie elmu berniaga ciput je, berdebar-debar dan excited tunggu orang beli. Huhuhu..

Dah la berniaga nawaitu tak berapa betul, sebab nak duit je dan duit tu utk buat belanja diri sendiri dan mak di kampung.. Kesiannn.. Elmu takde.

Satu hari, ada yang komen dan tanya-tanya harga dan details produk.. Ya Allah, perasaannya time tu best yang amat sangat. Baru komen, belum beli lagi.. kikiki.

Alhamdulillah, dapat customer pertama yang confirm beli dan terus buat bayaran. Masa tu sehelai tudung yg dibeli. 

Nak tau apa Mas buat?

Terus call hubby kat opis, bagitau dia hari ini ada satu sales. Nanti ada orang transfer sejumlah wang dalam account hubby. Masa nie Mas guna account hubby, account sendiri takde lagi. Kesian betul!

Respond hubby?

Dia pun excited.. Hahaha.. Tiap kali ada payment masuk, dia text dan tulis " masyukk.. RM... , yahooo"

Ya Allah, best moment ever. Sebab hubby very supportive. Tidur pun senyum je masa dapat first sale tu.

Tapi..

Part yang lemah, bila orang mintak discount. Huhuhu.. Masa tu Mas buat dropship sahaja dengan komision RM5. Ada yang mintak free postage even beli sehelai.. Kos pos dah RM6. Camne tu?

Sekarang, bila teringat moment ni.. Sedih ada, tapi syukur sebab bisnes dah makin maju sebab ada mentor, elmu dan sistem. 

Kini, masih lagi berusaha untuk bertindak lebih luar biasa, buangkan perasaan takut dan kurang keyakinan serta berfikiran positif.

Doakan kejayaan Mas yea!

#MaslinaMeorRadhi

Wednesday, 9 October 2013

SET KEMATIAN KITA

Semua orang takut mati. Mas pun takut mati sebab amalan masih tak cukup, aurat tak betul-betul ikut syarak. Hubby selalu tegur tapi.. banyak sangat tapi tapi dan tapi.. huhuhuhu.. 

Insyaallah, Mas sentiasa cuba perbaiki dan perbaiki.. kadang-kadang leka semula, terjaga dan perbaiki serta terus perbaiki.. 😊

Berbalik semula pasal set macam mana kematian yang kita mahu. Mungkin ada di antara anda yang sudah ada atau mungkin masih ada yang belum.

Untuk yang belum ada, Mas nak share beberapa contoh :

1) Aku mahu meninggal sama usia dengan Nabi Muhamad saw wafat, pada hari Jumaat ketika solat subuh.

2) Aku mahu meninggal pada hari Jumaat, ketika solat subuh pada sujud rakaat yang terakhir.

3) Aku mahu meninggal dalam keadaan anak-anak mengelilingiku dengan bacaan Al- Quran & Yassin dan mereka redha dengan pemergianku.

Hidup mati adalah kuasa Allah. Tapi kita kena ingat, Allah menurut sangkaan hambaNya. Jangan berhenti meminta.

#MaslinaMeorRadhi

Tuesday, 8 October 2013

BEST KE BEST TINGGAL DI NEGARA ORANG - PART 1

Assalamualaikum..

Kali ni Mas nak share pengalaman pertama masa di Hamburg, Germany. Mas pergi ke sana pada tahun 2000. Mas tu umur 23 tahun.. muda remaja lagikan. Anak dah satu, umur Aiman setahun lebih. Belum pandai jalan lagi.

Mas ke sana kerana ikut En Shuben yang posting ke sana selama 3 tahun. Mula-mula tu, bila hubby cakap dah confirm dia nak bawak Mas pergi, perasaan bercampur baur sebenarnya.

Sebab?

Satu, Mas kena quit belajar.. owh no.. sangat susah nak buat keputusan tu sebenarnya. Mas buat PJJ di Uitm. Dah hampir 2 tahun Mas pegi kelas waktu weekend. Nanti Mas share citer pasal pegi class time pregnant, best sangat masa tu sebab Mas je dah kawin, orang lain semua kapel-kapel je kan.

Then, apply cuti, pihak Uitm approved untuk 1 semester sahaja iaitu 6 bulan. Oleh itu, dengan berat hati, ku lepaskan jua dan fikir, ada rezeki.. balik nanti boleh sambung belajar sebab bila kira-kira 3 tahun kat sana, balik Malaysia, Mas baru 26 tahun.. boleh lagi belajar kan?

Untuk pengetahuan semua, suami Mas memang on-off Malaysia-hamburg. 3 bulan di Hamburg, sebulan di Malaysia sehinggalah projek dah betul-betul set up, baru dia boleh bawa Mas dan Aiman. Sejak berkahwin kami memang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Nasib baik masa Mas melahirkan Aiman dia ada.. klu takde huwaaaa...

Flight dah confirm, rumah dah ready. So, berangkatlah kita orang 3 beranak. Seperti biasa, emak, abah, mertua dan adik beradik hantar kat KLIA. Pastu nangis-nangis lah kan. Arwah abah siap pesan kat hubby " Jaga Mas & Aiman elok-elok". Sedih sangat time ni. :(

Bye-bye mak abah.. 

Mas ni pulak first time naik kapal terbang, teruja giler. Dalam sedih-sedih tu, excited dan membuak-buak nak naik kapal terbang.. hihihi. Mas lagi over excited daripada Aiman.. hahahahhaa..

Kitaorang pun boarding, masuk dlm kapal terbang, cari seat. Masa tu kita orang fly pukul 12 tengah malam. Perjalanan 8-9 jam kot.. lupa dah. So, kami banyak tidur je dan ulang alik ke toilet, but... mata Mas tak boleh nak lelap. Macam-macam perkara yang bermain-main di fikiran.

Plus jakun la nak tgk tv, nak dengar lagu, main game kat dalam flight. Kejap-kejap, peramugari served air.. huhuhuh..

Kami sampai pukul 6 pagi waktu sana. Dah sampai Frankfurt, kena fly pulak ke Hamburg.. huhuhu.. sangat penat. Sampai umah pukul 12 tengahari lebih kurang.

Tengok rumah pun jakun jugak.. hahahahahahahaa.. Kat dapur ada dish washer, kabinet dapur ala english classis dengan wall paper. Rumah kami hanya 2 bilik je. Tengok pulak bilik tidur kami.. wow.. memang jakun la sebab almari baju ada lampu. Tengok pulak bilik Aiman, wow lagi, sebab kabinet baju dan kabinet mainan semua built in. Kat Malaysia, masa tu klu built in kabinet semua umah datok datin je kan.. 

Bukan rumah sebenar..

Rumah kat atas nie, bukan rumah sebenar. Tapi rumah Mas kat sana lebih kurang macam ini, cuma kami tinggal di apartment 2 tingkat. Tapi attached 2 buah macam semi-d. Pintu masuk ada satu je, dalam gambar nie dua kan. Rumah Mas tingkat bawah sebelah kanan.

Gambar-gambar kami di Hamburg semua guna filem, masa nie tak mampu nak beli digital kamera lagi. huhuhu..
oklah, nanti sambung part 2 plak ye. Macam mana first time naik bas dan keretapi bawak Aiman dengan bawak stroller. Bawak Aiman jumpa doctor untuk suntik MMR.. cakap macam ayam itik, Mas pergi class bahasa dan macam-macam lagi.

Jumpa lagi nanti!!