Wednesday 27 August 2014

KEJAYAAN YANG SUBJEKTIF

Pada saya.. erti kejayaan saya di dalam #bizsetelhutang ini bukanlah dengan income ribu riban yang saya terima... Tetapi erti kejayaan bagi saya adalah apabila saya dapat membantu rakan-rakan mengubah hidup mereka daripada biasa-biasa kepada LUAR BIASA dengan berkongsi peluang biznes nie.

Klu dulu mereka pening kepala memikirkan hutang.. Tapi sekarang.. Dah boleh bayar hutang secara ansuran..

Jika dulu nak bagi duit kat parent pun berbajet-bajet.. tapi sekarang dah boleh beri duit belanja kat parent dengan senang hati.. 

Klu dulu nak antar hantar tuisyen pun tak mampu.. Tapi sekarang bukan takat tuisyen.. Buku rujukan tambahan pun dah mampu beli..

Paling syokkk.. semua dah senyum sampai telinga.. Tidur pun senyum... hihihi.. 

Tu la yang saya maksudkan dengan 'add value' kehidupan orang lain. 

Semuanya dengan keizinan Pencipta dan usaha mereka. Saya hanya sharing elmu sahaja dan masih lagi mencari elmu yang power-power dari mentor yang power.

Maslina #TheMoneyMagnet
#biznesjemaah

Monday 25 August 2014

CUBIT PIPI KANAN.. PIPI KIRI TURUT TERASA

As salam.. 

Lama sungguh tak update blog nie.. Memang dah bersawang-sawang dah.. Baik belum jadi zoo je lagi.. Hihihi.. 

Alhamdulillah.. Mas semakin busy dengan biz.. banyak perkara nak kena setel.. Mana nak coaching.. mana nak sharing.. Dah 2 minggu berturut-turut Mas ke Melaka berjumpa dengan biz partner dan sharing #bizsetelhutang dengan orang-orang Melaka. 

Ok.. kali nie Mas terpanggil untuk sharing Kisah MH17. Sejak ketibaan jenazah mangsa ke negara kita.. hati nie sayu dan pilu sangat.. Simpati teramat sangat pada keluarga mangsa.

Selain kisah Hakimi dan anaknya Abdulrahem.. Mas paling tersentuh dengan kisah mengenai keluarga yang dari Kuching tu.. Mereka posting di sana selama 3 tahun.. Pastinya mereka super duper excited nak balik Malaysia.. Begitu juga keluarga mereka pasti tak sabar-sabar menanti kepulangan mereka sekeluarga.

Bila baca kisah tentang mereka.. Tiba-tiba terimbas kembali tentang kami sekeluarga.. 3 tahun di negara orang.. bila hubby balik keje, tunjuk surat kata kami dah boleh balik Malaysia.. Baca je surat tu.. Memang best sangat.. capai phone terus call mak.. Memang sawan tahap gaban time tu.

Sebelum balik, gi shopping beli skit2 cenderhati untuk family, masa tu elaun ciput je.. . (Rezeki kami takat tu je.. Redho je la) So, beli ala kadar je.. Kami juga buat saving utk beli rumah pertama kami.. Hihi.. (Kesiannn)

Lagi beberapa minggu nak fly.. Dah buat list siap-siap apa nak makan.. Makan??? Yes.. Kami 3 tahun tak makan kfc.. hahaha.. Dlm list tu.. No 1.. Mas tulis Gulai Tempoyak ikan Keli.. dan mosltynya semua masakan kampung-kampung la.. Pekasam, rojak buah, rambutan, durian dll.

Time tu takde FB.. klu ada, dah confirm Mas update kat fb...(memang dasar minah propa
Kannn...) Zaman tu layan forum je rasanya.. tahun 2003-2004 kot.

Dan syukur sangat sebab kami selamat kembali.. Alhamdulillah. Dlm flight memang mata tak boleh lelap.. Berdebar-debar je.. Sonok sangat dapat balik. 

Apa pun.. ajal maut semua Allah yang tentukan.. Semua orang pasti mati, cuma dalam keadaan yang bagaimana.. Hanya Allah je yang tahu.

Mohon hentikan pertikaian atas sebab-sebab kepentingan peribadi atau apa-apa jua. Lupakan warna bendera, lupakan jenis bangsa. Waallahualam..

Nie nak sharing pic lama2 masa kami gi Amsterdam. Sila abaikan pesen tudungku yang out-dated tu yea (mak jemah pun cun dr aku.. Hahaha..) Duk oversea, takde choice nak berfesyen versi muslimah. Time nie gemuk sbb tengah peknen anak kedua (lepas bersalin, mak maintain slim hokeyy!!)

Yang lelaki tu anak sulung.. Sekarang dan umur 15 tahun dah. Yang dlm perut tu dah age 12 dah sekarang. Tetiba rasa tua la pulakkk... Huhu.. 

Time nie muka tak reti sengih bila bergambar.. Tak berapa nak ada aura lagi.. Hihihihi.. Sekarang plak dah terover sengih.. Huhuhu.. 







#MaslinaMeorRadhi