Wednesday 14 May 2014

Kenapa Saya Buat Biz Networking?





Hurmm.. hari nie nak membongkar rahsia sendiri.. Mesti ada di antara korang tertanya-tanya.. Kenapa Mas buat bizness networking plak sekarang nie.. 

Apa tu biz networking?

Ala.. MLM atau Multi Level Marketing laa.. haaaa.. barulah faham kannn.. 

Mas start dari awal lah yea.. Camni.. mula-mula tu, Mas just consume produk je.. konon-konon nak cantik jelita segorgeous dutanya Datin Paduka Umie Aida.. Masa tu, tak tau plak MLM.

Beli dgn anak sedara.. pastu tgk income dia masuk kaw-kaw je kan.. Apa lagi.. Mulalah merisik.. Dia pun share la Marketing Plan.. huh!! MLM rupanya.. Saya mmg tak suka MLM tau.. 

Tapi yang bestnya.. tgk marketing plannya mudah faham, simple, modal pun mampu.. Bonus mak aiii.. Banyak plak tu... takde banyak-banyak kaki.. dan anti piramid.

Masa mula-mula buat biz nie.. banyak cobaan.. huhuhu.. Tapi ku redah je.. pekakkan telinga.. En Hubby la penguat semangat. Tq lalink.

Google segala halal haram, piramid tak piramid.. ada AJL ke tidak, Hq kat mana.. Dah macam Detektif Conan la plak kan.. Akhirnya semua jawapan positif. Alhamdulillah.

Masa mula-mula buat biz nie.. Memang susah.. maklumla takde elmu biz mcm nie.. first time la katakan.. 

Dah tau takde elmu.. kena la cari Guru kan?  Alhamdulillah, jumpa dah gurunya.. Sifu John Hazri nama diberi... lahir kat Manchaster, Negeri Sembilan.. hihi.. 

Segala training, coaching dan sgm yang dibuat, Mas attend.. memang dahaga elmu lah kiranya. Segala elmu yang dikongsikan memang bermanafaat.. Tak pernah2 Mas dapat income sehari 4 angka tau.. best giler.. Tqvm Sifu. 

Kenapa Mas buat MLM?

Sebab simple je.. nak tambah pengalaman.. Masih melekat dalam kepala nie mentor no 1 asia, Dr Azizan selalu cakap "Nak berjaya, follow step orang berjaya, u terpaksa berjaya"

Saya adalah pengikut tegar Founder Anis Choc moist yang femes dgn bekas 'love' tu.. dia pernah sharing yang dia pernah join biz MLM.. sama jgk dgn DAO.. pun pernah join MLM.. 

Apa yang Mas dapati drpd biz nie, Mas dapat pelajari sesuatu yang Mas memang takde sebelum ini.. iaitu menjadi leader yang bagus. Mas banyak belajar tentang tanggungjawab menjadi seorang leader yang bagus. Actually, saya masih belum bagus.. masih dlm learning process lagi nie.. Huhuhu..

Dalam biz sebelum nie.. Mas memang mempunyai agen-agen utk produk Mas.. tapi kebanyakkannya agen-agen nie, sekejap ada, sekejap takde.. rupa-rupanya, kesilapan tersebut berpunca dari diri Mas sendiri.

Rupanya Mas bukan leader yang bagus, Mas tak pandai jaga agen-agen yang ada. Now, Mas telah banyak pelajari betapa pentingnya kita menjadi leader untuk agen-agen kita. Kita kena guide mereka sepenuh hati, hubungan mesti mesra dan disulami dgn kasih sayang... barulah mereka kekal bersama kita. 

Alhamdulillah.. Mas telah mempelajari sesuatu yang sangat berguna untuk masa akan datang. Dalam biz kita kena try & adjust.. try & adjust again & again hingga kita jumpa apa yg sebenarnya kita nak dlm biz kita.

Saya budak baru belajar.. makin Mas belajar, makin rada cetek elmu di dada dan makin kerdil rasa diri ini.

Mas ingat lagi apa DAO selalu tekankan dlm seminarnya.. " Buat je dulu apa yang ada depan mata, yang penting u dah start"

So, redah jelah dulu.. 

" Love what u do now, u will do what u love" - DAO

Sunday 11 May 2014

FIRST TRIAL BUKA BOOTH

Hari ahad baru nie, Mas buka booth di Tesco Semenyih. Sebelum ni memang pernah terfikir nak buka booth kat tempat-tempat seperti Tesco dan Giant.. Tapi tak pernah serius.. Asyik plan je tapi no action.

Lepas balik dari MMM.. semangat membara nak buka booth.. Takde alasan dah.

Untuk Mas yang first time nie memamg nak mcm susah skit kan.. baru nak order banner, nak beli meja dan kerusi. Lepas booth kena presentable sebab booth kami terletak depan pintu keluar masuk.. huhu.. 

Walaupun ada beberapa rintangan.. tapi Mas belasah je lah!!

Untuk sesiapa yang tak pernah buka booth di Tesco.. Kat sini Mas nak share skit prosedur yang pihak Tesco perlukan :

- Salinan IC
- Salinan Lesen Perniagaan
- Brochure Produk/Company
- Bank Draft (utk bayar sewa)

Itu je pun. 

Sewa yang dikenakan RM250 satu hari. Tapi klu time Ramadhan depa offer RM300 untuk hari Sabtu & Ahad.. Hihi.. best kan, time ramadhan lagi murah.

Masa Mas hantar semua form.. dia suruh pilih tempat kat mana kita nak letak booth kita. Alhmdulillah.. Booth kami terletak ditempat yang strategik.. 

Mostly yang masuk, terus terpaku dgn ayat-ayat power kat Banner kami. 

Syukur, sambutan sangat best dari orang-orang Semenyih.

InsyaAllah, weekend nie kami akan buka lagi satu booth.. Tapi location tak confirm lagi. 

Doakan saya dan team dapat bantu lebih ramai orang. Amin..

Semoga bermanafaat.

Maslina #TheRichBuilders
#RayaLebihStyle


Monday 5 May 2014

PENAT TAPI BEST

Keje Mas hari-hari reply pm dan wassap orang yang minta untuk saya share apa bizness yang saya buat sekarang..

Biasanya mereka akan pm dan wassap tanya 

"Akak buat bizness apa, saya tengok macam best je"

Macam-macam bentuk soalan la yang mereka tanya. Tapi ada satu soalan best nie dia tanya,

"Akak pernah masuk tv kan?"

"Akak model tudung kan?"

Hihihi.. Kelakar la kan..

Handphone nie memang sentiasa kat tangan. Anak-anak tak berani guna sangat hp ibu derang sebab banyak sangat notification yang keluar.. dari fb, wassap, sms, email. Twitter dan instragram pun follower makin bertambah.

Alhamdulillah.. saya happy dengan segala pemberian Allah pada saya. Saya dilorongkan untuk berniaga, walaupun orang tak tau apa niat sebenar saya.. Tapi yang penting Allah tahu apa matlamat saya.

#MaslinaMeorRadhi
#FounderInspirasiAqeela

Hot-Hot Chicken Shit la sangat..

Mentang-mentang la nak raya nie.. korang pun pm nak tanya nak jadi agent kan... Klu serius nak buat biz.. jangan la buat biz time perayaan je.. Biz kan sunnah nabi.. Lagi best klu buat secara berterusan kan?

Untuk jadi agen saya.. ada syarat tau.. antaranya :

- Kena bayar yuran untuk commitment
- Serius
- Mahu belajar dan boleh diajar
- Dah ada FB
- Rajin
- Serius nak buat income

Sebab sebelum nie ramai dah agent yang Mas ada.. tapi mostly semua hot-hot chicken
Shit.. dr situ la permulaannya Mas stop ambil agent.

Tapi, sebab raya punya pasal.. Nak share rezeki dengan lebih ramai orang.. Mas buka balik untuk pengambilan agent.. 

Nie antara koleksi shawl yang ada. Ada koleksi baru akan menyusul.. InsyaAllah.

#MaslinaMeorRadhi
#FounderHIA


Sunday 4 May 2014

I'M Back!!

Morning... 

Now i'm back to biznes.. Malam tadi dah start balas pm walaupun tersengguk-sengguk.. Pagi nie ada sikitttt je lagi belum reply.

Kepakaran saya adalah membantu mentranformasikan sesiapa sahaja yang mempunyai kewangan yang biasa-biasa kepada kewangan yang luar biasa hanya menggunakan 'Teknik The Secret' yang mudah, simple dan proven berkesan hanya berbekalkan modal yang ciput sahaja.

Masalahnya, ramai orang yang mahu menambah pendapatan dan mahu memulakan berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana, tidak ada tunjuk ajar dan teknik yang boleh membantu mereka untuk mencapai kewangan yang mereka impikan.

Menurut mereka yang telah kami bantu, kini mereka mempunyai kehidupan yang lebih selesa , seronok untuk berbelanja dan tidak perlu mengikat perut seperti dahulu lagi. Lebih best lagi ialah mereka kini telah dapat memberi wang perbelanjaan kepada ibu bapa, langsaikan hutang dan  memenuhi segala keperluan keluarga tanpa bajet poket yang terhad.

Sekiranya anda rasa kami dapat membantu, anda hanya perlu SMS atau whatapps ke 012-6173840 untuk Khidmat Nasihat PERCUMA.


Al Kisah Berkampung 5 Hari 4 malam di MECC

As salam semua.. Mata dah mengantuk sebenarnya nie.. Tapi semangat berkobar-kobar nak sharing pasal berkampung kat MECC, Sri Kembangan nie.. 5 hari hokey..

Selama 5 hari, Mas dan rakan-rakan seramai 1700 orang menyedut elmu dari Dr Azizan Osman dalam Seminar Millionaire Marketing Mastery. Walaupun 5 hari.. Energy kami  tetap luarbiasa.



Banyak tip yang DAO kongsikan termasuklah The Power Of Syukur & The Power Of Sedekah. Medium marketing yang paling murah dan berkesan adalah FB. Seperti biasa.. Mentor saya nie sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsanya. Tqsm Allah kerana temukan saya dgn orang hebat seerti DAO.

Best dan bangga sangat sebab bangsa kita ramai yang dah tak sabar-sabar nak terminate boss mereka dan memilih jalan menjadi usahawan.. Excellent!!

Ramai ke ramai?




Kat sini juga, Mas dapat jumpa kawan-kawan baru yang dari pelbagai bidang perniagaan dan semuanya sangat hebat-hebat yang mempunyai sebab dan matlamat sendiri untuk ubah hidup.. Ada wedding planner, owner butik, MLM, biz printing, biz urut, dan ada juga yang masih belum ada biz tapi mencari peluang utk create satu biz.

Semua sporting!!!


Ada banyak lagi bergambar dgn rakan-rakan.. tapi dlm hp derang.. 

Oh ye.. Dr Azizan juga memberi kami 4 buah bukunya as for FREE!! The Power of Giving.. 

Wehooo... sila jeles k..



Yang super duper duper best adalah dapat bergambar sekali gus dapat aura-aura hebat dari jutawan-jutawan nie.. 

Mereka sangat humble dan tak kedekut elmu langsung... 


So.. malam nie dah boleh tidur senyum dah.. 

Jumpa lagi!!