Monday 21 October 2013

DAH TULIS IMPIAN ANDA?

Dalam entry yang lalu, Mas ada bercerita tentang matlamat dan impian.. Ingat ke lagi? Mesti ingat kan?


Kita mesti berimpian atau berangan-angan dengan apa yang kita nak. Think big atau fikir yang besar- besar sahaja. Pernah tak kita fikir, apa jadi pada aku 5-10 tahun akan datang? Berapa gaji aku? Berapa orang anak yang aku ada? Setiap orang harus mempunyai angan-angan. Tetapi, jangan takat angan-angan je. Kita kena tulis. Bila kita tulis, barulah jadi impian. Klu kita tak tulis.. Itu angan-angan mat jenin namanya. Hihihi.

Mas nak share cara-cara atau panduan nak tulis impian. Bagi anda yang pertama kali nak menulis.. mesti rasa macam susah kan.. Sebab Mas dulu pun camtu.. Masuk impian no 30.. Dah blur tak tau apa nak diimpikan. Jadi, kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan kita menulis.


1) KARIER - Fikirkan apakah impian anda di dalam kerjaya. Nak naik pangkat ke? Klu tulis naik pangkat, macam terlalu umum.. Tulis terus nama jawatan. 

Contoh : Sekarang anda adalah kerani, jadi tulis " Saya adalah Pegawai Eksekutif pada awal tahun 2015"

Jangan tulis "akan". Asyik akan je, bila nak jadi.. Betul betul?

KEWANGAN - Berapakah simpanan wang tunai yang anda mahu? Buat perbandingan pendapatan anda tahun ini dengan 10 tahun akan datang. Tulis jumlah angka yang jelas supaya ianya jelas di mata dan melekap di minda.

Contoh : Saya telah mempunyai simpanan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2020. (Sambil tulis tu, bayangkan anda sedang tengok buku asb/simpanan dgn jumlah tersebut dgn perasaan sangat gembira.. feel it!!)

PENDIDIKAN - Apakah tahap pendidikan anda sekarang? Adakah anda nak upgrade skill/kemahiran yang ada sekarang. 

KELUARGA - Apakah status anda sekarang? Bujang atau dah kahwin. Bayangkan berapa orang anak anda mahu atau apakah hadiah yang anda mahu beri kepada ibu bapa atau kepada isteri anda dlm masa 10 tahun akan datang.

SIKAP - Tengok diri sendiri. Apa perubahan yang patut anda buat untuk menjadi lebih berkualiti? Kalau anda jenis suka bangun lewat, kena berusaha untuk ubah tabiat tersebut. Jadilah orang yang lebih positif.

FIZIKAL - Apakah matlamat fizikal yang anda mahu? Nak badan langsing macam Che Ta? Atau nak kulit halus macam artis korea? Sasarkan apa yang anda harus buat untuk capai matlamat tersebut. Seperti amalkan gaya hidup sihat, elakkan makanan ringan dan sebagainya.

KEGEMBIRAAN - Apakah perkara yang boleh menggembirakan anda? Contoh adalah kereta idaman, tunai haji dan umrah atau rumah idaman. Tulis dengan jelas, kereta apa, harga berapa dan tarikh anda mahu miliki kereta tersebut. 

KEBAJIKAN - Ini adalah perkara yang sangat penting untuk menarik kejayaan, kekayaan, kebahagian dan keberkatan. Kalau sebelum nie sedekah sikit je.. Pasang impian dlm 5-10 tahun, anda sedekah lebih banyak. Pilih rumah kebajikan atau masjid yang anda sumbang. Sedekah secara berterusan.

Tulis impian anda sekarang. Fikir secara teliti, ikhlas dan terperinci apa impian anda. Apa kata mulakan hari ini, belajar tulis impian. Mas pun dah start tulis. Mula2 memang rasa susah.. Bila kita dah start menulis, laju je idea2 yang datang.

Impian pasti menjadi kenyataan dengan kuasa tindakan dan juga dengan izinNya.

Jom tulis impian mulai sekarang!



Sumber : Magnet Kekayaan & Kejayaan 

#MaslinaMeorRadhi


1 comment:

  1. Terima kasih banyak-banyak. Ianya sangat membantu saya..^_^

    ReplyDelete