Thursday 30 January 2014

AKU DULU & SEKARANG

[Dulu & Sekarang]

Dulu 

- Nak beli baju mintak hubby
- Nak bagi mak belanja mintak hubby
- Nak sedekah orang kenduri pun mintak hubby.

Sengkek tahap gaban. Serbi serbi mintak lah!!

Sekarang 

Semua pakai duit sendiri. Tak
Payah mintak-mintak dah. Tapi kena mintak jugak... Mintak izin.  :)

Alhamdulillah, Allah melorongkan jiwa dan hati saya dengan berniaga.

Berniaga nie, kalau tak tau belajar, pegi class.. takdenya Elmu tu turun dari langit.. Kena cari.

Mas suka pergi class berbayar kerana bila bayar, Mas lebih komited untuk buat sesuatu perkara. Klu free nie, mcm siput la tindakan saya. Orang lain Mas tak tau lah kan.

Tgk orang biz maju, aku tak maju, kena fikir BAGAIMANA?

Banyakkan soalan BAGAIMANA?

Hilangkan dari kotak fikiran perkataan "tapi, alaaa...., yeke? Boleh ke?", ada ke orang nak beli?

Buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti.


Sunday 26 January 2014

[Tips Dapat Restu Nak Berniaga]

Mesti ramai yang ada masalah nak dapat restu kan?

Nak dapat restu dari ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri.

Sebab mereka rasa, bila berniaga, pendapatan tak tetap, takut rugi dan macam-macam andaian lagilah..

Tapi....

Kita tak boleh salahkan mereka tau..

Sebab?

Memang macam tu kita orang melayu, dari zaman nenek moyang kita lagi dah set mentaliti macam tu.. 

Apa-apa, kita balik pada sejarah.. Masa jajahan British, mereka dah kelaskan yang india kerja di ladang, cina berniaga (automatik pegang ekonomi) dan kita melayu adalah petani dan nelayan.

So, kita kena faham yang tu. Memang susah nak ubah. So, tak perlu nak marah-marah or gaduh-gaduh atau kita nak ubah-ubah fikiran mereka. Kita buat jugak dalam diam.

Nak bagi depa nie sedap hati.. kita keje makan gaji dan dlm masa yang sama buat biz dengan niat untuk bantu ibu bapa, keluarga, adik-beradik, rakan-rakan dan semua orang yang perlukan bantuan kita.

Betulkan balik niat. Kita berniaga bukan sebab nak kaya, bukan sebab nak duit.. Tapi sebab NAK BANTU ORANG RAMAI!!

Macam mana nak dapat restu?

Senang je.. 

Bila kita dapat untung berniaga tu, belanja la mak abah, adik beradik, belikan suami/isteri hadiah, belanja makan ke, bawak jalan-jalan ke.. Mesti diorang suka.. Sapa tak sukakan dapat hadiah, makan free.. 

So.. bila mereka tgk ada hasil, mereka lebih yakin dgn kita.. Seronok dgn pencapaian kita. Bila dah seronok.. mesti mereka akan galakkan kita. Best ke best?

Duit untung tu kita dapat sikit dulu pun takpe. Jangan la duit tu enjoy sorang-sorang.. Beli bag, baju, kasut, tudung pulak!!

Rezeki Allah bagi tu bukan semua milik kita, tapi Allah salurkan melalui kita, kita pas-pas la kat orang lain.

Lagi banyak beri, lagi banyak
kita dapat balik.

Dia bagi balik dalam bermacam bentuk.. bentuk wang, ketenangan, keberkatan, kesihatan baik, suami /isteri baik, anak2 berjaya dlm pelajaran dan macam-macam lagi..

So, sapa yang tak dapat restu lagi tu.. Silalah buat tips nie.. 

Semoga berjaya!!

Tuesday 21 January 2014

SEDEKAH DAN SENDIRI

As salam semua.. Lama jugak Mas tak update blog. Alhamdulillah, permulaan tahun yang agak sibuk dari tahun lepas kerana ada perubahan jadual rutin harian.

Pada awal tahun nie.. Mas dapat 2 dugaan hebat di dalam biz.. syukur.. kerana Allah masih ingat kat Mas. Kalau takde dugaan lagi takut kan? Alhamdulillah, Mas dapat handle dengan tenang juga.

Mentor saya kata, lagi banyak dugaan, lagi banyak kegagalan lagi bagus. Sebab Allah nak beri kita peluang lebih bagus lagi.. Yang lebih best-best lagi. 

Hari nie nak citer pasal Sedekah. Entry sebelum nie dah pernah citer pasal sedekah.. tapi yang sedekah kali nie lain skit.. 

Kita biasanya bila bersedekah, kita sedekah pada mak, abah, anak-anak, adik-beradik, atok nenek atau mak/bapa saudara kita SENDIRI.

Apa kata kita kembangkan lagi sedekah kita pada mak abah ORANG LAIN.. bukan SENDIRI.. 

Sedekah pada anak-anak orang lain, atuk nenek orang lain, anak sedara orang lain.. dan banyak lagilah yang orang lain punya.


Ini salah satu contoh terbaik. Projek infaq nie kawan Mas punya. Jom kita share keuntungan/bonus/gaji kita dengan adik-adik comel nie.

Bersedekah dapat membersihkan kolam hati supaya kita mendapat rezeki yang lebih melimpah ruah. Amin.

Anda kaya dan berjaya!!



Monday 13 January 2014

CARA RASUL BERBISNES


Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Cara baginda berniaga adalah seperti berikut :

1) Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

2) Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

3) Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4) Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

5) Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

6) Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

7) Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

8) Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

9) Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Wallahualam.

Sumber : usahawan.com

Sunday 12 January 2014

SI KAYA MAKIN KAYA.. SI MISKIN MAKIN MISKIN

Mengapa Malang Bertimpa-timpa?

"Orang kaya semakin kaya, orang miskin tetap miskin"

Saya pasti anda kenal dan biasa mengenal pepatah di atas. Antara sebabnya adalah kerana Gaya Pemikiran.

Orang kaya sering mencari penyelesaian, orang miskin kaya dengan alasan. Gaya pemikiran juga ada kaitan dengan abundance (berlimpahan).

Apabila kita mempunyai pemikiran dan hati (believe system) yang berlimpahan, serta kecukupan, kita telahpun membuka pintu ke arah kehidupan tanpa batasan.

Orang yang mempunyai soul dan mindset abundance, adalah orang yang bersumberkan pergantungan kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya.

Dengan bergantung kepada Allah, kita akan peroleh gaya pemikiran dan hati yang serba mencukupi dan berlimpahan.

Allah adalah sumber mutlak untuk kehidupan tanpa batasan. Oleh sebab itu, pergantungan dengan Allah itu
penting.

Bagaimana nak mendidik diri mempunyai soul dan mindset yang abundance? Antaranya adalah, dengan kerap dan banyakkan bersyukur setiap hari. Kurangkan merungut, walau perkara itu tidak kita ingini.

Ikhlaskan diri menerima apa yang Allah beri kita sekarang. Adakalanya kita terlalu memandang impian dengan berharap kehidupan sekarang akan berubah, tetapi lupa untuk melihat apa yang kita ada. Sedangkan apa yang kita ada banyak.

Amalan yang boleh dipraktikkan;

1. Kerap dan banyakkan bersyukur dengan skrip berikut;

"Terima kasih Allah, saya dapat makan dengan kenyang"

"Terima kasih Allah, saya dapat tidur dengan lena"

2. Kurangkan merungut dengan ikhlaskan diri dengan apa yang Allah beri. Skrip yang boleh diucapkan;

"Ya Allah, saya ikhlas menerima apa yang Kau beri.

Saya pasrahkan ketenangan hatiku kepada-Mu. Terima kasih ya Allah."

Selamat beramal ;)

Apabila kita masuk ke fasa syukur, kita telah membuka minda dan hati kita untuk mencapai soul dan mindset
yang berlimpahan dan serba mencukupi.

Credit to InsyirahAzhar

Rakan-rakan pembaca sekelian.. Jom sama-sama kita ubah gaya pemikiran kita. Sebenarnya kaya atau miskin adalah pilihan kita. Kita boleh pilih nak kaya dan juga kita boleh pilih nak kekal susah/miskin.

Kita kadang-kadang lebih rela jadi survivors daripada berusaha lebih untuk memperbaiki ekonomi keluarga/diri kita.

Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat.. Amin.

Tuesday 7 January 2014

VISUALIZE YANG BEST- BEST SEBELUM TIDUR




Apa kata mulai malam ini, sebelum tidur, kita vizualise yang kita sedang tidur atas duit yang sepenuh-penuh katil.. 

Wow!!! Mesti best giler kan? 

Visualisekan yang esok pagi, kita bangun je, duit jatuh dari syiling rumah sebanyak-banyaknya menghempap kita macam hujan.. Kita sangat happy dan terus buat sujud syukur di atas timbunan duit tersebut..

 
Bayangkan juga wang-wang itu semua kita bagi pada mak abah kita... gambarkan bagaimana mereka sangat gembira sambil memeluk kita dan menangis kegembiraan.


Kemudian, kita kongsikan pula duit-duit tu dengan badan kebajikan dan anak yatim yang memang kita idamkan untuk taja.. Bayangkan wajah-wajah kegembiraan anak-anak tersebut.


Visualizekan lagi apa yang anda nak buat dengan duit tu, teruskan buat hingga anda tertidur.. Zzzzz

Tips : Masa visualize, pastikan anda feel betul-betul perasaan tu dengan senyuman, ucap alhamdulillah, syukur dan lagi best nangis sebab happy sangat dgn rezeki Allah bagi tu sebab dengan duit tu, kita boleh tolong raaamaaiiii orang. Feel tu buat macam memang dah jadi.. bukan 'akan' jadi.. Tapi 'dah' terjadi tau..

Selamat berangan yea!!

Nite-nite!!