Showing posts with label #MaslinaMeorRadhi. Show all posts
Showing posts with label #MaslinaMeorRadhi. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Al Kisah Berkampung 5 Hari 4 malam di MECC

As salam semua.. Mata dah mengantuk sebenarnya nie.. Tapi semangat berkobar-kobar nak sharing pasal berkampung kat MECC, Sri Kembangan nie.. 5 hari hokey..

Selama 5 hari, Mas dan rakan-rakan seramai 1700 orang menyedut elmu dari Dr Azizan Osman dalam Seminar Millionaire Marketing Mastery. Walaupun 5 hari.. Energy kami  tetap luarbiasa.



Banyak tip yang DAO kongsikan termasuklah The Power Of Syukur & The Power Of Sedekah. Medium marketing yang paling murah dan berkesan adalah FB. Seperti biasa.. Mentor saya nie sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsanya. Tqsm Allah kerana temukan saya dgn orang hebat seerti DAO.

Best dan bangga sangat sebab bangsa kita ramai yang dah tak sabar-sabar nak terminate boss mereka dan memilih jalan menjadi usahawan.. Excellent!!

Ramai ke ramai?




Kat sini juga, Mas dapat jumpa kawan-kawan baru yang dari pelbagai bidang perniagaan dan semuanya sangat hebat-hebat yang mempunyai sebab dan matlamat sendiri untuk ubah hidup.. Ada wedding planner, owner butik, MLM, biz printing, biz urut, dan ada juga yang masih belum ada biz tapi mencari peluang utk create satu biz.

Semua sporting!!!


Ada banyak lagi bergambar dgn rakan-rakan.. tapi dlm hp derang.. 

Oh ye.. Dr Azizan juga memberi kami 4 buah bukunya as for FREE!! The Power of Giving.. 

Wehooo... sila jeles k..



Yang super duper duper best adalah dapat bergambar sekali gus dapat aura-aura hebat dari jutawan-jutawan nie.. 

Mereka sangat humble dan tak kedekut elmu langsung... 


So.. malam nie dah boleh tidur senyum dah.. 

Jumpa lagi!!

Sunday, 13 April 2014

SENTAP DER

[SENTAP DER]

Hari nie attend Bangkit Berniaga 2014.. Seminar dari mentor kesayanganku Dr Azizan Osman..

Memang sentap giler statement yang DOA kongsikan..

So, mana boleh sentap sorang-sorang kan?

Jom kita sama-sama sentap!!

10 Sebab Kenapa Orang melayu LAYU

1) Kita diajar/diprogramkan oleh datuk moyang kita untuk memilih makan gaji tetap sebagai keutamaan.

- kita di salah program.
- Kita patut ajar anak-anak kita belajar tinggi-tinggi untuk jadi biz people.
- biz adalah sunnah

2) Kos hidup makin meningkat

- Rumah makin mahal

3) Tidak mahu meningkatkan diri 

- tak nak upgrade elmu utk upgrade diri.
- Kedeku keluarakan duit untuk menuntut elmu.

4) Sikap negatif pada kejayaan orang lain

- tak suka tengok orang lain berjaya
- Kalau kita tak suka dengan kejayaan orang lain, macam mana kejayaan nak datang pada kita
- Nak berjaya, kawan dgn orang berjaya.

5) Tidak ada kesungguhan dalam melakukan sesuatu/tidak ada keinginan yang tinggi

- buat ala kadar

6) Salah faham tentang kegunaan duit

- orang biasa-biasa, bekerja untuk bayar hutang
- orang kaya, bekerja untuk bayar hutang dan buat investment (property, elmu & pelaburan)

7) Bodoh sombong - tak nak belajar

8) Salah pilih suasana - kena pandai pilih kawan

9) Rasa selesa - padahal tak selesa pun

10) Suka salahkan orang lain - Gagal buat biz, salahkan orang lain. Tak pernah tengok kesalahan orang lain. Orang berjaya, mereka sentiasa memperbaiki diri

Ini antara 10 sebab kenapa kita layu... DAO buat research berdasarkan pemerhatian daripada student-student yang lepas.. Kenapa dulu mereka tidak berjaya.

JOM BANGKIT WAHAI BANGSAKU!!

Thursday, 10 April 2014

KASIHNYA IBU SAYANGNYA AYAH

Hari Isnin hari tu Mas menziarah warga emas di Rumah Kenangan Cheras.. Plan bidan terjun pun.. Sebab pagi member sekolah wassap bgtau dia ada kat sana dan ajak join rombongan dia di sana.

Alhamdulillah.. Allah luangkan masa saya 30 min bersama-sama mereka. Perasaan bercampur-baur bila sampai di sana.

Terhibur dengan telatah penghuni di sana.. Ada yang happy & kelakar


Tetapi ada juga yang duduk termenung keseorangan.. Ada yang hanya terlantar baring di katil.

Mas sempat berbual dengan salah seorang daripada mereka. Beliau menyatakan yang anaknya datang menziarah 2 minggu sekali.. di tepi katil.. di
satu sudut, bersusun gambar anak-anak dan cucu beliau. Masa tu memang tersentuh sangat hati ini.. Terus teringat mak kat kampung.. Huhu..

Gambar di bawah adalah saya bersa-sama penghuni yang happening dan sporting.. memang tercuit hati dengan gelagat mereka.



Pic kat bawah nie kawan dari sekolah rendah.. Memang dah lama sangat kami tak berjumpa.. Tak sangka, kat sini kami bertemu.. Allah punya perancangan.. Kita tak tau kan..



Balik dari menziarah terus call mak.. Cerita kat mak tentang penghuni kat sana.. Mak pun turut sedih.. 

Sangat bagus untuk kita selalu pergi ke tempat-tempat macam nie untuk beri kesedaran untuk diri kita sendiri.

Luv mak so much!!

Tuesday, 1 April 2014

MASUK MAJALAH PERCUMA!!


Bersama Akmar...

Riang hati yang tak terkata.. Hari nie ada interview dan photshoot dengan majalah Mingguan Wanita.....

Best sangat sebab majalah tu memanf ramai fans... 

Menurut Akmar, untuk keluaran ujung bulan April.. untuk 4 muka surat.. 

Alhamdulillah... Allah sentiasa lorongkan kita kepada impian kita..

Saya sentiasa tulis matlamat... Anda?

Photog : Bad




Tuesday, 25 March 2014

TEGURAN DARI ALLAH


Alhamdulillah.. Pagi tadi attend training untuk speaker.. Syukur, banyak perkara dan skill yang Mas perlu perbaiki. Seronok sangat sebab level keyakinan juga semakin bertambah.

Maklumla, Mas dah lama jadi housewife.. Memang tak pernah buat perkara sebegini.. Ini adalah pengalaman baru dan kena banyak belajar dan terus belajar.

Ada sesuatu yang berlaku di akhir training tu dan Alhamdulillah.. Allah tunjukkan sesuatu yang Mas tak nampak  dan kabur sebelum nie.. Allah beri teguran dan tunjukkan sesuatu.. Syukur sangat. 

Semangat Mas tak pernah pudar.. Mas sentiasa fokus untuk add value orang lain.. Amin

Ya Allah.. Kau peliharalah niatku Ya Allah.. kekalkanlah niatku ini Ya Allah. Sekiranya aku terpesong, segeralah menegurku ya Allah.. Kerana aku percaya dengan perancanganmu. Aku merancang, Engkau merancang.. Tetapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariMu. Amin.

Sunday, 23 March 2014

BEST KE BEST?

Hari nie dapat sedut elmu baru dan sharing elmu dengan ramai orang yang nampak peluang untuk ubah hidup mereka.

Alhamdulillah.. Kini bangsa saya telah berani bertindak luar biasa untuk memajukan kehidupan masing-masing.

Memang happy dan best sangat kerana mereka yang hadir semua dahagakan elmu, bersemangat dan positif.

Aura-aura sifu yang sharing elmu juga sangat hebat.

Sejujurnya.. Ini adalah first time saya buat biz networking.. Saya banyak belajar perkara-perkara baru.. dalam masa yang sama, saya juga dapat develop diri untuk menjadi leader dan speaker yang bagus.

Ini hanyalah proses permulaan. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan praktikkan untuk sharpen my skill dan develop kredibiliti.

Mohon pembaca doakan saya mampu bertindak dan memecahkan dinding untuk menjadi luar biasa. Amin.



Tuesday, 11 February 2014

KEDEKUT ELMU

Memberi elmu kepada orang lain tidak bermakna elmu kita tu akan hilang..

Malah elmu tu akan bertambah banyak lagi dan beranak-beranak.

Kerana saya percaya kepada undang-undang alam yang mana, jika kita nak bahagia, kita bahagiakan orang lain dulu.

Jika kita nak elmu, kita beri dulu elmu kpd orang lain..

Alhamdulillah, itulah yang saya buat sekarang.. Mengajar orang buat income secara online dengan Bank Facebook.

Sedar tak sedar.. Saya dah nak ke Pillar no 3 dlm IJI.. syukur.. 

Maslina#TheRichBuilders
#FounderInspirasiAqeela

Thursday, 30 January 2014

AKU DULU & SEKARANG

[Dulu & Sekarang]

Dulu 

- Nak beli baju mintak hubby
- Nak bagi mak belanja mintak hubby
- Nak sedekah orang kenduri pun mintak hubby.

Sengkek tahap gaban. Serbi serbi mintak lah!!

Sekarang 

Semua pakai duit sendiri. Tak
Payah mintak-mintak dah. Tapi kena mintak jugak... Mintak izin.  :)

Alhamdulillah, Allah melorongkan jiwa dan hati saya dengan berniaga.

Berniaga nie, kalau tak tau belajar, pegi class.. takdenya Elmu tu turun dari langit.. Kena cari.

Mas suka pergi class berbayar kerana bila bayar, Mas lebih komited untuk buat sesuatu perkara. Klu free nie, mcm siput la tindakan saya. Orang lain Mas tak tau lah kan.

Tgk orang biz maju, aku tak maju, kena fikir BAGAIMANA?

Banyakkan soalan BAGAIMANA?

Hilangkan dari kotak fikiran perkataan "tapi, alaaa...., yeke? Boleh ke?", ada ke orang nak beli?

Buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti.


Tuesday, 21 January 2014

SEDEKAH DAN SENDIRI

As salam semua.. Lama jugak Mas tak update blog. Alhamdulillah, permulaan tahun yang agak sibuk dari tahun lepas kerana ada perubahan jadual rutin harian.

Pada awal tahun nie.. Mas dapat 2 dugaan hebat di dalam biz.. syukur.. kerana Allah masih ingat kat Mas. Kalau takde dugaan lagi takut kan? Alhamdulillah, Mas dapat handle dengan tenang juga.

Mentor saya kata, lagi banyak dugaan, lagi banyak kegagalan lagi bagus. Sebab Allah nak beri kita peluang lebih bagus lagi.. Yang lebih best-best lagi. 

Hari nie nak citer pasal Sedekah. Entry sebelum nie dah pernah citer pasal sedekah.. tapi yang sedekah kali nie lain skit.. 

Kita biasanya bila bersedekah, kita sedekah pada mak, abah, anak-anak, adik-beradik, atok nenek atau mak/bapa saudara kita SENDIRI.

Apa kata kita kembangkan lagi sedekah kita pada mak abah ORANG LAIN.. bukan SENDIRI.. 

Sedekah pada anak-anak orang lain, atuk nenek orang lain, anak sedara orang lain.. dan banyak lagilah yang orang lain punya.


Ini salah satu contoh terbaik. Projek infaq nie kawan Mas punya. Jom kita share keuntungan/bonus/gaji kita dengan adik-adik comel nie.

Bersedekah dapat membersihkan kolam hati supaya kita mendapat rezeki yang lebih melimpah ruah. Amin.

Anda kaya dan berjaya!!



Monday, 13 January 2014

CARA RASUL BERBISNES


Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Cara baginda berniaga adalah seperti berikut :

1) Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

2) Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

3) Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4) Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

5) Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

6) Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

7) Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

8) Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

9) Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

Wallahualam.

Sumber : usahawan.com

Sunday, 12 January 2014

SI KAYA MAKIN KAYA.. SI MISKIN MAKIN MISKIN

Mengapa Malang Bertimpa-timpa?

"Orang kaya semakin kaya, orang miskin tetap miskin"

Saya pasti anda kenal dan biasa mengenal pepatah di atas. Antara sebabnya adalah kerana Gaya Pemikiran.

Orang kaya sering mencari penyelesaian, orang miskin kaya dengan alasan. Gaya pemikiran juga ada kaitan dengan abundance (berlimpahan).

Apabila kita mempunyai pemikiran dan hati (believe system) yang berlimpahan, serta kecukupan, kita telahpun membuka pintu ke arah kehidupan tanpa batasan.

Orang yang mempunyai soul dan mindset abundance, adalah orang yang bersumberkan pergantungan kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya.

Dengan bergantung kepada Allah, kita akan peroleh gaya pemikiran dan hati yang serba mencukupi dan berlimpahan.

Allah adalah sumber mutlak untuk kehidupan tanpa batasan. Oleh sebab itu, pergantungan dengan Allah itu
penting.

Bagaimana nak mendidik diri mempunyai soul dan mindset yang abundance? Antaranya adalah, dengan kerap dan banyakkan bersyukur setiap hari. Kurangkan merungut, walau perkara itu tidak kita ingini.

Ikhlaskan diri menerima apa yang Allah beri kita sekarang. Adakalanya kita terlalu memandang impian dengan berharap kehidupan sekarang akan berubah, tetapi lupa untuk melihat apa yang kita ada. Sedangkan apa yang kita ada banyak.

Amalan yang boleh dipraktikkan;

1. Kerap dan banyakkan bersyukur dengan skrip berikut;

"Terima kasih Allah, saya dapat makan dengan kenyang"

"Terima kasih Allah, saya dapat tidur dengan lena"

2. Kurangkan merungut dengan ikhlaskan diri dengan apa yang Allah beri. Skrip yang boleh diucapkan;

"Ya Allah, saya ikhlas menerima apa yang Kau beri.

Saya pasrahkan ketenangan hatiku kepada-Mu. Terima kasih ya Allah."

Selamat beramal ;)

Apabila kita masuk ke fasa syukur, kita telah membuka minda dan hati kita untuk mencapai soul dan mindset
yang berlimpahan dan serba mencukupi.

Credit to InsyirahAzhar

Rakan-rakan pembaca sekelian.. Jom sama-sama kita ubah gaya pemikiran kita. Sebenarnya kaya atau miskin adalah pilihan kita. Kita boleh pilih nak kaya dan juga kita boleh pilih nak kekal susah/miskin.

Kita kadang-kadang lebih rela jadi survivors daripada berusaha lebih untuk memperbaiki ekonomi keluarga/diri kita.

Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat.. Amin.

Tuesday, 7 January 2014

VISUALIZE YANG BEST- BEST SEBELUM TIDUR




Apa kata mulai malam ini, sebelum tidur, kita vizualise yang kita sedang tidur atas duit yang sepenuh-penuh katil.. 

Wow!!! Mesti best giler kan? 

Visualisekan yang esok pagi, kita bangun je, duit jatuh dari syiling rumah sebanyak-banyaknya menghempap kita macam hujan.. Kita sangat happy dan terus buat sujud syukur di atas timbunan duit tersebut..

 
Bayangkan juga wang-wang itu semua kita bagi pada mak abah kita... gambarkan bagaimana mereka sangat gembira sambil memeluk kita dan menangis kegembiraan.


Kemudian, kita kongsikan pula duit-duit tu dengan badan kebajikan dan anak yatim yang memang kita idamkan untuk taja.. Bayangkan wajah-wajah kegembiraan anak-anak tersebut.


Visualizekan lagi apa yang anda nak buat dengan duit tu, teruskan buat hingga anda tertidur.. Zzzzz

Tips : Masa visualize, pastikan anda feel betul-betul perasaan tu dengan senyuman, ucap alhamdulillah, syukur dan lagi best nangis sebab happy sangat dgn rezeki Allah bagi tu sebab dengan duit tu, kita boleh tolong raaamaaiiii orang. Feel tu buat macam memang dah jadi.. bukan 'akan' jadi.. Tapi 'dah' terjadi tau..

Selamat berangan yea!!

Nite-nite!!

Monday, 30 December 2013

PERGINYA 2013...

Rata-rata dalam FB, Twitter dan media sosial yang lain, orang bercerita tentang azam baru sempena kedatangan 2014. Ada yang azam tahun lepas tak tercapai, so forward ke tahun 2014 dan macam-macam lagi.

Pada tahun 2014, kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku.. Apakah cabaran untuk tahun 2014? Pastinya bertambah mencabar kerana kos sara hidup bertambah tinggi. Apakah tindakan kita untuk menghadapi cabaran tersebut. Adakah dengan merungut atau mencari salah orang di fb dapat merubahnya situasi ini? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Jika diimbau kembali, tahun 2013 adalah tahun yang mana banyak perkara yang best2 terjadi dalam hidup Mas. Tetapi, tidak dinafikan.. memang ada perkara yang tak best telah berlaku, tetapi Mas lebih suka fokus kepada perkara-perkara yang best-best sahaja, barulah rasa berlapang dada kan?

Pada tahun 2014 yang bakal menjelma esok.. jom kita lupakan perkara pahit di tahun 2013. Jadi lebih luar biasa dari tahun 2013. Klu 2013 kita sedekah hari Jumaat je, apa kata 2014 kita sedekah hari-hari. Klu anda tak pernah buat, cer buat dan anda pasti tahu betapa bestnye The Power Of Sedekah.

Sebelum tidur malam nie, jom kita visualize dalam minda, apakah perkara yang kita mahukan pada tahun 2014.. 

Visualizekan pelbagai perkara. Bayangkan di dalam minda bawah sedar  kita membawa abah & mak menunaikan haji dengan pakej yang lebih selesa, hubungan dengan suami/isteri dan anak-anak lebih akrab, hubungan dengan ibu bapa dan keluarga lebih baik dari 2013. Bagaimana dengan ibadah kita di tahun 2014. Adakah bertambah tebal pahala atau bertambah tipis dosa.. Visualize je apa yang anda mahukan sambil senyum dan anggap semua yang anda visualize tu telah terjadi.. benar-benar berlaku.. 

Jika anda sakit, bayangkan penyakit anda telah sembuh.. Bayangkan dlm minda yang doktor sedang ucapkan tahniah kerana anda telah sembuh. Visualizekan reaksi anak-anak, suami/isteri & ibu bapa serta keluarga anda tentang berita gembira tersebut. Berikan senyuman dan tangisan kesyukuran anda.

Selain itu.. tulis matlamat anda. Jangan biarkan matlamat kekal sebagai angan-angan kosong sahaja.. tulis matlamat secara terperinci. Berapa jumlah wang yang anda mahu.. Atau berapa jumlah wang yang anda mahu sedekahkan setiap hari kepada orang2 yang memerlukan.

Semoga tahun 2014, kita lebih beriman, kaya, berjaya, dan diberkatiNya. Semua yang berlaku adalah di atas kehendakNya. Apa yang penting, kita perlu berusaha.

Selamat Tahun Baru 2014.


#missu2013



Friday, 20 December 2013

BIG BAD WOLF BOOK SALES

Nie citer lama jugak kan.. Baru nak update. Kami pergi hari last day.. So, sesudah subuh dah gerak ke Mines. Lebih kurang pukul 8 pagi sampai sana sebab kena la breakfast dulu kan?

Kitaorang park kete kat luar, kena bayar RM10. Alhamdulillah, rezeki kami.. Kebetulan ada kosong. Klu park dalam murah RM3 tapi beratur panjang plak.

Sampai je orang tak berapa ramai. Ada yang bawak anak2 dengan pakai baju tidur je... hihihi.


Pic nie kami ambil masa dah balik.. Masa nak pegi tak ingat nak ambik sebab excited sangat.. hahaha..

Tapi memang murah giler babas.. Buku hard cover Stephen King RM15 jek.. So, huru-hara pilih buku yang banyak dan murah. Nak pilih buku lagi, nak jaga budak2 nie lagi takut hilang... Tapi, memang ada juga yang hilang... Aimannn.. Entah ke mana pulak ilangnya. Sebuk jaga yang kecik.. Yg besar lupa. Tapi tak suspen sangat sebab dia mesti pandai carik kitaorang sebab orang belum ramai sgt lagi.


Irfan pun excited tgk buku- buku disney.. Dia beli buku Cars je la, itu yg dia minat. Yang gegirl biasa la novel2 pendek dan banyak citer fantasi. Buku budak2 nie between RM3-RM8 jek.. 

Jalan dan jalan.. jumpa buku Nancy Drew & Hardy Boys... Part nie mak bapak pulak yang excited. Maklum lah buku masa zaman sek menengah kan.. hihi. Hubby grab 4 buah. Budak2 nie suh beli takmo.. Tak best katanya... huhuhu.




Dah penuh sekotak buku yang diborong., bayar pun tak ramai orang.. Kurang dari 10 orang yang beratur pada satu kaunter. 

Lepas keluar cashier, ada orang jual button pulakkk.. giler pilih button pulak sebab best2 tulisannya. Banyak jgk budak2 nie rembat.. hihihi. Ayah silalah bersabar yea.. 



Nie adalah hasil tangkapan kami hari tu..


Apa yang Mas perhatikan, kebanyakkan orang beli buku untuk anak-anak. Memang bahagian buku kanak-kanak yang ramai pun.. Novel bahasa melayu adalah sikit-sikit. 

Harap tahun depan ada lagi yea!!




SHARING - Seminar Syahdu (Part 3)

Salam semua.. 

Semakin lama semakin lambat update kan.. huhuhu. Kebizian melanda dengan bisnes baru dengan sambutan yang DASYAT.. Alhamdulillah.. Rezeki dariNya.

Ok.. Nak sambung part 3 dengan tajuk " Duhai Ayah Ibu, padamu letaknya syurgaku"

1) Benarkah anak-anak taat ibu bapa?

2) Benarkah anak-anak sayang ibu bapa?

 - bila dah berjaya capai apa-apa kejayaan, jangan hina ibu bapa.

- ibu bapa sentiasa bersama kita tak kira waktu kita susah dan senang.

- Bapa suka control perasaan kasih sayang, tak pandai tunjuk kasih sayang. Jangan anggap bapa tak sayang kita.

3) Ibu bapa tak pernah rasa susah walaupun sebenarnya kita sentiasa susahkan mereka.

4) Bagaimana cara kamu pandang ibu bapa kamu? 

- Pandang muka ibu bapa dengan dengan penuh kasih sayang ibarat dapat pahala haji mabrur

5) Bagaimana cara bercakap? 

- Kasar? Tengking? Lemah lembut?

- Pernah ibu bapa menangis kerana terluka dengan anak-anak.

6) Didik anak sifat tawaduk

- didik anak berdikari

- kalau tak mahu anak jadi sombong, kita buat kerja sendiri, ajar anak buat sendiri.. Untuk latih sifat rendah diri.

- cuci bilik air sendiri, kemas bilik sendiri, basuh pinggan dsbnya.

- Bila anak ada rasa rendah diri, mereka tidak sombong dengan ibu bapa.

Dosa dgn ibu bapa 
- umur pendek, doa tak makbul, jiwa tak tenang. (Ada lagi tapi tak sempat salin habis.. huhuhu)

7) Bagaimana persedian sekeluarga untuk menghadapi mati?

- sudah bertaubat?
- sudah mintak ampun dengan ibu bapa?
- sudah saling bermaafan dan redha?
- sudah kita bertahajjud?
- sudah zikir, selawat & doa?

* Usap rambut anak yatim untuk lembutkan hati.

* Kalau mak rasa tak sedap hati tentang sesuatu perkara, ikut nasihat mak, ikut larangannya.

Sessi terakhir nie memang best sangat!!

Semoga bermanafaat.


Tuesday, 17 December 2013

BERNIAGALAH KALAU INGIN KAYA


Mas setuju sangat dengan tajuk articel ini. Tetapi, kekayaan adalah subjektif. Kaya duit, kaya bahagia, kaya senyuman, kaya keberkatan, kaya ilmu dan sebagainya.

Sebelum berniaga dulu, baca buku pun malas even majalah2 gossip artis yg tah hapa-hapa tu. Bila berniaga, Mas dah mula carik buku. Sebab? Nak kaya elmu.

Berniaga juga menyebabkan Mas rajin pegi seminar, rajin cari elmu.. Biarlah orang ngutuk kan. Sebab Mas nak kaya elmu.

Berniaga juga telah menyebabkan pergantungan kepadaNya sangat kuat berbanding dulu.. Sebab Mas nak kejar kaya keberkatan.

Berniaga juga jadi issue pada orang keliling Mas.. sebab ramai org pk, kita berniaga sebab nak tambah income.

Pada Mas, berniaga bukan untuk tambah income semata-mata, tetapi kita nak add value kehidupan orang lain. Kita dah bahagiakan orang lain, walaupun dengan menjual tudung tau..

Orang rasa bahagia bila dapat pakai tudung dari kami. Orang rasa cantik bila pakai tudung kami. Orang rasa lebih yakin bila gayakan tudung dari kami.

Allah tak pandang berapa juta yang kita perolehi di dunia, tapi Allah pandang, apa sumbangan kita pada orang lain.

Wang berjuta, klu buat makan sendiri.. Buat apa beb!! Cer share dengan orang lain. Pahala dapat, orang yang terima doakan kejayaan kita lagi.. Allah tambahkan lagi rezeki kita berkali ganda.

Dlm kes Mas, bukannya dah kaya nak kaya lagi. Tiada isu tamak di sini. Tapi saya memang tamak nak add value kehidupan orang lain.

Waallahulam.

#motivasibuatdiriku

Friday, 13 December 2013

SHARING - Seminar Syahdu (Part 2)

As salam readers..

Sorry agak lama baru nak update part 2. Alhamdulillah, sibuk dengan urusan keluarga dan biz… konon-konon kannnn…

Last entry Mas share topic Anak Amanah Allah. Kali ini dengan tajuk " Betul Ke Cara Kita Pimpin Anak-anak? Kali nie Ustazah banyak bagi soalan-soalan untuk ibu bapa.. Sila jawab dalam hati yea..

1) Adakah didik anak tentang dosa dan pahala?
    - bagitahu anak solat dapat pahala, tak solat dapat dosa. 
    - Terangkan pada anak2 tentang syurga neraka.

2) Siapakah orang-orang yang mandul?
   - Orang yang mempunyai anak ramai, tetapi anak-anak tidak memberi manafaat kepada
     ibu bapa.
   - Orang gagal didik anak jadi soleh/solehah.

3) Bagaimana solat anak? Cukup 5 waktu?
    - Tinggal solat, kawan ular menunggu di kubur.
    - Call anak dari pejabat, tanya anak dah solat atau belum.
    - Teman di dalam kubur adalah solat, Al-Quran, Taubat, Kebaikan kita. Jika tiada 
      semua itu, ularlah peneman.

4) Bagaimana anak baca Al-Quran?
   - Hafaz? Fasih? Khatam? Dapat Syafaat?
   - Kena check bacaan anak.
   - Sunyi kubur kita jika tiada bacaan Al-Quran dari anak-anak.

5) Bagaimana pakaian anak anda?
    - benar-benar tutup aurat ke?
    - Benarkah kita takut azab Allah?
    - Benarkah kita sayang anak-anak?

6) Bagaimana akhlak anak?
    - Adakah sejuk mata memandang?

Ketika soalan nie satu persatu keluar.. Mas rasa kena penampar kiri kanan atas bawah….huhuhu..

Mari sama-sama kita renungkannya.

p/s : Ada part 3 la pulakk.. Tajuk " Duhai Ayah ibu, padamu letaknya syurga". Mas share later k.



Monday, 9 December 2013

SHARING - Seminar Syahdu (Part 1)

Bismillah..

Syukur, masih lagi dipanjang umur untuk menulis di sini.. :)

Seperti yang dijanjikan, kali ini Mas nak share tentang elmu-elmu yang kita boleh jadikan panduan untuk membentuk anak- anak dan keluarga. Mungkin ada di antara anda yang tak sempat atau terlepas pandang untuk daftar anak-anak ke Kem Syahdu ini. Harap bermanafaat yea.

Masa hari last day Kem, ada sessi untuk ibu bapa (dah citer kot dlm entry lepas, sajer remind je) Kami telah diberi no seat di dalam dewan. Sebelum masuk dewan, kena ambil surat chenta dari anak-anak dulu. Kami dapat duduk depan.. tapi baris no 2. Seat kami no. 11 & 12. Sampai pun ngam-ngam je sessi bermula. Masuk je dalam, majlis terus mula.. jadi tak sempat baca surat chenta dari Aiman dan Aimi. 

Majlis dimulakan dengan zikir dan doa taubat. Barulah start dengan perkongsian elmu dari Ustazah Bahyah dan suami dengan topik "Anak Amanah Allah"



SIFAT-SIFAT IBU BAPA BERJAYA :

1) Sabar - sabar dengan kerenah anak, sabar dengan dugaan hidup yang Allah beri.Banjir pun kena bersabar. Klu tak sabar, isi minyak kereta pun boleh bergaduh.

2) Pengasih Penyayang
3) Adil
4) Lembut
5) Tidak emotional
6) Bersyukur - Lagi banyak bersyukur, lebih banyak kebaikan Allah beri.
7) Doa - Banyakkan doa untuk anak2. Doa ibu adalah paling makbul.

Ada ke kita sifat-sifat sebegini? Jika ada, Tahniah, kerana anda adalah ibu bapa yang berjaya.

CARA DIDIK ANAK :

1) Sentiasa doakan anak-anak.

2) Didik tentang solat - Ramai orang rotan anak sebab gagal pelajaran. Tetapi, tak sampai 10% yang merotan anak kerana tidak solat.

3) Amalkan sunnah - Mulakan dari rumah. Sugi, makan dalam talam dsbnya, buat qiam keluarga at least sebulan sekali. Bapa jadi imam buat tahajjud.

4) Pastikan anak makan sebelum Maghrib. Banyakkan makan daging putih seperti ayam. Daging merah mudah menimbulkan suasana panas dan tekanan.

5) Banyakkan memeluk.

6) Baca buku mengadap Kiblat.

7) Beri anak ubat kuatkan minda

8) Elakkan kata-kata negatif

9) Kenali kawan-kawan anak

10) Banyak memuji anak

11) Ibu bapa ubah dulu, baru anak berubah.

Kesimpulannya, ibu bapa kena hebat dunia akhirat, barulah anak automatik hebat dunia akhirat.

Semoga bermanafaat.

p/s : ada lagi, nanti sambung Part 2 ya!