Monday 30 December 2013

PERGINYA 2013...

Rata-rata dalam FB, Twitter dan media sosial yang lain, orang bercerita tentang azam baru sempena kedatangan 2014. Ada yang azam tahun lepas tak tercapai, so forward ke tahun 2014 dan macam-macam lagi.

Pada tahun 2014, kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku.. Apakah cabaran untuk tahun 2014? Pastinya bertambah mencabar kerana kos sara hidup bertambah tinggi. Apakah tindakan kita untuk menghadapi cabaran tersebut. Adakah dengan merungut atau mencari salah orang di fb dapat merubahnya situasi ini? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Jika diimbau kembali, tahun 2013 adalah tahun yang mana banyak perkara yang best2 terjadi dalam hidup Mas. Tetapi, tidak dinafikan.. memang ada perkara yang tak best telah berlaku, tetapi Mas lebih suka fokus kepada perkara-perkara yang best-best sahaja, barulah rasa berlapang dada kan?

Pada tahun 2014 yang bakal menjelma esok.. jom kita lupakan perkara pahit di tahun 2013. Jadi lebih luar biasa dari tahun 2013. Klu 2013 kita sedekah hari Jumaat je, apa kata 2014 kita sedekah hari-hari. Klu anda tak pernah buat, cer buat dan anda pasti tahu betapa bestnye The Power Of Sedekah.

Sebelum tidur malam nie, jom kita visualize dalam minda, apakah perkara yang kita mahukan pada tahun 2014.. 

Visualizekan pelbagai perkara. Bayangkan di dalam minda bawah sedar  kita membawa abah & mak menunaikan haji dengan pakej yang lebih selesa, hubungan dengan suami/isteri dan anak-anak lebih akrab, hubungan dengan ibu bapa dan keluarga lebih baik dari 2013. Bagaimana dengan ibadah kita di tahun 2014. Adakah bertambah tebal pahala atau bertambah tipis dosa.. Visualize je apa yang anda mahukan sambil senyum dan anggap semua yang anda visualize tu telah terjadi.. benar-benar berlaku.. 

Jika anda sakit, bayangkan penyakit anda telah sembuh.. Bayangkan dlm minda yang doktor sedang ucapkan tahniah kerana anda telah sembuh. Visualizekan reaksi anak-anak, suami/isteri & ibu bapa serta keluarga anda tentang berita gembira tersebut. Berikan senyuman dan tangisan kesyukuran anda.

Selain itu.. tulis matlamat anda. Jangan biarkan matlamat kekal sebagai angan-angan kosong sahaja.. tulis matlamat secara terperinci. Berapa jumlah wang yang anda mahu.. Atau berapa jumlah wang yang anda mahu sedekahkan setiap hari kepada orang2 yang memerlukan.

Semoga tahun 2014, kita lebih beriman, kaya, berjaya, dan diberkatiNya. Semua yang berlaku adalah di atas kehendakNya. Apa yang penting, kita perlu berusaha.

Selamat Tahun Baru 2014.


#missu2013



Friday 20 December 2013

BIG BAD WOLF BOOK SALES

Nie citer lama jugak kan.. Baru nak update. Kami pergi hari last day.. So, sesudah subuh dah gerak ke Mines. Lebih kurang pukul 8 pagi sampai sana sebab kena la breakfast dulu kan?

Kitaorang park kete kat luar, kena bayar RM10. Alhamdulillah, rezeki kami.. Kebetulan ada kosong. Klu park dalam murah RM3 tapi beratur panjang plak.

Sampai je orang tak berapa ramai. Ada yang bawak anak2 dengan pakai baju tidur je... hihihi.


Pic nie kami ambil masa dah balik.. Masa nak pegi tak ingat nak ambik sebab excited sangat.. hahaha..

Tapi memang murah giler babas.. Buku hard cover Stephen King RM15 jek.. So, huru-hara pilih buku yang banyak dan murah. Nak pilih buku lagi, nak jaga budak2 nie lagi takut hilang... Tapi, memang ada juga yang hilang... Aimannn.. Entah ke mana pulak ilangnya. Sebuk jaga yang kecik.. Yg besar lupa. Tapi tak suspen sangat sebab dia mesti pandai carik kitaorang sebab orang belum ramai sgt lagi.


Irfan pun excited tgk buku- buku disney.. Dia beli buku Cars je la, itu yg dia minat. Yang gegirl biasa la novel2 pendek dan banyak citer fantasi. Buku budak2 nie between RM3-RM8 jek.. 

Jalan dan jalan.. jumpa buku Nancy Drew & Hardy Boys... Part nie mak bapak pulak yang excited. Maklum lah buku masa zaman sek menengah kan.. hihi. Hubby grab 4 buah. Budak2 nie suh beli takmo.. Tak best katanya... huhuhu.




Dah penuh sekotak buku yang diborong., bayar pun tak ramai orang.. Kurang dari 10 orang yang beratur pada satu kaunter. 

Lepas keluar cashier, ada orang jual button pulakkk.. giler pilih button pulak sebab best2 tulisannya. Banyak jgk budak2 nie rembat.. hihihi. Ayah silalah bersabar yea.. 



Nie adalah hasil tangkapan kami hari tu..


Apa yang Mas perhatikan, kebanyakkan orang beli buku untuk anak-anak. Memang bahagian buku kanak-kanak yang ramai pun.. Novel bahasa melayu adalah sikit-sikit. 

Harap tahun depan ada lagi yea!!




SHARING - Seminar Syahdu (Part 3)

Salam semua.. 

Semakin lama semakin lambat update kan.. huhuhu. Kebizian melanda dengan bisnes baru dengan sambutan yang DASYAT.. Alhamdulillah.. Rezeki dariNya.

Ok.. Nak sambung part 3 dengan tajuk " Duhai Ayah Ibu, padamu letaknya syurgaku"

1) Benarkah anak-anak taat ibu bapa?

2) Benarkah anak-anak sayang ibu bapa?

 - bila dah berjaya capai apa-apa kejayaan, jangan hina ibu bapa.

- ibu bapa sentiasa bersama kita tak kira waktu kita susah dan senang.

- Bapa suka control perasaan kasih sayang, tak pandai tunjuk kasih sayang. Jangan anggap bapa tak sayang kita.

3) Ibu bapa tak pernah rasa susah walaupun sebenarnya kita sentiasa susahkan mereka.

4) Bagaimana cara kamu pandang ibu bapa kamu? 

- Pandang muka ibu bapa dengan dengan penuh kasih sayang ibarat dapat pahala haji mabrur

5) Bagaimana cara bercakap? 

- Kasar? Tengking? Lemah lembut?

- Pernah ibu bapa menangis kerana terluka dengan anak-anak.

6) Didik anak sifat tawaduk

- didik anak berdikari

- kalau tak mahu anak jadi sombong, kita buat kerja sendiri, ajar anak buat sendiri.. Untuk latih sifat rendah diri.

- cuci bilik air sendiri, kemas bilik sendiri, basuh pinggan dsbnya.

- Bila anak ada rasa rendah diri, mereka tidak sombong dengan ibu bapa.

Dosa dgn ibu bapa 
- umur pendek, doa tak makbul, jiwa tak tenang. (Ada lagi tapi tak sempat salin habis.. huhuhu)

7) Bagaimana persedian sekeluarga untuk menghadapi mati?

- sudah bertaubat?
- sudah mintak ampun dengan ibu bapa?
- sudah saling bermaafan dan redha?
- sudah kita bertahajjud?
- sudah zikir, selawat & doa?

* Usap rambut anak yatim untuk lembutkan hati.

* Kalau mak rasa tak sedap hati tentang sesuatu perkara, ikut nasihat mak, ikut larangannya.

Sessi terakhir nie memang best sangat!!

Semoga bermanafaat.


Tuesday 17 December 2013

BERNIAGALAH KALAU INGIN KAYA


Mas setuju sangat dengan tajuk articel ini. Tetapi, kekayaan adalah subjektif. Kaya duit, kaya bahagia, kaya senyuman, kaya keberkatan, kaya ilmu dan sebagainya.

Sebelum berniaga dulu, baca buku pun malas even majalah2 gossip artis yg tah hapa-hapa tu. Bila berniaga, Mas dah mula carik buku. Sebab? Nak kaya elmu.

Berniaga juga menyebabkan Mas rajin pegi seminar, rajin cari elmu.. Biarlah orang ngutuk kan. Sebab Mas nak kaya elmu.

Berniaga juga telah menyebabkan pergantungan kepadaNya sangat kuat berbanding dulu.. Sebab Mas nak kejar kaya keberkatan.

Berniaga juga jadi issue pada orang keliling Mas.. sebab ramai org pk, kita berniaga sebab nak tambah income.

Pada Mas, berniaga bukan untuk tambah income semata-mata, tetapi kita nak add value kehidupan orang lain. Kita dah bahagiakan orang lain, walaupun dengan menjual tudung tau..

Orang rasa bahagia bila dapat pakai tudung dari kami. Orang rasa cantik bila pakai tudung kami. Orang rasa lebih yakin bila gayakan tudung dari kami.

Allah tak pandang berapa juta yang kita perolehi di dunia, tapi Allah pandang, apa sumbangan kita pada orang lain.

Wang berjuta, klu buat makan sendiri.. Buat apa beb!! Cer share dengan orang lain. Pahala dapat, orang yang terima doakan kejayaan kita lagi.. Allah tambahkan lagi rezeki kita berkali ganda.

Dlm kes Mas, bukannya dah kaya nak kaya lagi. Tiada isu tamak di sini. Tapi saya memang tamak nak add value kehidupan orang lain.

Waallahulam.

#motivasibuatdiriku

Friday 13 December 2013

SHARING - Seminar Syahdu (Part 2)

As salam readers..

Sorry agak lama baru nak update part 2. Alhamdulillah, sibuk dengan urusan keluarga dan biz… konon-konon kannnn…

Last entry Mas share topic Anak Amanah Allah. Kali ini dengan tajuk " Betul Ke Cara Kita Pimpin Anak-anak? Kali nie Ustazah banyak bagi soalan-soalan untuk ibu bapa.. Sila jawab dalam hati yea..

1) Adakah didik anak tentang dosa dan pahala?
    - bagitahu anak solat dapat pahala, tak solat dapat dosa. 
    - Terangkan pada anak2 tentang syurga neraka.

2) Siapakah orang-orang yang mandul?
   - Orang yang mempunyai anak ramai, tetapi anak-anak tidak memberi manafaat kepada
     ibu bapa.
   - Orang gagal didik anak jadi soleh/solehah.

3) Bagaimana solat anak? Cukup 5 waktu?
    - Tinggal solat, kawan ular menunggu di kubur.
    - Call anak dari pejabat, tanya anak dah solat atau belum.
    - Teman di dalam kubur adalah solat, Al-Quran, Taubat, Kebaikan kita. Jika tiada 
      semua itu, ularlah peneman.

4) Bagaimana anak baca Al-Quran?
   - Hafaz? Fasih? Khatam? Dapat Syafaat?
   - Kena check bacaan anak.
   - Sunyi kubur kita jika tiada bacaan Al-Quran dari anak-anak.

5) Bagaimana pakaian anak anda?
    - benar-benar tutup aurat ke?
    - Benarkah kita takut azab Allah?
    - Benarkah kita sayang anak-anak?

6) Bagaimana akhlak anak?
    - Adakah sejuk mata memandang?

Ketika soalan nie satu persatu keluar.. Mas rasa kena penampar kiri kanan atas bawah….huhuhu..

Mari sama-sama kita renungkannya.

p/s : Ada part 3 la pulakk.. Tajuk " Duhai Ayah ibu, padamu letaknya syurga". Mas share later k.



Monday 9 December 2013

SHARING - Seminar Syahdu (Part 1)

Bismillah..

Syukur, masih lagi dipanjang umur untuk menulis di sini.. :)

Seperti yang dijanjikan, kali ini Mas nak share tentang elmu-elmu yang kita boleh jadikan panduan untuk membentuk anak- anak dan keluarga. Mungkin ada di antara anda yang tak sempat atau terlepas pandang untuk daftar anak-anak ke Kem Syahdu ini. Harap bermanafaat yea.

Masa hari last day Kem, ada sessi untuk ibu bapa (dah citer kot dlm entry lepas, sajer remind je) Kami telah diberi no seat di dalam dewan. Sebelum masuk dewan, kena ambil surat chenta dari anak-anak dulu. Kami dapat duduk depan.. tapi baris no 2. Seat kami no. 11 & 12. Sampai pun ngam-ngam je sessi bermula. Masuk je dalam, majlis terus mula.. jadi tak sempat baca surat chenta dari Aiman dan Aimi. 

Majlis dimulakan dengan zikir dan doa taubat. Barulah start dengan perkongsian elmu dari Ustazah Bahyah dan suami dengan topik "Anak Amanah Allah"



SIFAT-SIFAT IBU BAPA BERJAYA :

1) Sabar - sabar dengan kerenah anak, sabar dengan dugaan hidup yang Allah beri.Banjir pun kena bersabar. Klu tak sabar, isi minyak kereta pun boleh bergaduh.

2) Pengasih Penyayang
3) Adil
4) Lembut
5) Tidak emotional
6) Bersyukur - Lagi banyak bersyukur, lebih banyak kebaikan Allah beri.
7) Doa - Banyakkan doa untuk anak2. Doa ibu adalah paling makbul.

Ada ke kita sifat-sifat sebegini? Jika ada, Tahniah, kerana anda adalah ibu bapa yang berjaya.

CARA DIDIK ANAK :

1) Sentiasa doakan anak-anak.

2) Didik tentang solat - Ramai orang rotan anak sebab gagal pelajaran. Tetapi, tak sampai 10% yang merotan anak kerana tidak solat.

3) Amalkan sunnah - Mulakan dari rumah. Sugi, makan dalam talam dsbnya, buat qiam keluarga at least sebulan sekali. Bapa jadi imam buat tahajjud.

4) Pastikan anak makan sebelum Maghrib. Banyakkan makan daging putih seperti ayam. Daging merah mudah menimbulkan suasana panas dan tekanan.

5) Banyakkan memeluk.

6) Baca buku mengadap Kiblat.

7) Beri anak ubat kuatkan minda

8) Elakkan kata-kata negatif

9) Kenali kawan-kawan anak

10) Banyak memuji anak

11) Ibu bapa ubah dulu, baru anak berubah.

Kesimpulannya, ibu bapa kena hebat dunia akhirat, barulah anak automatik hebat dunia akhirat.

Semoga bermanafaat.

p/s : ada lagi, nanti sambung Part 2 ya!


Kem Musim Cuti Sekolah


As salam..


Untuk makluman semua, last weekend Mas hantar anak dara dan teruna Mas join Kem Syahdu Anak Hebat Dunia Akhirat anjuran Ustazah Nor Bahyah dan suami. Mas memang setiap hujung tahun cuti sekolah akan hantar anak2 join kem jati diri dan motivasi. Tahun lepas, anak - anak di hantar ke Kem Tahfiz SmartKids RichKids, Anjuran Richworks. Seminar ini lebih kepada amalan sunnah Rasul dan hafalan ayat-ayat Al-Quran seperti Yassin dan sebagainya. Selama seminggu, mereka membuat amalan sunnah seperti bersugi, makan dalam talam, qiam, hafaz surah dan sebagainya. WAJIB daftar jika anda berminat. 

Ok, sebelum tu nak citer dulu feedback sesetengah orang tentang kem-kem seperti ini. Pada saya, kalau tak nak hantar, tidak perlu nak komplain atau burukkan sesiapa.

" Eleh.. mula-mula je baik, tak tinggal solat.. lepas 2 minggu, balik ke attitude yang asal"

Inilah salah satu statement yang sering keluar dari mulut orang melayu. Tapi bukan melayu kat sini.. tapi melayu-melayu belah Parsi sana. Orang sini semua ok ok kannnn.. Iyelah sangatttt!!

"alaa.. ko banyak duit, boleh la hantar gi kem"

Hurmmm.. yang ini pun statement yang disukai ramai.

Kem atau seminar sebegini ada yang mahal dan ada yang murah. Kita boleh hantar anak - anak mengikut kemampuan masing-masing. Jangan jadikan alasan takde duit, yeke anak boleh berubah? Betul ke elok?  Mungkin bagi sesetengah orang perkara sebegini adalah tidak penting dan remeh tetapi tidak kepada negara-negara maju di luar sana.

Di sana, majlis-majlis elmu sebegini, orang berebut-rebut mendaftar, tak kira mak bapak atau anak-anak. Mereka sangat dahagakan elmu. Sebab tu la maju kan? Apa salah sedari kecil kita biasakan anak-anak dengan majlis elmu. Tak kisah la kem, seminar atau Kuliah-kuliah di masjid yang percuma.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Nak dengar citer masa Mas kecik-kecik?

Mas datang dari keluarga yang susah. Abah jual ikan, menjaja keliling kampung. Mak kerje kilang, keluar pagi balik malam. Tapi, Mak sanggup habiskan duit gaji beliau untuk hantar adik-adik join seminar yang sebegini. Masa zaman tu, anak-anak cikgu, orang berpangkat di sektor kerajaan dan swasta yang daftarkan anak mereka. Adik-adik Mas je yang anak seorang penjual ikan yang menjadi peserta kem pada waktu itu. Mak abah masa tu bukannya ada duit.. bukannya mampu. Tapi demi anak-anak.. sanggup berkorban. Takde barang kemas melilit leher dan tangan, tak perlu perabut baru untuk hiasan rumah, apatah lagi berkereta baru. Sanggup berhabis duit untuk anak-anak. Itulah pengorbanan mak dan abah.

ok, berbalik kepada anak-anak Mas ke Kem Syahdu. Plan asalnya, Mas nak daftarkan Aiman dan Aimi ke Kem Super Insan Anjuran Richwork.. Richwork again? Yesss.. Richwork punya seminar mesti superb as usual.

Habis tu, naper tak jadi?

Tak jadi sebab Kakak Mas tanya pasal Seminar Syahdu. Mas pun tak pernah survey seminar nie, tapi tahu akan kewujudannya. Kakak Mas dah daftar anak dia. Kitaorang still belum buat keputusan.. Syahdu ke Super Insan.. duk teka teki lagi. Last-last, hubby cakap try la Syahdu sebab kami tak pernah cuba dan tau macam mana konsep dan modul yang bakal dipelajari. So, trus daftar Aiman dan Aimi plus seorang anak saudara. Daftar 2 orang ke atas, dapat less. Sama macam Richwork, daftar 3 orang dapat discount. Tapi Richwork lagi power, ada juga seminar yang dibuat, daftar 3 orang, Free.. hihihihi.. Tu sebab i likee!!

Kem nie 2 hari 1 malam, Bayaran RM290/seorang if daftar lebih dari 2 orang. Kalau daftar seorang RM330. Rasa macam mahal sebab 2 hari je. Last year punya kem RM279 7 hari 6 malam. Tapi takpe, tak cuba mana nak tau kan? 

Hari Ahad last day, ada sesi 2 jam untuk ibu bapa. Banyak elmu yang best-best masa sesi untuk ibu bapa. Antara topik-topik yang best :

- Anak Amanah Allah
- Sifat Ibu bapa Cemerlang
- Cara Didik Anak
- Bagaimana cara kita pimpin anak kita
- Bagaimana Akhlak anak

Ada banyak lagi sebenarnya. Untuk next entry, Mas share point-point penting untuk topic kat atas tu. Mas ambik note tu kelam kabut skit.. Jadi tak semua point yang sempat Mas tulis. Tapi Mas cuba refresh selagi mampu.

Terima kasih kerana sudi membaca!






Sunday 8 December 2013

HIDUP MERUNGUT, MEMENATKAN..

Hidup Merungut, Memenatkan. Sharing daripada Insyirah Azhar.

Saya tak suka diri saya apabila asyik merungut. Berikut antara sketsa rekaan yang biasa berlaku antara kita.

Contoh, pakcik Abu (nama rekaan) adalah seorang pemandu teksi.

Dalam sehari beliau peroleh pendapatan yang kurang daripada pendapatan biasa.

Pendapatan biasa: RM1,000
Pendapatan pada hari itu: RM550

"RM550 je hari ini?"

Sketsa lain. Ibu Kirana selalumenyediakan sarapan pagi.

Suatu hari ibu Kirana hanya buatsarapan roti telur sahaja.

Kirana: Roti telur sahaja?

Nah! Saya pasti ramai antara kita yang seringkali mempunyai isu begitu.

Ia terbukti dalam Al Quran:

"Sedikit sekali, hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba': 13)

Apabila saya bermuhasabah, ia adalah sesuatu yang akan berlaku dalam dunia ini. Oleh sebab, Al Quran sudah lama diturunkan sebelum kita lahir lagi. Kita sering merungut tentang tiada duit, namun berapa kali kita bersyukur ketika ada duit walau 10 sen.

Berapa kali kita bersyukur dapat makan sebutir nasi?

Berapa kali kita bersyukur dapat buang air kecil?

Berapa kali kita bersyukur dapat buka fb dan baca emel, blog dan sebagainya?

1 Tip Hidup Bahagia adalah dengan bersyukur, bersyukur, bersyukur dan sabar.

"Orang yang sabar, belum tentu boleh bersyukur. Orang yang bersyukur pasti boleh sabar."

Orang yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.

Astagfirullah.

"Syukur akan membebaskan kita daripada penyelesalan (masa lalu), dan harapan (masa akan datang)."

Doa menjadi hamba bersyukur

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku  supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku.

Dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Aamiin ya Rabb.

========================================================================

Syukur alhamdulillah kerana kami di Hijab Inspirasi Aqeela telah menghasilkan koleksi shawl label kami sendiri. 

Syukur.. syukur.. syukur.

Doakan kejayaan dan kemajuan bisnes kami hingga ke tahap yang kami impikan. Amin


Sunday 1 December 2013

MAJLIS HARI JADI PERMAISURI AGONG Aka MAK

Last saturday, kami adik-beradik berpakat sambut birthday Mak yang ke 58 tahun di rumah Mas. Plan asal nak buat kami- kami je. Tapi tgk respond mak macam nak jumpa adik-beradiknya di KL, jadi kami pun jemput semua adik-beradik mak untuk sama-sama join majlis hari lahir mak.

Biasa kami celebrate birthday mak dengan bawa mak makan-makan besar kat luar, tapi tahun nie nak kelainan, sambut kat rumah plak.

Tema untuk majlis adalah Biru. Alhamdulillah, semua yang hadir sangat sporting.. semua datang pakai baju biru dan bawak hadiah. 


Acara dimulakan dengan doa dan kemudian makan. Alhamdulillah, semua makanan habis.. tp ayam bakar macam tak cukup je... kikiki. (Next time kami bajet lebih yea) ampunnn!!

Masa majlis tu, terpancar wajah gembira mak tapi dalam masa yang sama, kami tahu mak ingat kat arwah abah. Masa speech, mak sangat touching menyebabkan kami adik beradik sebak dgn ucapan mak ( tapi masing-masing control macho & ayu) hihihihi...


Harap semua yang hadir happy, kenyang dan berpuas hati dengan juadah yang kami sediakan.

Ohh.. Nak tau menu ek. Ok menus adalah Tempoyak Patin, Sambal Udang, Keli Berlada, Sambal & Ulaman, Laksa dan bbq ayam, lamb, sotong & kerang dan air sirap. Dessert Bubur Jagung dan Kole Kacang, sponsored dari mak sedara. 

Hubby pun kena paksa bagi ucapan as a tuan rumah.. kikiki. Hubby Mas jenis pendiam, nak pulak dia berucap. Oklah kan!

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir kerana telah memeriahkan majlis sambutan birthday mak. Kami mohon maaf di atas kekurangan sepanjang majlis tersebut. Yang baik adalah dari Allah, yang buruk adalah dari kita manusia. 

P/s : majority yang datang komplen pasal pak guard kami yang strict.. kikii.. Kami lak lega sebab dpt security sistem yang strict macam tu.. sabor je lah.. 


Tuesday 26 November 2013

[CIRI-CIRI ORANG KAYA BERJAYA & BERKAT - Pesan Habib] - Sharing dalam Mini Seminar Magnet.


1) Senyum - bila sentiasa senyum, menarik lebih banyak magnet kebaikan. Tak caya sila buat. Tengok orang yang berjaya secara konsisten, semua muka mudah senyum.

2) Syukur - Orang bersyukur, tidak merungut. Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat Allah bagi. Semakin kita menuju ke arah kejayaan, makin banyak dugaan dan cabaran yang menimpa. Syukur walaupun dapat dugaan dan masalah.

3) Sedekah - Sedekah buat hari-hari. Permulaan, sedekah RM1 setiap hari.

4) Sujud - Lagi banyak kita bersujud, lagi banyak Dia beri pada kita. Allah suka kita sujud, meminta dan merayu padanya. Jika hidup tak bahagia, mungkin kerana kita kurang sujud padany atau mungkin solat dihujung waktu. Kita lewatkan solat, jadi Dia lewatkan nikmat kepada kita. Allah bagi kesusahan/dugaan supaya kita sujud padanya. Lepas sujud, baru Dia bagi kebahagian dan kesenangan. Buat dhuha hari-hari.

5) Selawat - Selawat 1 kali, Allah selawat balik pada kita 10 kali. Bayangkan Allah yang Maha agung selawat untuk kita!! Banyakkan selawat, rezeki berkat dan hidup pasti kita pasti berubah.

Semoga bermanafaat.

Monday 25 November 2013

SAYA SUKA HADIR SEMINAR DR AZIZAN OSMAN - Part 2

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - 24/11/13 - Berjaya Times Square KL - Part 2
===========================================================================

4 Align Penting Untuk Tarik Magnet.
--------------------------------------------

1) Magnet Fikiran - Sangkaan baik, belajar bersangka baik. Apa yang kita fikir adalah doa.

2) Magnet Hati & Jiwa - Apa yang terdetik di hati, adalah doa. Orang pemarah duit mudah bocor, duit mudah keluar macam air. Kereta rosak dsbnya. 90% orang, duit susah nak lekat kerana masalah hati yang dikenali sebagai "Simptom Kebocoran Wang". Perlu baiki niat. Bersihkan kolam hati.

3) Magnet Kata-Kata - Apa yang kita cakap adalah magnet. Tulis kat FB perkara yang baik, datanglah juga perkara yang baik. Tulis yang buruk, datang juga yang buruk. Orang bagi komen negatif atau positif berdasarkan apa yang kita tulis.

4) Magnet Tindakan/Amalan - Banyakkan memberi. Tak semestinya duit, tapi beri senyuman, beri bantuan, beri manafaat pada orang lain.

- Mentor Cina Peter Lau kata " Nak berniaga kena belajar dengan orang yang dah berniaga, bukan belajar dengan lecturer yang tak pernah berniaga"

- Siapakah mentor kita?

- Apakah matlamat kita?

- Kita akan menarik siapa mentor kita. Cari mentor yang sudah capai level tinggi barulah ada magnet tarikan yang kuat.

- Cari mentor yang boleh ajar orang lain.

- Nak berjaya kena berkat.

- Jangan buruk sangka dengan Allah.

- Untuk dapat sesuatu, kita kena beri sesuatu dulu, "Law Of Exchange"

- 1 kali kebaikan kita buat, 10 kali Allah balas kebaikan.

- Berniaga adalah alat untuk kita memberi.

- Orang yang bersyukur, kurang merungut.

- Orang yang suka komplain, duit mudah bocor, magnet tak boleh hold.

- Jiwa hidup dengan debu, kebahagian susah datang.

- Bersihkan kolam hati dan jiwa.

- Tukar cara bercakap, pasti kehidupan kita bertukar.

- Bila kita nak sesuatu, tolong orang lain dapatkan benda itu dulu. Inilah magiknya memberi.

- Buat orang lain bahagia, kita akan bahagia.

- Sunnah Nabi berniaga, tak payah kita nak fikir pasal hadis palsu tak palsu tentang 9/10 pendapatan adalah perniagaan. Dah tentu nabi berniaga, kita ikut sunnah tu.

- Isu orang melayu, takde ilmu berniaga dan ilmu pelaburan. Sebab melayu tak nak tuntut ilmu tu, dah pandai sangat!!!

- Melayu hidup dengan beralasan, anak kawin, kawan kawin bila time nak tuntut ilmu.

- Ramai orang nak pencen umur 56 tahun, harap duit EPF.

- Orang melayu suka buat bisnes skim cepat kaya, lepas tu melingkup.

- Ubah diri kita dulu, baru keliling kita berubah.

- Kita jadi yang terbaik, kita menarik perkara terbaik. Kita adalah magnet untuk tarik apa kita nak.

- Duplicate orang yang berjaya.

- Tukar kawan yang positif.

- Kita kena suka dengan orang-orang yang berjaya dan kaya. Bukan dengki dan pertikai kejayaan orang.

- Orang gagal suka menangguh.

- Orang berjaya, Fast Action, Fast Result.

- Pernah tulis berapa zakat nak bayar dalam matlamat kita?

- Kaya sebenar adalah kaya dengan sedekah.

- Nak Dhuha kena mintak izin bos, klu bos tak bagi, tapi buat jugak jadi haram. Sebab dia gajikan kita waktu tu untuk buat kerja.

- Berniaga lebih mudah nak dhuha dan sebagainya.

- Guna kekayaan dunia untuk tebus kekayaan akhirat.

- Berkat adalah magik. Walaupun sikit kita dapat, tapi sentiasa rasa cukup.

- Spend masa dengan mentor kita untuk dapatkan ilmu.

- Cari siapa yang dah berjaya dan luangkan masa dengan dia.

- Ilmu lebih berkat bila kita dekat dengan guru. Berbeza dengan hanya membaca buku sahaja.

- Kerja kita adalah memberi. Be a great giver.

- Jika berniaga nasi lemak, buat nasi lemak paling sedap supaya orang gembira bila makan nasi lemak kita.

- Klu karipap buat karipap inti kembung, kulit rangup. Orang mesti gembira bila makan karipap kita.

- Setiap apa yang kita buat, kita serahkan pada Allah.

- Niatkan Allah yang atur, kita hanya buat saja.

Jom sama-sama kita buat apa yang diajarkan. Mas pun masih lagi belajar.

Untuk Part 3, Mas nak share Ciri-Ciri Orang berjaya - Pesan Habib.

Part 3 lagi menarik dan best!!

Sunday 24 November 2013

SAYA SUKA HADIR SEMINAR DR AZIZAN

Alhamdulillah, semalam dapat jugak Mas hadir di Seminar Mini Magnet kejayaan & Kekayaan. Masa buat di Ampang, tak dapat hadir sebab anak masuk hospital. Kat Shah Alam sekali lagi tak dapat hadir sebab ada kenduri.. hihihi.. (Dr Azizan selalu perli alasan nie dalam class). Memang rezeki sebab tiba-tiba Richwork buka satu lagi lokasi di KL, Berjaya Times Square.

Mas nak share Elmu semalam khas untuk kawan-kawan yang tak dapat hadir seminar dan yang nak recharge elmu nie.

Seperti biasa class dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah untuk Kekasih Allah, ibu bapa, sahabat nabi, ahli keluarga nabi dsbnya.

=====================================
Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - 24/11/13 - Berjaya Times Square KL.
=====================================

- Kurang bersyukur, rezeki pun kurang berkat.

- Syukur kepada Allah sebab bagi kita rezeki.

- Ada juga yang dapat buku Magnet Free, tapi tak cakap terima kasih pada crew masa berdaftar.. huuhuhu.

- Crew yang datang buat keje semua free, tiada bayaran. Itulah prinsip "The Power Of Contribution". Terima kasih pada crews.

- Ada peserta masuk class 6 kali Free since tahun lepas. Dia datang jumpa Dr Azizan. Dia citer dia dah resign. Buat business dapat 30K sebulan. Masa makan gaji, pendapatan RM2k je. Sekarang dah daftar class advance.

- Berapa ramai orang ada impian?

- Berapa ramai yang betul-betul ada impian?

- Bila ada impian kena jelas dan details. Bila nak capai, bagi tarikh dan masa. Berapa jumlah wang yang kita nak capai.

- Impian kena TULIS, baru jadi matlamat. Klu impian tak tulis, itu hanyalah angan-angan.

- Bila orang tanya, bila nak kawin? Kita Jawab, insyaallah tahun depan. Tahun depan jumpa lagi orang tanya soalan yang sama. Kita kena tulis tarikh target kita nak kawin. Barulah jadi impian.. dan pasti anda dapat. Itulah magiknya.

- Dr Azizan masa umur 18 tahun, tulis impian umur 35 dia jadi jutawan. Tapi pada usia 32 dia dapat jadi jutawan. Masa Dr Azizan menulis impian pun cara paksa sebab hadir seminar. Mula-mula Dr Azizan pun tak percaya (sama macam kita la kan). Tapi, dengan izinnya, jadi betul.

- Kerana Allah mengikut sangkaan hambanya. Kita jangan buruk sangka pada Allah.

- Did u living with your dreams or you are leaving your dreams?

- Apakah ilmu kegagalan? Bila tidak ada ilmu kejayaan!!

- 90% daripada bangsa kita diajar belajar pandai-pandai, masuk universiti dan dapat kerja bagus-bagus kat Putrajaya.. kikiki..

- Ramai cita-cita nak kerja kat Putrajaya yang mana pendapatan dihadkan. Tunggu increment RM50 setahun.. 

- Jangan suka komplen kerajaan itu salah, pembangkang ini salah, nak bunuh yahudi.

- Bunuh negatif dalam diri kita dulu, baru pikir nak bunuh yahudi atau nak salahkan orang lain.

- Kita kena pendapatan lebih kerana ekonomi. Rumah makin lama makin mahal. Sama juga dengan barang-barang yang lain.

- Bagi anak duit belanja sekolah 50 sen boleh beli apa sekarang????

- Kita kena bebas utang. Jangan berhutang untuk bayar hutang yang lain. Banyak cara lain boleh buat dengan bayar hutang - Berniaga.

- Rezeki mudah masuk jika hubungan dengan anak, ibu bapa dan adik beradik adalah baik.

- Orang yang memberi adalah orang kaya - tak kira banyak atau sedikit.

- Orang yang menerima adalah orang miskin - sebab terima je.

- Bila buat bisness, masa dengan keluarga lebih banyak.

- 90% orang cina suruh anak berniaga. 

- Mentaliti orang melayu kena ubah supaya kita kuasai ekonomi bukan bangsa asing macam sekarang.

- Berniaga kita ada banyak masa dengan Allah. 

- Bila sangkut jem, tak dpt solat jemaah maghrib dengan keluarga.

- Kita orang melayu CEKAP dalam mencari sumber untuk buat pinjaman - koperasi, bank rakyat dsbnya.

- Dr Azizan pernah gadai umah mak bapak, pinjam along sebab nak bayar hutang. Masa tu saya takde ilmu, takde orang nak buat seminar tolong bangsa sendiri. Saya salah program diri saya.

- Dr Azizan pernah doa pada, Ya Allah, jika aku berjaya dalam perniagaan, aku berjanji akan tolong ajar orang lain berniaga dan berjaya macam aku.

- Tahun 2008, terjadi perkara buruk dalam hidup. Baru dia teringat yang janjinya belum tertunai. Bermula dari situ, saya start buat seminar untuk bantu orang jadi jutawan.

- Mula-mula buat, 9 orang je hadir seminar. Lepas tu buat lagi, 4 ribu yang hadir.

- Bila magnet programing kita salah, buat apa pun tak jadi, melingkup.

- Bila kita sangka negatif, semua benda negatif yang kita tarik.

Oklah, cukup dulu.. nanti sambung Part 2. Walaupun class setengah hari, isi sangat padat.

Dalam part 2, Mas share 4 Align Penting untuk Tarik Magnet kekayaan, Kejayaan, Kebahagian, Kesihatan & Keberkatan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 19 November 2013

PENGURUSAN MASA ANTARA RUMAHTANGGA DAN BISNES - Part 2 (last)

As salam pembaca semua.. Terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa anda membaca blog Mas. Entry kali ini adalah sambungan dari entry lepas k. 

Rutin Tengahari 

Waktu tengahari Mas hantar 3 orang anak sekolah petang (menengah & rendah) dan seorang ambil dari sekolah sesi pagi. Mula-mula hantar yang sekolah menengah dahulu, kemudian hantar 2 orang yang sekolah rendah. Yang sesi pagi balik dalam pukul 1ptg - 1.30ptg. Biasanya Mas sampai sekolah pukul 12:45 tghari. Waktu menunggu anak di luar pagar Mas abiskan masa dengan membaca atau reply sms/ wassap & pm dari customers sambil layan cd Hafiz Hamidon, suka dengar cd dia, rasa tenang sangat jiwa dan adakalanya ngantuk jugak.. hihihi.


Pukul 1 ptg anak keluar sekolah, merempit terus ke Pejabat Pos Laju dan jumpa customer. Biasanya kami sampai rumah pukul 2:30 - 3:30 ptg bergantung kpd kesesakan di pejabat pos laju dan jumlah customer yang Mas jumpa. Dating denganNya dan rehat-rehat seketika.. sambung semula keje umah spt angkat kain mana yg dah kering dan sidai baju untuk batch yang lain. Biasa part-part reply sms dan wassap memang rutin non-stop. Tengah drive pun reply.. huhuhu..

Rutin Petang

Masak nasi dan tambah-tambah menu untuk malam sebab waktu lunch Mas hanya masak satu jenis lauk je. Malam kena meriah skit sebab en hubby ada. Perut suami kena jaga jugak kan? Hubby jenis tak jerewet, masak lah apa pun, janji kenyang.. burppp!! Alhamdulillah. Pukul 6:30 petang kadang-kadang keluar sekejap hantar barang pada customer. Haaa.. Klu kena jumpa customer waktu ini, hubby sampai umah, takde la penyambut depan pintu.. Tp Mas text hubby awal-awal cakap Mas masih kat luar. Alhamdulillah, hubby faham. 

Rutin Malam

Solat Maghrib kadang2 jemaah, kadang2 solo. Kami makan biasa pukul 8 malam. Tapi sekarang magrib awal, kami dinner pukul 7:45 mlm camtu. Time dinner nie la quality time kami sekeluarga. Masing-masing citer activity masing-masing. Soalan wajib hubby " hari nie berapa sale?". Kikiki.. Klu banyak tu, laju je jawab. Bila sikit lemah nak citer.. huhuhu. Lepas mkn, budak-budak basuh pinggan dan kemas meja. Mas dan hubby lipat kain. Check homework anak-anak dan ajar apa yang patut. Homework siap baru boleh nak kpop ke, running man ke bagai.. Pukul 10 malam anak-anak tidur. Mas tidur lewat skit dalam pukul 12 mlm. Sebelum tidur draft sharing/info untuk dipost kat fb page. Klu ada idea tulis blog.

Tak tengok TV ke???

Tengokkk!!! Tapi weekend je yang sempat tengok. Klu hari biasa memang tak sempat. Mas sangat baru dalam bisnes, banyak perkara yang Mas kena belajar. Kadang-kadang penat gak klu buat tak menjadi tu.. Tapi kena cuba dan terus cuba. Cuma kadang- kadang semangat up & down. Sebab tu Mas selalu attend seminar, baca buku motivasi dan berkawan dengan orang-orang jenis suka support kejayaan orang lain. Inilah cara Mas recharge energi dan semangat untuk meneruskan sunnah Nabi nie.

Panjang sangat kan, sorry klu terboring anda membacanya. Mas doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Jom sama-sama kita jadi usahawan beriman. 


Sunday 17 November 2013

Pengurusan Masa Antara Rumah Tangga dan Bisnes - Part 1

As salam semua.. 

Entry kali ini Mas nak sharing bagaimana Mas uruskan masa dengan anak-anak, kerja rumah dan bisnes. Mungkin ada di antara anda yang nak tahu terutamanya kepada anda yang baru nak cuba buat bisnes, tapi risau.. Kalau aku buat bisnes, sempat ke kemas rumah, masak dan uruskan anak-anak?

Sejujurnya, Mas pun dulu fikir macam nie.  Huhuhu.. kesian sangat kannn.. Tetapi, berkat sokongan suami dan sahabat-sahabat rapat, Mas teruskan juga bisnes nie walaupun kadang-kadang up, kadang-kadang down.. Jika bisnes, jangan takut gagal. Sebab? Bila kita gagal, Itu tandanya dugaan dariNya. Kenapa Dia bagi dugaan? Kerana Dia nak uji, sejauh mana kesungguhan kita di dalam bisnes yang kita buat. Apa niat dan tujuan kita berniaga? Jadikan kegagalan sebagai cabaran untuk lebih maju. Kata mentor saya, bila berniaga kita mesti "try, error & adjust". Barulah boleh jadi usahawan berjaya.

Lepas solat Mas mohon pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan harian dengan membahagikan masa antara bisnes dan rumahtangga. Mohon sungguh-sungguh, mintak dari hati. Allah suka kepada hambanya yang merayu kepadaNya. 

Mas ada terbaca di forum dan blog yang menyatakan surirumah tangga yang buat bisnes di rumah, biasanya rumah bersepah dan anak-anak tidak terurus. Ye ke, betul ke? Macam salah je, macam alasan je tak nak bisnes.. huhuhuhu..

 
Orait.. mungkin ya dan pastinya tidak untuk rumah Mas. Jika kita ada time management yang betul, Insyaallah, semuanya berjalan lancar dengan izinNya.


Rutin Pagi

Hari-hari mestilah bangun awal, mandi, solat subuh dan kemas bilik sendiri dan anak-anak. Sekiranya anda ada anak berusia 7 tahun ke atas, dah boleh start ajar mereka mengemas bilik sendiri. Walaupun hasilnya kurang memuaskan, tidak mengapa. Berikan pujian kepada mereka. Anak-anak suka dipuji dan mereka rasa sangat dihargai. Kerja-kerja seperti mengemas katil atau menyapu sampah adalah perkara mudah bagi kita, tetapi hakikatnya.. Bagi anak-anak, kerja-kerja sedemikian adalah sukar. Jangan dibandingkan hasil kerja kita yang dah berumur 38 tahun dengan anak-anak yang baru berusia 7-8 tahun..

Anak-anak Mas kemas bilik sendiri, Mas hanya adjust-adjust je apa yang patut sambil-sambil kutip pakaian kotor untuk dibasuh.Kemudian, basuh baju (guna mesin basuh je pun) dan keluarkan ikan atau ayam dari dalam freezer untuk proses defrost. Bila tiba waktu memasak, semua ikan dan ayam dah lembut, kerja jadi lebih mudah dan jimat masa.

Setiap pagi Mas share info atau elmu di FB Pages. Kiranya, pagi-pagi kedai dah bukak kan. Info yang Mas share biasanya Mas dah draft waktu malam sebelum tidur.. So, esoknya hanya post je di FB Pages. Sambil sarapan sambil fb dan reply sms dan wassap dari customers yang hantar lewat malam dan awal pagi setiap hari.


Lepas dah selesai semua tu, Mas sediakan bahan-bahan untuk masak lunch. Sambil siapkan-siapkan bahan untuk masak, anak-anak mengaji. Biasanya Mas biarkan mereka berlatih baca dulu dalam 10-15 mins sebelum Mas semak dan ajar. Alhamdulillah, hari-hari ubah surah baru. Tapi tula, mengaji tak istiqomah di rumah. Klu ibu lupa nak suruh, depa pun buat senyap je.. Cuma bila ada homework, memang terpaksa la skip mengaji. Time malam ngaji dengan ayah plak. 

Pukul 11:30 pagi anak-anak dah makan sebelum ke sekolah sesi petang. Time anak-anak makan, Mas packing barang-barang untuk di pos pada customer dan check barang-barang untuk hantar pada customer. Cuma ada la kadang-kadang tak sempat packing barang di rumah, packing dalam kereta pun bolehh!!


Jam 12:15 keluar rumah untuk ambil dan hantar anak ke sekolah serta jumpa customers yang nak produk.

Ini baru rutin dari pagi hingga tengahari. Petang ada lagi tugasan tau.. Nanti Mas sambung Part 2  plak.

Tunggu!!!!!
 

Monday 11 November 2013

ANAK ADALAH UJIAN ALLAH

Semua kita pun tahu anak adalah AMANAH, ANUGERAH dan UJIAN dari Allah.

Hari nie Mas nak citer pasal UJIAN.. Sebab semua dah tau yang anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.

Alhamdulillah.. Mas dikurniakan 5 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 3 orang perempuan. Pada zaman-zaman sekarang nie, adalah sesuatu yang melucukan bagi sesetengah orang apabila kami mempunyai anak yang ramai. Macam takde family planning katanya. Itu kata orang, kata kami.. Terima kasih kepadaNya kerana memberi kepercayaan untuk mendidik, membelai dan menyayangi amanah ini. Syukur kerana ramai orang diluar sana yang masih berusaha untuk mempunyai anak.


Kenapa ujian?

Maunya tak ujian. Ujian bermulanya apabila Mas dah disahkan mengandung. Masa peknen dah dapat ujian.. Tak tahan bau wangi dan busuk, muntah, pening, tak boleh bau orang menumis, tak boleh bau nasi mendidih dan macam macam lagi lah.

Tu baru part mula-mula peknen, belum masuk part perut dan besar.. kaki lenguh, nak tidur memang konpem tak selesa.. baring ngiring tak kene, menelentang tak selesa.. Hingga tiba waktu melahirkan, bertarung nyawa nak lahirkan ahli-ahli syurga ni.

Ujian kan?

Bila dah lahir, dalam pantang kita pun tak sihat dan masih lemah.. Nak kena  jaga baby pulak. Mandikan, susukan, layan kerenah yang pelbagai sebab kita tak paham apa dia nak. Tido malam memang 3-4 jam je sehari. Nak cover tidur waktu siang jangan haraplah yea.. Kim salam!!

Ujian ke ujian?

Anak makin membesar, kerenah makin bertambah yang mana benar-benar menguji kesabaran. Perkara yang tak boleh tu lah yang si comel nie nak buat. Lompat sana-sini, eksperimen barang2 dapur memang wajib. Kita guna pisau dia   nak, gunting dia nak, batu lesung dia nak.. Umur sekitar 1-3 tahun adalah waktu yang best tapi memenatkan sebab banyak kehendak mereka Mas tak paham. Bila kita tak faham, dia tension pastu nangis.. huhuhu.

Ujian memang ujian..

Bila dah masuk sekolah tadika, suspen je nak hantar.. Dalam hati berteka-teki, nangis ke tak? Dia happy ke tak? Masuk sekolah rendah dah ok.. Tapi susah hati part nak berebut beli makanan kat kantin. Macam mana la dia nak berasak-asak beli makanan. Tapi biasanya Mas cuba untuk pikir yang baik-baik sahaja dan alhamdulillah, dipermudahkanNya.

Ujian semakin mencabar!!

Ujian semakin mencabar bila anak sudah meningkat remaja. Mas dah ada anak lelaki remaja berusia 14 tahun. Remaja paling susah nak handle. Kita kena jadi kawan dia.. Tak boleh bagi arahan macam masa dia kecik-kecik dulu. Kena dengar dulu penjelasan dia, if salah kita tegur, tapi dengan cara berlembut. Remaja memang mudah panas hati dan memberontak. Parent yang ada anak remaja mesti faham sangat tentang perkara ini. 

Memang ujian kan bila kita ada anak. Mas biasa panggil anak-anak dengan panggilan seperti anak-anak ibu yang comel atau ahli-ahli syurga ibu yang comel dan juga dengan panggilan anak-anak ibu yang bijak.. selain drpd sayang, darling, baby dan manja. Bila panggil camnie.. Ada jgk yang mcm jeling-jeling kan.. Mas ignorekan je sebab pada Mas, apa yang seorang ibu fikir, rasa dan cakap.. semuanya adalah doa. Jadi, tak salah Mas doakan yang baik-baik untuk anak-anak kan? Jangan sebut anak mama yang notty walaupun niat bergurau, bila anak dengar, dia terus absorb perkataan tu bulat-bulat. Otak kita tiada filter, otak hanya menerima perkara positif dan negatif sahaja. Kita yang tentukan samada nak masukkan positif atau negatif.

Lagi satu ujian terhebat adalah part masak.. huhuhu. Mas berusaha belajar sebab anak-anak, hubby jatuh no 2. Apa yang anak-anak suka, usaha google resepi untuk penuhi permintaan mereka. Kami suami isteri kalau bab makan-makan tak cerewat. Menu harian atau lokasi restoran untuk makan, biasanya anak2 yang pilih. Kami ikut je. Kami makan di luar seminggu max 2 kali sahaja. Selebihnya makan di rumah. Air tangan ibu lebih berkat daripada air tangan mamak or tukang masak yang kita tak kenal.. baca bismillah ke tak? Cukup atau tidak solatnya? Waallahualam.

Ramai orang kata, menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara seorang. Mas ada 3 orang bakal anak dara.. huhuuu. Tapi buat masa ini, anak perempuan lebih mudah nak didik. Ini pada pengalaman Mas sendiri. Anak perempuan lebih mudah mendengar kata dan mendisiplinkan diri. Tetapi, anak lelaki Mas (sulong) lebih rajin membantu Mas dalam hal ehwal di rumah berbanding adik-adiknya. Lain anak lain karektor dan kepintaran. Masing-masing ada keistimewaan.. sebab tu walaupun ramai, bila takde sorang di kalangan kami sekeluarga, mesti kami masing-masing rasa kurang keceriaannya.


Kepada ibu bapa yang masih belum dikurniakan zuriat, berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh. Ini adalah ujian dariNya. Allah maha merancang, setiap rancanganNya pasti bersebab. Fikirlah secara positif dengan dugaan ini dan bersangka baiklah denganNya.


Thursday 7 November 2013

Mak owh Mak..


"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)


Mak cerita yang Mas dilahirkan di rumah dengan khidmat bidan kampung.. Time tu mana mampu nak pergi hospital. So, bersalin kat rumah je la.

Mas dilahirkan pada tengah malam, dlm pukul 1-2 pagi camtu. Saat Mas keluar dari perut mak, bidan tak sampai lagi.. tak sabar-sabar nak tengok dunia.. hihihi

Disebabkan bidan tak sampai lagi, arwah opah Siti Tijah yang jadi bidan terjun menyambut Mas ke dunia. Terima kasih opah!

Ingat lagi mak citer.. Abah gi panggil bidan tu naik basikal tua klu tak silap, patut la lambat sampai. Masa tu, itulah transport yang mak dan abah ada. 

Waktu kecik dalam umur 3-5 tahun.. Arwah abah bawak jalan-jalan naik basikal tua tapi ada raga besar kat belakang. Kakak Mas duduk kat palang depan & Mas duduk dalam raga. Masa tu best je duduk kat dalam tu.. hihihi.

Abah dah takde, kini kami hanya ada Mak sorang je.

Mak,
Terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan yang mak curahkan kepada kami adik beradik. Maafkanlah segala ketelanjuran kata atau perbuatan yang kami lakukan samada sedar atau pun tidak.

Mak,
Kasih sayang dan pengorbanan yang mak berikan kepada kami, tiada galang gantinya dan tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit maupun harta. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Mak,
Kami sentiasa ingat akan kesusahan mak dan abah membesarkan kami. Mak kerja kilang, keluar subuh, balik Maghrib & buat kiuh untuk jualan bagi membantu abah menyara persekolahan kami adik beradik. Mak mahu kami belajar seperti anak-anak orang lain. Sanggup hantar kelas tuisyen untuk memastikan kami berjaya di dalam pelajaran dengan cemerlang.

Mak,
Maafkan kami kerana kami kurang berjaya seperti yang mak harapkan. Mungkin belum rezeki kami lagi pada ketika itu.

Mak,
Dihari perkahwinan kami, maklah orang yang paling gembira dan excited merancang agar majlis perkahwinan kami adalah yang terbaik dan meriah. Tak cukup tidur menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan majlis bersejarah untuk kami.

Mak,
Apabila kami berjaya, maklah orang yang paling gembira. Mas ingat lagi, masa bawak mak tengok rumah baru kami.. Mak menangis kegembiraan tengok rumah kami sambil mengucapkan syukur kepadaNya. Semua ini adalah berkat doa mak dengan izinNya jua.

Mak,
Apabila musibah menimpa, maklah orang pertama yang mengalirkan air mata, susah hati, tak dapat lelapkan mata memikirkannya.

Mak,
Kami risau mak tinggal di kampung berseorangan. Tapi kami ikutkan kata mak jika itu yang membahagiakan mak. Kami tahu, rumah tersebut banyak tersimpan kenangan mak bersama arwah abah. Kami tahu mak sunyi dan rindukan arwah abah. Tiap kali terkenangkan abah, kita pasti menangis bersama.

Mak,
Kami semua cuba buat yang terbaik untuk mak. Walaupun kadang kala ada salah faham yang berlaku, kami tau kadang-kadang mak sedih, kecewa & kecil hati dengan kami 6 beradik, tetapi sesungguhnya kami tidak berniat untuk lukakan hati mak.

Mak,
Kami sentiasa dahagakan kasih sayang, belai manja, gelak-tawa dan doa dari mak. Doa mak sentiasa kami harapkan setiap masa dan ketika. Tanpa doa mak, siapalah kami ini.

Mak,
Terima kasih kerana telah melahirkan kami, membesarkan kami, mendidik kami, memarahi kami, merotan kami, meleteri kami, kerana semua itulah menjadikan kami seperti sekarang. Alhamdulillah.

Kami sayang mak!