Friday 4 October 2013

NIAT MULANYA BERNIAGA

Bercerita pasal niat ni, memang la sebab utamanya adalah DUIT. Betul kan? Mas dah berangan-angan nak berniaga online sejak tahun 2003 lagi sebabnya adalah bermula daripada Mas memang gila shopping online. Masa tu Mas tinggal di Nagasaki, Jepun selama 3 tahun. Jadi, di sana susah nak dapat ayam, daging dan makanan halal yang lain.

Kat mana dapat makanan halal?

Haa.. kami dapat bekalan daripada Peniaga Pakistan, yang mana kedainya terletak di Tokyo. Jauh tu antara Tokyo dan Nagasaki. So, kami order thru online.. (mula-mula tau pasal online shop ni, jakun giler). Every 2 week Mas order makanan halal dari sana macam ayam, daging, kicap Cap Kipas udang (jgn terkejut, memang ada) belacan, dan frozen food mcm nugget, samosa yang diimport dari Iran. Barang-barang tu depa hantar guna van yang macam lori ice cream tu.. Kat sana memang ada service delivery utk frozen food.. Harap pos laju boleh buat serivice macam nie one day.

Pastu, bila asyik beli online je kan, terus rasa macam bestlah kalau aku buat bisnes macam nie sebab boleh luangkan masa dengan keluarga jugak sambil kita menjalankan perniagaan.

Tapi kenapa tak start buat?

Sebabnya anak masa tu kecik-kecik lagi (alasan je kan, masa nie biawak lagi). Kami suami isteri memang giler beli barang online, hubby suka order alat2 photoraphynya. Kami juga beli buku anak2 dalam bahasa inggeris dan melayu (sebab kat Jepun buku english mahal dan tak banyak pilihan), buku agama, supplement dari Malaysia, tudung, baju dan tah apa2 barang kehendak yang lain.

Mas balik Malaysia secara tetap pada tahun 2008. Masa ni memang dah bincang dengan suami, jangan posting kat mana-mana sebab anak dah besar, mengganggu pembelajaran. Tambah-tambah anak sulung tu, sian dia. Konpius bahasa budak tu, sebab tu BM dia sangat lemah.. rasa bersalah kat dia.. huhuhuu.

Oh ya, sebelum tinggal di Jepun, kami pernah tinggal di Korea selama 1 tahun dan Jerman selama 3 tahun. Masa mula-mula ke sana, anak yang sulung iaitu Aiman baru 1 setengah tahun. Pada Julai 2008, kami balik ke Malysia, dia dah 9 tahun iaitu darjah 3. Nanti Mas citer lagi susah senang kami di negara orang, sebab kami pergi negara yang semua tak pandai berbahasa inggeris. (ayam itik la bercakap).

Sehinggalah pada tahun 2011 Mas bincang dengan suami, untuk teruskan niat dan cuba buat perniagaan secara online. Hubby pun setuju sebab masa tu Irfan (yg bongsu, konon2) dah berumur dua tahun.

Bermulalah episod kehidupan Mas sebagai surirumah dan peniaga online. 

Kenapa pilih bisnes tudung?

Mas pilih nak bisnes tudung sebab : Mas gila beli tudung online, kadang beli je, pakainya tidak.. huhuhu. So, asyik beli je kan, baik aku jual pulak.. itu je niat mula2. Kesian kan takde matlamat, maklumla baru nak cuba.

Pastu, start buat Fan Page, belajar ilmu berniaga dan sehingga sekarang masih lagi belajar dan tak putus-putus belajar. Pada Mas, dalam bidang perniagaan atau apa jua bidang yg kita buat, kita harus sentiasa belajar dan perbaiki.. belajar perbaiki, belajar perbaiki dan belajar perbaiki.

Berniaga adalah sunnah. Mari beramai-ramai kita praktikkan bersama sunnah yang satu ini. Berniaga bukan sahaja kita dapat tambah pendapatan, tapi faktor utama dalam perniagaan adalah Membantu Orang. Ramai cina yang buat sunnah ni daripada kita orang Islam. Tak tahu belajar, minat boleh dipupuk. 

Jumpa lagi!!







No comments:

Post a Comment