Sunday 17 November 2013

Pengurusan Masa Antara Rumah Tangga dan Bisnes - Part 1

As salam semua.. 

Entry kali ini Mas nak sharing bagaimana Mas uruskan masa dengan anak-anak, kerja rumah dan bisnes. Mungkin ada di antara anda yang nak tahu terutamanya kepada anda yang baru nak cuba buat bisnes, tapi risau.. Kalau aku buat bisnes, sempat ke kemas rumah, masak dan uruskan anak-anak?

Sejujurnya, Mas pun dulu fikir macam nie.  Huhuhu.. kesian sangat kannn.. Tetapi, berkat sokongan suami dan sahabat-sahabat rapat, Mas teruskan juga bisnes nie walaupun kadang-kadang up, kadang-kadang down.. Jika bisnes, jangan takut gagal. Sebab? Bila kita gagal, Itu tandanya dugaan dariNya. Kenapa Dia bagi dugaan? Kerana Dia nak uji, sejauh mana kesungguhan kita di dalam bisnes yang kita buat. Apa niat dan tujuan kita berniaga? Jadikan kegagalan sebagai cabaran untuk lebih maju. Kata mentor saya, bila berniaga kita mesti "try, error & adjust". Barulah boleh jadi usahawan berjaya.

Lepas solat Mas mohon pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan harian dengan membahagikan masa antara bisnes dan rumahtangga. Mohon sungguh-sungguh, mintak dari hati. Allah suka kepada hambanya yang merayu kepadaNya. 

Mas ada terbaca di forum dan blog yang menyatakan surirumah tangga yang buat bisnes di rumah, biasanya rumah bersepah dan anak-anak tidak terurus. Ye ke, betul ke? Macam salah je, macam alasan je tak nak bisnes.. huhuhuhu..

 
Orait.. mungkin ya dan pastinya tidak untuk rumah Mas. Jika kita ada time management yang betul, Insyaallah, semuanya berjalan lancar dengan izinNya.


Rutin Pagi

Hari-hari mestilah bangun awal, mandi, solat subuh dan kemas bilik sendiri dan anak-anak. Sekiranya anda ada anak berusia 7 tahun ke atas, dah boleh start ajar mereka mengemas bilik sendiri. Walaupun hasilnya kurang memuaskan, tidak mengapa. Berikan pujian kepada mereka. Anak-anak suka dipuji dan mereka rasa sangat dihargai. Kerja-kerja seperti mengemas katil atau menyapu sampah adalah perkara mudah bagi kita, tetapi hakikatnya.. Bagi anak-anak, kerja-kerja sedemikian adalah sukar. Jangan dibandingkan hasil kerja kita yang dah berumur 38 tahun dengan anak-anak yang baru berusia 7-8 tahun..

Anak-anak Mas kemas bilik sendiri, Mas hanya adjust-adjust je apa yang patut sambil-sambil kutip pakaian kotor untuk dibasuh.Kemudian, basuh baju (guna mesin basuh je pun) dan keluarkan ikan atau ayam dari dalam freezer untuk proses defrost. Bila tiba waktu memasak, semua ikan dan ayam dah lembut, kerja jadi lebih mudah dan jimat masa.

Setiap pagi Mas share info atau elmu di FB Pages. Kiranya, pagi-pagi kedai dah bukak kan. Info yang Mas share biasanya Mas dah draft waktu malam sebelum tidur.. So, esoknya hanya post je di FB Pages. Sambil sarapan sambil fb dan reply sms dan wassap dari customers yang hantar lewat malam dan awal pagi setiap hari.


Lepas dah selesai semua tu, Mas sediakan bahan-bahan untuk masak lunch. Sambil siapkan-siapkan bahan untuk masak, anak-anak mengaji. Biasanya Mas biarkan mereka berlatih baca dulu dalam 10-15 mins sebelum Mas semak dan ajar. Alhamdulillah, hari-hari ubah surah baru. Tapi tula, mengaji tak istiqomah di rumah. Klu ibu lupa nak suruh, depa pun buat senyap je.. Cuma bila ada homework, memang terpaksa la skip mengaji. Time malam ngaji dengan ayah plak. 

Pukul 11:30 pagi anak-anak dah makan sebelum ke sekolah sesi petang. Time anak-anak makan, Mas packing barang-barang untuk di pos pada customer dan check barang-barang untuk hantar pada customer. Cuma ada la kadang-kadang tak sempat packing barang di rumah, packing dalam kereta pun bolehh!!


Jam 12:15 keluar rumah untuk ambil dan hantar anak ke sekolah serta jumpa customers yang nak produk.

Ini baru rutin dari pagi hingga tengahari. Petang ada lagi tugasan tau.. Nanti Mas sambung Part 2  plak.

Tunggu!!!!!
 

No comments:

Post a Comment