Monday 11 November 2013

ANAK ADALAH UJIAN ALLAH

Semua kita pun tahu anak adalah AMANAH, ANUGERAH dan UJIAN dari Allah.

Hari nie Mas nak citer pasal UJIAN.. Sebab semua dah tau yang anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.

Alhamdulillah.. Mas dikurniakan 5 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 3 orang perempuan. Pada zaman-zaman sekarang nie, adalah sesuatu yang melucukan bagi sesetengah orang apabila kami mempunyai anak yang ramai. Macam takde family planning katanya. Itu kata orang, kata kami.. Terima kasih kepadaNya kerana memberi kepercayaan untuk mendidik, membelai dan menyayangi amanah ini. Syukur kerana ramai orang diluar sana yang masih berusaha untuk mempunyai anak.


Kenapa ujian?

Maunya tak ujian. Ujian bermulanya apabila Mas dah disahkan mengandung. Masa peknen dah dapat ujian.. Tak tahan bau wangi dan busuk, muntah, pening, tak boleh bau orang menumis, tak boleh bau nasi mendidih dan macam macam lagi lah.

Tu baru part mula-mula peknen, belum masuk part perut dan besar.. kaki lenguh, nak tidur memang konpem tak selesa.. baring ngiring tak kene, menelentang tak selesa.. Hingga tiba waktu melahirkan, bertarung nyawa nak lahirkan ahli-ahli syurga ni.

Ujian kan?

Bila dah lahir, dalam pantang kita pun tak sihat dan masih lemah.. Nak kena  jaga baby pulak. Mandikan, susukan, layan kerenah yang pelbagai sebab kita tak paham apa dia nak. Tido malam memang 3-4 jam je sehari. Nak cover tidur waktu siang jangan haraplah yea.. Kim salam!!

Ujian ke ujian?

Anak makin membesar, kerenah makin bertambah yang mana benar-benar menguji kesabaran. Perkara yang tak boleh tu lah yang si comel nie nak buat. Lompat sana-sini, eksperimen barang2 dapur memang wajib. Kita guna pisau dia   nak, gunting dia nak, batu lesung dia nak.. Umur sekitar 1-3 tahun adalah waktu yang best tapi memenatkan sebab banyak kehendak mereka Mas tak paham. Bila kita tak faham, dia tension pastu nangis.. huhuhu.

Ujian memang ujian..

Bila dah masuk sekolah tadika, suspen je nak hantar.. Dalam hati berteka-teki, nangis ke tak? Dia happy ke tak? Masuk sekolah rendah dah ok.. Tapi susah hati part nak berebut beli makanan kat kantin. Macam mana la dia nak berasak-asak beli makanan. Tapi biasanya Mas cuba untuk pikir yang baik-baik sahaja dan alhamdulillah, dipermudahkanNya.

Ujian semakin mencabar!!

Ujian semakin mencabar bila anak sudah meningkat remaja. Mas dah ada anak lelaki remaja berusia 14 tahun. Remaja paling susah nak handle. Kita kena jadi kawan dia.. Tak boleh bagi arahan macam masa dia kecik-kecik dulu. Kena dengar dulu penjelasan dia, if salah kita tegur, tapi dengan cara berlembut. Remaja memang mudah panas hati dan memberontak. Parent yang ada anak remaja mesti faham sangat tentang perkara ini. 

Memang ujian kan bila kita ada anak. Mas biasa panggil anak-anak dengan panggilan seperti anak-anak ibu yang comel atau ahli-ahli syurga ibu yang comel dan juga dengan panggilan anak-anak ibu yang bijak.. selain drpd sayang, darling, baby dan manja. Bila panggil camnie.. Ada jgk yang mcm jeling-jeling kan.. Mas ignorekan je sebab pada Mas, apa yang seorang ibu fikir, rasa dan cakap.. semuanya adalah doa. Jadi, tak salah Mas doakan yang baik-baik untuk anak-anak kan? Jangan sebut anak mama yang notty walaupun niat bergurau, bila anak dengar, dia terus absorb perkataan tu bulat-bulat. Otak kita tiada filter, otak hanya menerima perkara positif dan negatif sahaja. Kita yang tentukan samada nak masukkan positif atau negatif.

Lagi satu ujian terhebat adalah part masak.. huhuhu. Mas berusaha belajar sebab anak-anak, hubby jatuh no 2. Apa yang anak-anak suka, usaha google resepi untuk penuhi permintaan mereka. Kami suami isteri kalau bab makan-makan tak cerewat. Menu harian atau lokasi restoran untuk makan, biasanya anak2 yang pilih. Kami ikut je. Kami makan di luar seminggu max 2 kali sahaja. Selebihnya makan di rumah. Air tangan ibu lebih berkat daripada air tangan mamak or tukang masak yang kita tak kenal.. baca bismillah ke tak? Cukup atau tidak solatnya? Waallahualam.

Ramai orang kata, menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara seorang. Mas ada 3 orang bakal anak dara.. huhuuu. Tapi buat masa ini, anak perempuan lebih mudah nak didik. Ini pada pengalaman Mas sendiri. Anak perempuan lebih mudah mendengar kata dan mendisiplinkan diri. Tetapi, anak lelaki Mas (sulong) lebih rajin membantu Mas dalam hal ehwal di rumah berbanding adik-adiknya. Lain anak lain karektor dan kepintaran. Masing-masing ada keistimewaan.. sebab tu walaupun ramai, bila takde sorang di kalangan kami sekeluarga, mesti kami masing-masing rasa kurang keceriaannya.


Kepada ibu bapa yang masih belum dikurniakan zuriat, berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh. Ini adalah ujian dariNya. Allah maha merancang, setiap rancanganNya pasti bersebab. Fikirlah secara positif dengan dugaan ini dan bersangka baiklah denganNya.


No comments:

Post a Comment