As salam readers..
Sorry agak lama baru nak update part 2. Alhamdulillah, sibuk dengan urusan keluarga dan biz… konon-konon kannnn…
Last entry Mas share topic Anak Amanah Allah. Kali ini dengan tajuk " Betul Ke Cara Kita Pimpin Anak-anak? Kali nie Ustazah banyak bagi soalan-soalan untuk ibu bapa.. Sila jawab dalam hati yea..
1) Adakah didik anak tentang dosa dan pahala?
- bagitahu anak solat dapat pahala, tak solat dapat dosa.
- Terangkan pada anak2 tentang syurga neraka.
2) Siapakah orang-orang yang mandul?
- Orang yang mempunyai anak ramai, tetapi anak-anak tidak memberi manafaat kepada
ibu bapa.
- Orang gagal didik anak jadi soleh/solehah.
3) Bagaimana solat anak? Cukup 5 waktu?
- Tinggal solat, kawan ular menunggu di kubur.
- Call anak dari pejabat, tanya anak dah solat atau belum.
- Teman di dalam kubur adalah solat, Al-Quran, Taubat, Kebaikan kita. Jika tiada
semua itu, ularlah peneman.
4) Bagaimana anak baca Al-Quran?
- Hafaz? Fasih? Khatam? Dapat Syafaat?
- Kena check bacaan anak.
- Sunyi kubur kita jika tiada bacaan Al-Quran dari anak-anak.
5) Bagaimana pakaian anak anda?
- benar-benar tutup aurat ke?
- Benarkah kita takut azab Allah?
- Benarkah kita sayang anak-anak?
6) Bagaimana akhlak anak?
- Adakah sejuk mata memandang?
Ketika soalan nie satu persatu keluar.. Mas rasa kena penampar kiri kanan atas bawah….huhuhu..
Mari sama-sama kita renungkannya.
p/s : Ada part 3 la pulakk.. Tajuk " Duhai Ayah ibu, padamu letaknya syurga". Mas share later k.
No comments:
Post a Comment