Tuesday, 8 October 2013

BEST KE BEST TINGGAL DI NEGARA ORANG - PART 1

Assalamualaikum..

Kali ni Mas nak share pengalaman pertama masa di Hamburg, Germany. Mas pergi ke sana pada tahun 2000. Mas tu umur 23 tahun.. muda remaja lagikan. Anak dah satu, umur Aiman setahun lebih. Belum pandai jalan lagi.

Mas ke sana kerana ikut En Shuben yang posting ke sana selama 3 tahun. Mula-mula tu, bila hubby cakap dah confirm dia nak bawak Mas pergi, perasaan bercampur baur sebenarnya.

Sebab?

Satu, Mas kena quit belajar.. owh no.. sangat susah nak buat keputusan tu sebenarnya. Mas buat PJJ di Uitm. Dah hampir 2 tahun Mas pegi kelas waktu weekend. Nanti Mas share citer pasal pegi class time pregnant, best sangat masa tu sebab Mas je dah kawin, orang lain semua kapel-kapel je kan.

Then, apply cuti, pihak Uitm approved untuk 1 semester sahaja iaitu 6 bulan. Oleh itu, dengan berat hati, ku lepaskan jua dan fikir, ada rezeki.. balik nanti boleh sambung belajar sebab bila kira-kira 3 tahun kat sana, balik Malaysia, Mas baru 26 tahun.. boleh lagi belajar kan?

Untuk pengetahuan semua, suami Mas memang on-off Malaysia-hamburg. 3 bulan di Hamburg, sebulan di Malaysia sehinggalah projek dah betul-betul set up, baru dia boleh bawa Mas dan Aiman. Sejak berkahwin kami memang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Nasib baik masa Mas melahirkan Aiman dia ada.. klu takde huwaaaa...

Flight dah confirm, rumah dah ready. So, berangkatlah kita orang 3 beranak. Seperti biasa, emak, abah, mertua dan adik beradik hantar kat KLIA. Pastu nangis-nangis lah kan. Arwah abah siap pesan kat hubby " Jaga Mas & Aiman elok-elok". Sedih sangat time ni. :(

Bye-bye mak abah.. 

Mas ni pulak first time naik kapal terbang, teruja giler. Dalam sedih-sedih tu, excited dan membuak-buak nak naik kapal terbang.. hihihi. Mas lagi over excited daripada Aiman.. hahahahhaa..

Kitaorang pun boarding, masuk dlm kapal terbang, cari seat. Masa tu kita orang fly pukul 12 tengah malam. Perjalanan 8-9 jam kot.. lupa dah. So, kami banyak tidur je dan ulang alik ke toilet, but... mata Mas tak boleh nak lelap. Macam-macam perkara yang bermain-main di fikiran.

Plus jakun la nak tgk tv, nak dengar lagu, main game kat dalam flight. Kejap-kejap, peramugari served air.. huhuhuh..

Kami sampai pukul 6 pagi waktu sana. Dah sampai Frankfurt, kena fly pulak ke Hamburg.. huhuhu.. sangat penat. Sampai umah pukul 12 tengahari lebih kurang.

Tengok rumah pun jakun jugak.. hahahahahahahaa.. Kat dapur ada dish washer, kabinet dapur ala english classis dengan wall paper. Rumah kami hanya 2 bilik je. Tengok pulak bilik tidur kami.. wow.. memang jakun la sebab almari baju ada lampu. Tengok pulak bilik Aiman, wow lagi, sebab kabinet baju dan kabinet mainan semua built in. Kat Malaysia, masa tu klu built in kabinet semua umah datok datin je kan.. 

Bukan rumah sebenar..

Rumah kat atas nie, bukan rumah sebenar. Tapi rumah Mas kat sana lebih kurang macam ini, cuma kami tinggal di apartment 2 tingkat. Tapi attached 2 buah macam semi-d. Pintu masuk ada satu je, dalam gambar nie dua kan. Rumah Mas tingkat bawah sebelah kanan.

Gambar-gambar kami di Hamburg semua guna filem, masa nie tak mampu nak beli digital kamera lagi. huhuhu..
oklah, nanti sambung part 2 plak ye. Macam mana first time naik bas dan keretapi bawak Aiman dengan bawak stroller. Bawak Aiman jumpa doctor untuk suntik MMR.. cakap macam ayam itik, Mas pergi class bahasa dan macam-macam lagi.

Jumpa lagi nanti!!

Sunday, 6 October 2013

SEMUA ORANG MESTI ADA IMPIAN

Siapa kat sini tak tahu apa impian dia atau memang tiada impian iaitu mnenyerahkannya pada takdir? Setiap orang perlu berimpian. Tulis satu-satu secara details impian anda di kertas. Buat senarai berapa banyak impian anda. Orang yang tiada impian, adalah orang yang gagal.

Contoh penulisan : 

1) Membawa ibu bapa menunaikan umrah pada bulan Januari 2014
2) Menghadiahkan kereta Audi Q7 berharga 450k untuk isteri tercinta pada hari lahirnya.




Yess.. inilah yang Mas buat. Mas mempunyai banyak impian untuk mak, bisnes, suami dan anak-anak. Semua impian adalah untuk menggembirakan orang yg paling kita sayang. Kebahagian yang hakiki adalah apabila kita dapat membahagiakan orang tersayang.

Setiap hari, Mas baca impian-impian yang Mas tulis.. dan bertindak untuk menjadikannya kenyataan. Jika setakat tulis, tapi tiada tindakan, segalanya adalah sia-sia.

Tujuan Mas tulis impian-impian ini adalah untuk push diri untuk bertindak. Kita nie mesti nak kena ada sesuatu atau purpose yang membuatkan kita bertindak.

Mas akui, energy kadang-kadang up and down. Kadang-kadang bersemangat, kadang-kadang jadi down. Sebab itu kita kena pandai pilih kawan. Pilih kawan-kawan yang positif, pilih kawan-kawan yang suka melihat orang lain berjaya. Jika circle kita orang yang sebegini.. Insyaalllah kita lebih cepat untuk mencapai impian kita. Kawan yang terbaik adalah pasangan kita iaitu suami/isteri. Betul betul?

Cuba lihat siapakah kawan-kawan kita. Adakah dari golongan kaki gossip, pengumpat tegar, suka kondem kejayaan orang lain dan sebagainya, kerana kawan-kawan adalah melambangkan siapa kita.

Inilah rumah impian saya :). Jangan salah anggap yea.. kita berimpian bukan bermaksud kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada.. tetapi tidak salah jika kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Setuju ke setuju?

Kita berimpian mempunyai kereta besar dan mewah dengan tujuan membawa ibu bapa kita berjalan menaiki kereta mewah tersebut. Cuba bayangkan bagaimana wajah gembira ibu dan bapa kita ketika menaiki kereta mewah tersebut. Gambarkan di dalam fikiran kita, senyumannya, air mata kegembiraannya dan pasti mereka bangga dengan pencapaian kita.   


My Dream House

Cantik tak rumah impian saya?


Friday, 4 October 2013

NIAT MULANYA BERNIAGA

Bercerita pasal niat ni, memang la sebab utamanya adalah DUIT. Betul kan? Mas dah berangan-angan nak berniaga online sejak tahun 2003 lagi sebabnya adalah bermula daripada Mas memang gila shopping online. Masa tu Mas tinggal di Nagasaki, Jepun selama 3 tahun. Jadi, di sana susah nak dapat ayam, daging dan makanan halal yang lain.

Kat mana dapat makanan halal?

Haa.. kami dapat bekalan daripada Peniaga Pakistan, yang mana kedainya terletak di Tokyo. Jauh tu antara Tokyo dan Nagasaki. So, kami order thru online.. (mula-mula tau pasal online shop ni, jakun giler). Every 2 week Mas order makanan halal dari sana macam ayam, daging, kicap Cap Kipas udang (jgn terkejut, memang ada) belacan, dan frozen food mcm nugget, samosa yang diimport dari Iran. Barang-barang tu depa hantar guna van yang macam lori ice cream tu.. Kat sana memang ada service delivery utk frozen food.. Harap pos laju boleh buat serivice macam nie one day.

Pastu, bila asyik beli online je kan, terus rasa macam bestlah kalau aku buat bisnes macam nie sebab boleh luangkan masa dengan keluarga jugak sambil kita menjalankan perniagaan.

Tapi kenapa tak start buat?

Sebabnya anak masa tu kecik-kecik lagi (alasan je kan, masa nie biawak lagi). Kami suami isteri memang giler beli barang online, hubby suka order alat2 photoraphynya. Kami juga beli buku anak2 dalam bahasa inggeris dan melayu (sebab kat Jepun buku english mahal dan tak banyak pilihan), buku agama, supplement dari Malaysia, tudung, baju dan tah apa2 barang kehendak yang lain.

Mas balik Malaysia secara tetap pada tahun 2008. Masa ni memang dah bincang dengan suami, jangan posting kat mana-mana sebab anak dah besar, mengganggu pembelajaran. Tambah-tambah anak sulung tu, sian dia. Konpius bahasa budak tu, sebab tu BM dia sangat lemah.. rasa bersalah kat dia.. huhuhuu.

Oh ya, sebelum tinggal di Jepun, kami pernah tinggal di Korea selama 1 tahun dan Jerman selama 3 tahun. Masa mula-mula ke sana, anak yang sulung iaitu Aiman baru 1 setengah tahun. Pada Julai 2008, kami balik ke Malysia, dia dah 9 tahun iaitu darjah 3. Nanti Mas citer lagi susah senang kami di negara orang, sebab kami pergi negara yang semua tak pandai berbahasa inggeris. (ayam itik la bercakap).

Sehinggalah pada tahun 2011 Mas bincang dengan suami, untuk teruskan niat dan cuba buat perniagaan secara online. Hubby pun setuju sebab masa tu Irfan (yg bongsu, konon2) dah berumur dua tahun.

Bermulalah episod kehidupan Mas sebagai surirumah dan peniaga online. 

Kenapa pilih bisnes tudung?

Mas pilih nak bisnes tudung sebab : Mas gila beli tudung online, kadang beli je, pakainya tidak.. huhuhu. So, asyik beli je kan, baik aku jual pulak.. itu je niat mula2. Kesian kan takde matlamat, maklumla baru nak cuba.

Pastu, start buat Fan Page, belajar ilmu berniaga dan sehingga sekarang masih lagi belajar dan tak putus-putus belajar. Pada Mas, dalam bidang perniagaan atau apa jua bidang yg kita buat, kita harus sentiasa belajar dan perbaiki.. belajar perbaiki, belajar perbaiki dan belajar perbaiki.

Berniaga adalah sunnah. Mari beramai-ramai kita praktikkan bersama sunnah yang satu ini. Berniaga bukan sahaja kita dapat tambah pendapatan, tapi faktor utama dalam perniagaan adalah Membantu Orang. Ramai cina yang buat sunnah ni daripada kita orang Islam. Tak tahu belajar, minat boleh dipupuk. 

Jumpa lagi!!







Thursday, 3 October 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA, DAH CINTA JADI RINDU, DAH RINDU JADI ASYIK..

Assalamualaikum.

Salam perkenalan untuk semua. Jika anda dah kenal saya.. ini berita baik! Femes jugak lah anak pak Meor Radhi ni kan.

Ok, Saya nak kenalkan diri saya dulu boleh boleh?

Nama saya Maslina Meor Radhi, biasa kawan-kawan panggil Mas. Mas seorang surirumah tangga yang mempunyai 5 orang anak yg genius dan comel-comel (tengok lah acuan mana kann) iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Mas juga menjalankan bisnes tudung dan produk kecantikan secara online. Suami bekerja di sektor swasta di KL.

Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah rasa kurang yakin apabila menutup aurat yang dihadapi oleh wanita dengan menyediakan koleksi tudung-tudung yang trendy dan menawan bak bidadari, membuatkan suami anda pasti tersenyum bangga dengan penampilan anda.

Apa hal tiba-tiba ada blog ni?

Hihihi.. Tula, tiba-tiba rasa terpanggil untuk berblogging.

Motif?

Hurmm.. sejujurnya adalah untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup saya yang mana saya berkahwin awal, kawan-kawan semua bz study, Mas bz jaga anak.. hihihi. Jarangkan zaman sekarang orang kawin seawal 21 tahun. Anak bujang Mas dah berusia 14 tahun, suara pun dah garau.. hik. hik.. hik..

Mungkin kisah2 Mas boleh dijadikan inspirasi oleh ibu-ibu muda yang lain, atau surirumah yang lain untuk menjalankan perniagaan dari rumah seperti saya.. why not? Buangkan perasaan takut mencuba. Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tidak tahu kemampuan kita.. betul ke betul? Kalau dah cuba, kemudian gagal, kita bangkit semula dan belajar dari kesilapan. Lebih baik mencuba dari tak cuba langsung.

Walaupun kita surirumah, kita mesti ambil tahu hal semasa, berita semasa, mesti bijak dengan banyakkan membaca. Jangan jadi seperti surirumah kosong ilmu atau jangan fokus pada cerita-cerita sensasi artis semata-mata, tengok citer korea pastu menangis.. kannnn!

Apa kata kita belajar banyak perkara. Belajar ilmu agama, ilmu bisnes, ilmu menjahit, ilmu mendidik anak-anak dan banyak ilmu yang perlu kita pelajari. Join mana-mana kelas yang kita minat nak buat.

Saya faham, kebanyakkan orang (tak semua) biasanya memandang sedikit rendah dengan surirumah tangga kerana zaman serba maju ini, kebanyakkan wanita adalah bekerja. Bila kita yang tidak bekerja ini, dianggap belajar tak tinggi, tak pandai.. duduk je rumah, masak, jaga anak, kemas rumah dan layan makan minum suami sahaja.

Macam mana saya tahu?

Sebab saya dah merasainya sendiri. Bila ada yang tanya, "kerja kat mana?" Saya jawab "Tak kerja" respond semua orang mesti terperanjat.. "Haaa.. tak kerja?" Tapi saya senyum je.. :)

Wahh.. teremosi la pulak kan. Tapi betul.. tolong la sedar. Buat sesuatu untuk bantu suami kita, bantu anak-anak kita supaya zaman kanak-kanak mereka lebih best! Berikan yang terbaik untuk keluarga kita.

Mas nak share kata-kata daripada Prof Muhaya :

"Apa masalah yang berlaku kepada anak-anak kita, perkara pertama yang mesti kita buat adalah minta maaf pada anak itu dahulu. Kemudian, cakap pada anak. Jom sama-sama kita perbaiki diri untuk selesaikan masalah yang telah terjadi."

Lagi katanya " Kita kena check semula, majalah apa yang kita baca, rancangan tv apa yang kita tonton, radio apa yang kita dengar, dengan siapa kita berkawan? Kerana apa yang kita buat, adalah contoh untuk anak-anak kita."

Cer fikir balik.. apa jawapan pada soalan2 di atas.

Petikan dari Dr Fadzilah Kamsah " Jika nak anak cemerlang, kita mesti kena cemerlang dulu"

Mas pun masih lagi dalam proses memperbaiki diri, masih lagi memperbaiki skill mendidik anak-anak dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

Cukup dulu setakat ini.. En Shuben sedang menanti di birai katil.. chewaahhh.. Malam Jumaat, jangan lepaskan sunat yang satu tu.

Inilah suami dan anak-anak Mas. Meriah je kan sebab ramai.



Alhamdulillah, Allah murahkan Mas dengan anak yang ramai, suami yang baik, kehidupan yang cukup.. Memang bersyukur sangat-sangat. Moga kebahagian kami berkekalan hingga ke jannah.

Oklah kot untuk part perkenalan.. nanti Mas share lagi info tentang bisnes dan perjalanan kehidupan yang menarik untuk kita kongsi bersama.

Sayang anda semua!

#MaslinaMeorRadhi