Sunday 20 April 2014

BEBASKAN DIRI DARIPADA LIDAH BIAWAK

Untuk menjadi kaya dan berjaya di dalam perniagaan.. Cer baca apa mentor saya Dr Azizan Osman kata :

" Langkah terawal untuk mengubah prestasi perniagaan kita adalah menukar golongan rakan kita uang sentiasa pandang ke hadapan, serta menyokong di antara satu sama lain"

Golongan-golongan negatif (lidah biawak) ini tidak akan berhenti untuk melihat kita terjunam ke tanah dan terus kekal gagal. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyalahkan mereka apabila kita gagal.

Kerana manusia itu mempunyai pilihan, dan manusia itu juga bertanggungjawab dalam pilihan yang telah dilakukannya. Lidah biawak tetap lidah biawak. Tetapi ia tetap menjadi pilihan kita sama ada untuk terus bersama dengan golongan ini, atau memilih golongan yang mempunyai impian ke arah kekayaan dan kejayaan.

Itu hak kita. Maka buat pilihan saat ini.

Petikan buku : Kuasi Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan - Azizan Osman & Aqif Azizan.

No comments:

Post a Comment