Thursday 20 March 2014

Masak Paksa Rela

As salam semua.. 

Huwaa.. akhirnya berjaya juga Mas curi masa untuk update blog yang dah sebulan ditinggalkan.. Dah bersawang la jgk skit-skit.. Tapi lipas dan tikus masih belum sempat menghuni.. 

Kali nie Mas nak share antara pengalaman paling best Mas di negara orang.. Nie citer Jepun plak.. 

Entry lepas Hamburg kan.. (Sebenarnya banyak lagi nak sharing.. tapi nantilah ek)

Budaya kat sana memang berbeza sangat dengan kita. Mereka lebih sopan santun dari kita.. sentiasa saling hormat menghormati.. Bawak keta pun sopan hokeyy.. (Kecuali taxi, mmg brutal)

Wanita yang dah berkahwin.. Semua jadi surirumah tangga.. haaa.. best ke best?

So, para suami kejenya cari duit.. Para isteri menguruskan hal rumahtangga. Semua perkara isteri buat.. 

Suami keje.. Keje.. keje.. Dah memang cara hidup mereka macam tu kan.. so, tak timbul isu isteri merajuk hubby tak concern hal2 seperti gi jumpa doktor dsbnya.

Yang best.. kaum isteri nie mesti ada kelab/persatuan ibu2.. so, time nie la ibu-ibu nak release tension.. Mcm karaoke.. makan-makan potluck.. banyak aktiviti yang mereka buat.. Mas di paksa join persatuan nie jugak.. huhu.. Derang mmg suka foreigner sebab wanita2 nie sambil bertukar-tukar budaya, mereka nak improve bahasa inggeris.. Wanita2 moden nie.. tak kisah utk belajar bahasa inggeris.. Sebelum balik sini.. Mereka hadiahkan sepasang baju komino siap kasut terompah tu sekali.. (Tapi mana tah baju tu.. hihihi) 

Banyak jgk la activiti mereka yang Mas join.. dan mereka sangat suka datang rumah Mas.. sebab? Suka makanan Malaysia.. hihi. Mereka suka soto dan lontong.. 

One day, Mas dapat jemputan untuk demo memasak ikut negara.. macam Cooking Party la.. Otak nie mula la fikir.. apa nak masak.. apa nak masak.. kena fikir makanan tak pedas.. sebab jepun mmg tak makan pedas langsung.. tgk cili lari 100km.. hahhaa.. takut betul dgn pedas.. 

Pastu dpt idea.. buat ikan sweet n sour je lah.. Ok set.. bahan-bahan bawak sendiri.. 

Memang best dan panik sebab sambil masak sambil bgtau apa bahan-bahan.. kira ala-ala chef wan la kan.. hihi..

Wanita-wanita nie siap salin resepi.. sambil tgk Mas masak.. sambil tulis.. masa tu padahal Mas bukan tau masak pun.. Belasah je.. kikiki..

Campak-campak.. Hias-hias skit. Siap!!! 

Ikan masakanku paling cepat habis.. siap x cukup.. kepala pun derang belasah sapu.. Happy sangat masa tu.. Sebab masa tu ada masakan hong kong, ada malaysian friend buat clam sos tiram dan ada sorang masak western.. 

Esoknya, siap masuk surat khabar tau... sila jeles yea.. Mas dah masuk dlm surat khabar kat Jepun dulu sebelum masuk Metro & BH last 2 years. Tapi keratan tu hilang mana tah la.. (Banyak sangat pindah)


Saya yang serba merah tu yea.. Sila abaikan klu muka dah lain.. Pic taken tahun 2004 klu tak silap. Ni kat Ariake.. Citer Nagasaki blum nanti share yea.. 

Pengalaman kat Jepun memang best.. Mas sangat respek kerana mereka sangat disiplin, cekal dan berjiwa kental.

Dari zaman sekolah tadika, anak2 mereka dah dilatih berdikari, berdisiplin.. Lepas makan wajib gosok gigi tau.. Hihi..

Nanti Mas share tentang sistem pendidikan, hubungan antara guru dgn murid dan ibu bapa.. sangat best dan luar biasa.. 

No comments:

Post a Comment