Friday 24 October 2014

OH.. MANISNYA SENYUMAN KU

As salam semua.. 

Semenjak dua menjak nie.. saya dpt beberapa wassap dari sahabat di alam maya.. Ada yang mintak untuk berkongsi perniaagaan.. Ada yang ajak jv dan ada juga yang mintak tips..

Sebenarnya bukan senang nak senang. Untuk sampai ke tahap ini, banyak proses yang perlu dilalui.. Saya tak kisah untuk berkongsi tip.. Tetapi adalah best klu kita berbuat sesuatu, kita bermula dari bawah.. Supaya kita boleh melalui pelbagai fasa untuk mencapai apa yang kita mahu.

Tapi adalah sangat bijak, jika kita belajar dari pengalaman orang yang dah berjaya. Kita biasanya tengok kejayaan orang.. Tetapi kita tidak pernah nak ambil tahu.. Apakah cabaran-cabaran yang harus dilalui untuk sampai ke sesuatu tahap. Kita nampak yang best-best je.. Yang pahit kita lupa nak tanya..

Banyak sebenarnya yang terpaksa dilalui dan diharungi. Buangkan ketakutan, pecahkan dinding, belajar dari kesilapan dan sentiasa mencari elmu.. Insyaallah.. Kita boleh!!

Anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Amin..

#MaslinaMeorRadhi


Tuesday 21 October 2014

BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA

As salam semua.. 

Rindunya nak update blog. Saya suka berkongsi cerita di sini sebab boleh citer panjang-panjang.. merapu meraban.. Sebab biasanya pembaca di blog adalah orang yang suka baca artikel yang panjang-panjang. Berbanding di FB, orang lebih suka baca status yang pendek dan simple.. sebab mostly orang buka fb guna smart phone je kan... setuju ke setuju?

Sedar tak sedar... semakin hari makin ramai follower saya di fb.. tapi tidak di sini.. mungkin sebab saya jarang war-warkan tentang blog saya nie.. lagipun, dah kan jarang update.. mana nak ramai follower kann.. (tau takpe).

Kepada yang dah follow saya dari awal-awal blog nie di create.. pasti dah tau bagaimana perjalanan hidup saya... daripada seorang surirumah.. yang belajar pun tak sempat grade.. hinggalah kepada saya yang sekarang nie.. Apa yang saya lalui.. susah ke, senang ke.. perit dan getir yang saya harungi.

Saya belum cukup berjaya sebenarnya.. tetapi jika dibandingkan dengan saya 2 tahun yang lalu, saya telah melakukan perubahan hidup yang saya anggap sebagai sesuatu yang harus dibanggakan. Saya sedar, semua ini milik Allah, tanpa bantuanNya, saya takkan jadi saya yang sekarang. Syukur.. alhamdulillah.

Apa yang saya buat untuk jadi seperti saya yang sekarang?

Ok.. yang pertama adalah CARI ELMU. Elmu takkan datang bergolek depan mata klu saya tidak mencari, semuanya perlu dicari. Ada orang kata.. ko pandai cakap, boleh la buat biznes. Sebenarnya saya tak pandai cakap... tapi saya belajar untuk jadi boleh bercakap. Sebenarnya.. dalam apa pun bidang yang kita buat.. kita tak perlu pandai cakap pun... tapi kita kena FAHAM dengan apa yang kita nak sampaikan.. Insyallah.. kita pasti lancar untuk berkongsi. Bila tak faham, tu yang tak reti cakap tu... betul ke betul?

Macam mana saya cari ELMU?

Saya cari guna FB je... hihihi.. senang je. Saya follow pakar-pakar IM (Internet Marketer) yang femes-femes. 

Ada plak tanya.. mana dapat pakar-pakar IM nie.. sapa? mana nak cari?

Sebab tu saya sentiasa menjaga circle saya. Bila saya buat biz.. saya akan berkawan dan pastikan circle saya adalah dari orang-orang yang buat biz. So, daripada situlah saya kenal Tuan Faisal Abdullah, Tuan Raja Kamil, Tuan Ammar (Jootawan) dan beberapa orang lain lagi.

Bukannya bangun tidur tetiba je muncul nama-nama ini dalam kepala saya. Semuanya kita kena USAHA..

Begitu juga dengan elmu-elmu yang saya ada... bukan juga datang dalam mimpi.. atau guna ayat mentera... hihi..

Apa yang saya buat?

Saya hadir ke seminar-seminar yang saya rasa perlu untuk kemajuan diri dan biz saya. Bukan free.. tapi BERBAYAR. Tapi sedikit pelik bila saya hadir ke seminar berbayar.. ada plak yang sok sek sok sek.. Malas nak ambik kisah, bila penat.. senyaplah mereka kannnnn... Saya sentiasa berpegang pada satu prinsip "Biarla apa orang nak kata, janji Allah tau apa niat saya". Saya suka ke seminar berbayar kerana saya yakin.. bila saya invest utk menuntut elmu.. tindakan saya pasti diluar kemampuan saya. Klu yang free-free nie lemau skit tindakan sebab tak kuarkan apa2 duit kannn.. Saya la camtu.. anda semua tak.. korang ok.

Selain daripada menceduk elmu.. saya juga belajar daripada pengalaman orang-orang yang dah berjaya. Sekali lagi saya akan pastikan circle saya adalah terdiri dari orang-orang yang telah berjaya dan yang membawa saya untuk mencapai matlamat saya.. bukan berkawan dengan circle yang merendah-rendahkan usaha saya.

Sekarang nie.. saya masih lagi dahagakan elmu-elmu untuk memperbaiki diri dan juga biz. Insyaallah.. bulan december saya hadir ke satu lagi seminar baru.. yang saya tak pernah terfikir untuk saya hadir sebelum ini.. Dah daftar dah pun... excited dan sedang sawan menunggu waktunya tiba. Semoga Allah panjangkan umur saya untuk hadir ke seminar tersebut.

Doakan saya yea!

Anda kaya dan berjaya dunia akhirat.

#MaslinaMeorRadhi