Tuesday 26 November 2013

[CIRI-CIRI ORANG KAYA BERJAYA & BERKAT - Pesan Habib] - Sharing dalam Mini Seminar Magnet.


1) Senyum - bila sentiasa senyum, menarik lebih banyak magnet kebaikan. Tak caya sila buat. Tengok orang yang berjaya secara konsisten, semua muka mudah senyum.

2) Syukur - Orang bersyukur, tidak merungut. Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat Allah bagi. Semakin kita menuju ke arah kejayaan, makin banyak dugaan dan cabaran yang menimpa. Syukur walaupun dapat dugaan dan masalah.

3) Sedekah - Sedekah buat hari-hari. Permulaan, sedekah RM1 setiap hari.

4) Sujud - Lagi banyak kita bersujud, lagi banyak Dia beri pada kita. Allah suka kita sujud, meminta dan merayu padanya. Jika hidup tak bahagia, mungkin kerana kita kurang sujud padany atau mungkin solat dihujung waktu. Kita lewatkan solat, jadi Dia lewatkan nikmat kepada kita. Allah bagi kesusahan/dugaan supaya kita sujud padanya. Lepas sujud, baru Dia bagi kebahagian dan kesenangan. Buat dhuha hari-hari.

5) Selawat - Selawat 1 kali, Allah selawat balik pada kita 10 kali. Bayangkan Allah yang Maha agung selawat untuk kita!! Banyakkan selawat, rezeki berkat dan hidup pasti kita pasti berubah.

Semoga bermanafaat.

Monday 25 November 2013

SAYA SUKA HADIR SEMINAR DR AZIZAN OSMAN - Part 2

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - 24/11/13 - Berjaya Times Square KL - Part 2
===========================================================================

4 Align Penting Untuk Tarik Magnet.
--------------------------------------------

1) Magnet Fikiran - Sangkaan baik, belajar bersangka baik. Apa yang kita fikir adalah doa.

2) Magnet Hati & Jiwa - Apa yang terdetik di hati, adalah doa. Orang pemarah duit mudah bocor, duit mudah keluar macam air. Kereta rosak dsbnya. 90% orang, duit susah nak lekat kerana masalah hati yang dikenali sebagai "Simptom Kebocoran Wang". Perlu baiki niat. Bersihkan kolam hati.

3) Magnet Kata-Kata - Apa yang kita cakap adalah magnet. Tulis kat FB perkara yang baik, datanglah juga perkara yang baik. Tulis yang buruk, datang juga yang buruk. Orang bagi komen negatif atau positif berdasarkan apa yang kita tulis.

4) Magnet Tindakan/Amalan - Banyakkan memberi. Tak semestinya duit, tapi beri senyuman, beri bantuan, beri manafaat pada orang lain.

- Mentor Cina Peter Lau kata " Nak berniaga kena belajar dengan orang yang dah berniaga, bukan belajar dengan lecturer yang tak pernah berniaga"

- Siapakah mentor kita?

- Apakah matlamat kita?

- Kita akan menarik siapa mentor kita. Cari mentor yang sudah capai level tinggi barulah ada magnet tarikan yang kuat.

- Cari mentor yang boleh ajar orang lain.

- Nak berjaya kena berkat.

- Jangan buruk sangka dengan Allah.

- Untuk dapat sesuatu, kita kena beri sesuatu dulu, "Law Of Exchange"

- 1 kali kebaikan kita buat, 10 kali Allah balas kebaikan.

- Berniaga adalah alat untuk kita memberi.

- Orang yang bersyukur, kurang merungut.

- Orang yang suka komplain, duit mudah bocor, magnet tak boleh hold.

- Jiwa hidup dengan debu, kebahagian susah datang.

- Bersihkan kolam hati dan jiwa.

- Tukar cara bercakap, pasti kehidupan kita bertukar.

- Bila kita nak sesuatu, tolong orang lain dapatkan benda itu dulu. Inilah magiknya memberi.

- Buat orang lain bahagia, kita akan bahagia.

- Sunnah Nabi berniaga, tak payah kita nak fikir pasal hadis palsu tak palsu tentang 9/10 pendapatan adalah perniagaan. Dah tentu nabi berniaga, kita ikut sunnah tu.

- Isu orang melayu, takde ilmu berniaga dan ilmu pelaburan. Sebab melayu tak nak tuntut ilmu tu, dah pandai sangat!!!

- Melayu hidup dengan beralasan, anak kawin, kawan kawin bila time nak tuntut ilmu.

- Ramai orang nak pencen umur 56 tahun, harap duit EPF.

- Orang melayu suka buat bisnes skim cepat kaya, lepas tu melingkup.

- Ubah diri kita dulu, baru keliling kita berubah.

- Kita jadi yang terbaik, kita menarik perkara terbaik. Kita adalah magnet untuk tarik apa kita nak.

- Duplicate orang yang berjaya.

- Tukar kawan yang positif.

- Kita kena suka dengan orang-orang yang berjaya dan kaya. Bukan dengki dan pertikai kejayaan orang.

- Orang gagal suka menangguh.

- Orang berjaya, Fast Action, Fast Result.

- Pernah tulis berapa zakat nak bayar dalam matlamat kita?

- Kaya sebenar adalah kaya dengan sedekah.

- Nak Dhuha kena mintak izin bos, klu bos tak bagi, tapi buat jugak jadi haram. Sebab dia gajikan kita waktu tu untuk buat kerja.

- Berniaga lebih mudah nak dhuha dan sebagainya.

- Guna kekayaan dunia untuk tebus kekayaan akhirat.

- Berkat adalah magik. Walaupun sikit kita dapat, tapi sentiasa rasa cukup.

- Spend masa dengan mentor kita untuk dapatkan ilmu.

- Cari siapa yang dah berjaya dan luangkan masa dengan dia.

- Ilmu lebih berkat bila kita dekat dengan guru. Berbeza dengan hanya membaca buku sahaja.

- Kerja kita adalah memberi. Be a great giver.

- Jika berniaga nasi lemak, buat nasi lemak paling sedap supaya orang gembira bila makan nasi lemak kita.

- Klu karipap buat karipap inti kembung, kulit rangup. Orang mesti gembira bila makan karipap kita.

- Setiap apa yang kita buat, kita serahkan pada Allah.

- Niatkan Allah yang atur, kita hanya buat saja.

Jom sama-sama kita buat apa yang diajarkan. Mas pun masih lagi belajar.

Untuk Part 3, Mas nak share Ciri-Ciri Orang berjaya - Pesan Habib.

Part 3 lagi menarik dan best!!

Sunday 24 November 2013

SAYA SUKA HADIR SEMINAR DR AZIZAN

Alhamdulillah, semalam dapat jugak Mas hadir di Seminar Mini Magnet kejayaan & Kekayaan. Masa buat di Ampang, tak dapat hadir sebab anak masuk hospital. Kat Shah Alam sekali lagi tak dapat hadir sebab ada kenduri.. hihihi.. (Dr Azizan selalu perli alasan nie dalam class). Memang rezeki sebab tiba-tiba Richwork buka satu lagi lokasi di KL, Berjaya Times Square.

Mas nak share Elmu semalam khas untuk kawan-kawan yang tak dapat hadir seminar dan yang nak recharge elmu nie.

Seperti biasa class dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah untuk Kekasih Allah, ibu bapa, sahabat nabi, ahli keluarga nabi dsbnya.

=====================================
Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - 24/11/13 - Berjaya Times Square KL.
=====================================

- Kurang bersyukur, rezeki pun kurang berkat.

- Syukur kepada Allah sebab bagi kita rezeki.

- Ada juga yang dapat buku Magnet Free, tapi tak cakap terima kasih pada crew masa berdaftar.. huuhuhu.

- Crew yang datang buat keje semua free, tiada bayaran. Itulah prinsip "The Power Of Contribution". Terima kasih pada crews.

- Ada peserta masuk class 6 kali Free since tahun lepas. Dia datang jumpa Dr Azizan. Dia citer dia dah resign. Buat business dapat 30K sebulan. Masa makan gaji, pendapatan RM2k je. Sekarang dah daftar class advance.

- Berapa ramai orang ada impian?

- Berapa ramai yang betul-betul ada impian?

- Bila ada impian kena jelas dan details. Bila nak capai, bagi tarikh dan masa. Berapa jumlah wang yang kita nak capai.

- Impian kena TULIS, baru jadi matlamat. Klu impian tak tulis, itu hanyalah angan-angan.

- Bila orang tanya, bila nak kawin? Kita Jawab, insyaallah tahun depan. Tahun depan jumpa lagi orang tanya soalan yang sama. Kita kena tulis tarikh target kita nak kawin. Barulah jadi impian.. dan pasti anda dapat. Itulah magiknya.

- Dr Azizan masa umur 18 tahun, tulis impian umur 35 dia jadi jutawan. Tapi pada usia 32 dia dapat jadi jutawan. Masa Dr Azizan menulis impian pun cara paksa sebab hadir seminar. Mula-mula Dr Azizan pun tak percaya (sama macam kita la kan). Tapi, dengan izinnya, jadi betul.

- Kerana Allah mengikut sangkaan hambanya. Kita jangan buruk sangka pada Allah.

- Did u living with your dreams or you are leaving your dreams?

- Apakah ilmu kegagalan? Bila tidak ada ilmu kejayaan!!

- 90% daripada bangsa kita diajar belajar pandai-pandai, masuk universiti dan dapat kerja bagus-bagus kat Putrajaya.. kikiki..

- Ramai cita-cita nak kerja kat Putrajaya yang mana pendapatan dihadkan. Tunggu increment RM50 setahun.. 

- Jangan suka komplen kerajaan itu salah, pembangkang ini salah, nak bunuh yahudi.

- Bunuh negatif dalam diri kita dulu, baru pikir nak bunuh yahudi atau nak salahkan orang lain.

- Kita kena pendapatan lebih kerana ekonomi. Rumah makin lama makin mahal. Sama juga dengan barang-barang yang lain.

- Bagi anak duit belanja sekolah 50 sen boleh beli apa sekarang????

- Kita kena bebas utang. Jangan berhutang untuk bayar hutang yang lain. Banyak cara lain boleh buat dengan bayar hutang - Berniaga.

- Rezeki mudah masuk jika hubungan dengan anak, ibu bapa dan adik beradik adalah baik.

- Orang yang memberi adalah orang kaya - tak kira banyak atau sedikit.

- Orang yang menerima adalah orang miskin - sebab terima je.

- Bila buat bisness, masa dengan keluarga lebih banyak.

- 90% orang cina suruh anak berniaga. 

- Mentaliti orang melayu kena ubah supaya kita kuasai ekonomi bukan bangsa asing macam sekarang.

- Berniaga kita ada banyak masa dengan Allah. 

- Bila sangkut jem, tak dpt solat jemaah maghrib dengan keluarga.

- Kita orang melayu CEKAP dalam mencari sumber untuk buat pinjaman - koperasi, bank rakyat dsbnya.

- Dr Azizan pernah gadai umah mak bapak, pinjam along sebab nak bayar hutang. Masa tu saya takde ilmu, takde orang nak buat seminar tolong bangsa sendiri. Saya salah program diri saya.

- Dr Azizan pernah doa pada, Ya Allah, jika aku berjaya dalam perniagaan, aku berjanji akan tolong ajar orang lain berniaga dan berjaya macam aku.

- Tahun 2008, terjadi perkara buruk dalam hidup. Baru dia teringat yang janjinya belum tertunai. Bermula dari situ, saya start buat seminar untuk bantu orang jadi jutawan.

- Mula-mula buat, 9 orang je hadir seminar. Lepas tu buat lagi, 4 ribu yang hadir.

- Bila magnet programing kita salah, buat apa pun tak jadi, melingkup.

- Bila kita sangka negatif, semua benda negatif yang kita tarik.

Oklah, cukup dulu.. nanti sambung Part 2. Walaupun class setengah hari, isi sangat padat.

Dalam part 2, Mas share 4 Align Penting untuk Tarik Magnet kekayaan, Kejayaan, Kebahagian, Kesihatan & Keberkatan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 19 November 2013

PENGURUSAN MASA ANTARA RUMAHTANGGA DAN BISNES - Part 2 (last)

As salam pembaca semua.. Terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa anda membaca blog Mas. Entry kali ini adalah sambungan dari entry lepas k. 

Rutin Tengahari 

Waktu tengahari Mas hantar 3 orang anak sekolah petang (menengah & rendah) dan seorang ambil dari sekolah sesi pagi. Mula-mula hantar yang sekolah menengah dahulu, kemudian hantar 2 orang yang sekolah rendah. Yang sesi pagi balik dalam pukul 1ptg - 1.30ptg. Biasanya Mas sampai sekolah pukul 12:45 tghari. Waktu menunggu anak di luar pagar Mas abiskan masa dengan membaca atau reply sms/ wassap & pm dari customers sambil layan cd Hafiz Hamidon, suka dengar cd dia, rasa tenang sangat jiwa dan adakalanya ngantuk jugak.. hihihi.


Pukul 1 ptg anak keluar sekolah, merempit terus ke Pejabat Pos Laju dan jumpa customer. Biasanya kami sampai rumah pukul 2:30 - 3:30 ptg bergantung kpd kesesakan di pejabat pos laju dan jumlah customer yang Mas jumpa. Dating denganNya dan rehat-rehat seketika.. sambung semula keje umah spt angkat kain mana yg dah kering dan sidai baju untuk batch yang lain. Biasa part-part reply sms dan wassap memang rutin non-stop. Tengah drive pun reply.. huhuhu..

Rutin Petang

Masak nasi dan tambah-tambah menu untuk malam sebab waktu lunch Mas hanya masak satu jenis lauk je. Malam kena meriah skit sebab en hubby ada. Perut suami kena jaga jugak kan? Hubby jenis tak jerewet, masak lah apa pun, janji kenyang.. burppp!! Alhamdulillah. Pukul 6:30 petang kadang-kadang keluar sekejap hantar barang pada customer. Haaa.. Klu kena jumpa customer waktu ini, hubby sampai umah, takde la penyambut depan pintu.. Tp Mas text hubby awal-awal cakap Mas masih kat luar. Alhamdulillah, hubby faham. 

Rutin Malam

Solat Maghrib kadang2 jemaah, kadang2 solo. Kami makan biasa pukul 8 malam. Tapi sekarang magrib awal, kami dinner pukul 7:45 mlm camtu. Time dinner nie la quality time kami sekeluarga. Masing-masing citer activity masing-masing. Soalan wajib hubby " hari nie berapa sale?". Kikiki.. Klu banyak tu, laju je jawab. Bila sikit lemah nak citer.. huhuhu. Lepas mkn, budak-budak basuh pinggan dan kemas meja. Mas dan hubby lipat kain. Check homework anak-anak dan ajar apa yang patut. Homework siap baru boleh nak kpop ke, running man ke bagai.. Pukul 10 malam anak-anak tidur. Mas tidur lewat skit dalam pukul 12 mlm. Sebelum tidur draft sharing/info untuk dipost kat fb page. Klu ada idea tulis blog.

Tak tengok TV ke???

Tengokkk!!! Tapi weekend je yang sempat tengok. Klu hari biasa memang tak sempat. Mas sangat baru dalam bisnes, banyak perkara yang Mas kena belajar. Kadang-kadang penat gak klu buat tak menjadi tu.. Tapi kena cuba dan terus cuba. Cuma kadang- kadang semangat up & down. Sebab tu Mas selalu attend seminar, baca buku motivasi dan berkawan dengan orang-orang jenis suka support kejayaan orang lain. Inilah cara Mas recharge energi dan semangat untuk meneruskan sunnah Nabi nie.

Panjang sangat kan, sorry klu terboring anda membacanya. Mas doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Jom sama-sama kita jadi usahawan beriman. 


Sunday 17 November 2013

Pengurusan Masa Antara Rumah Tangga dan Bisnes - Part 1

As salam semua.. 

Entry kali ini Mas nak sharing bagaimana Mas uruskan masa dengan anak-anak, kerja rumah dan bisnes. Mungkin ada di antara anda yang nak tahu terutamanya kepada anda yang baru nak cuba buat bisnes, tapi risau.. Kalau aku buat bisnes, sempat ke kemas rumah, masak dan uruskan anak-anak?

Sejujurnya, Mas pun dulu fikir macam nie.  Huhuhu.. kesian sangat kannn.. Tetapi, berkat sokongan suami dan sahabat-sahabat rapat, Mas teruskan juga bisnes nie walaupun kadang-kadang up, kadang-kadang down.. Jika bisnes, jangan takut gagal. Sebab? Bila kita gagal, Itu tandanya dugaan dariNya. Kenapa Dia bagi dugaan? Kerana Dia nak uji, sejauh mana kesungguhan kita di dalam bisnes yang kita buat. Apa niat dan tujuan kita berniaga? Jadikan kegagalan sebagai cabaran untuk lebih maju. Kata mentor saya, bila berniaga kita mesti "try, error & adjust". Barulah boleh jadi usahawan berjaya.

Lepas solat Mas mohon pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan harian dengan membahagikan masa antara bisnes dan rumahtangga. Mohon sungguh-sungguh, mintak dari hati. Allah suka kepada hambanya yang merayu kepadaNya. 

Mas ada terbaca di forum dan blog yang menyatakan surirumah tangga yang buat bisnes di rumah, biasanya rumah bersepah dan anak-anak tidak terurus. Ye ke, betul ke? Macam salah je, macam alasan je tak nak bisnes.. huhuhuhu..

 
Orait.. mungkin ya dan pastinya tidak untuk rumah Mas. Jika kita ada time management yang betul, Insyaallah, semuanya berjalan lancar dengan izinNya.


Rutin Pagi

Hari-hari mestilah bangun awal, mandi, solat subuh dan kemas bilik sendiri dan anak-anak. Sekiranya anda ada anak berusia 7 tahun ke atas, dah boleh start ajar mereka mengemas bilik sendiri. Walaupun hasilnya kurang memuaskan, tidak mengapa. Berikan pujian kepada mereka. Anak-anak suka dipuji dan mereka rasa sangat dihargai. Kerja-kerja seperti mengemas katil atau menyapu sampah adalah perkara mudah bagi kita, tetapi hakikatnya.. Bagi anak-anak, kerja-kerja sedemikian adalah sukar. Jangan dibandingkan hasil kerja kita yang dah berumur 38 tahun dengan anak-anak yang baru berusia 7-8 tahun..

Anak-anak Mas kemas bilik sendiri, Mas hanya adjust-adjust je apa yang patut sambil-sambil kutip pakaian kotor untuk dibasuh.Kemudian, basuh baju (guna mesin basuh je pun) dan keluarkan ikan atau ayam dari dalam freezer untuk proses defrost. Bila tiba waktu memasak, semua ikan dan ayam dah lembut, kerja jadi lebih mudah dan jimat masa.

Setiap pagi Mas share info atau elmu di FB Pages. Kiranya, pagi-pagi kedai dah bukak kan. Info yang Mas share biasanya Mas dah draft waktu malam sebelum tidur.. So, esoknya hanya post je di FB Pages. Sambil sarapan sambil fb dan reply sms dan wassap dari customers yang hantar lewat malam dan awal pagi setiap hari.


Lepas dah selesai semua tu, Mas sediakan bahan-bahan untuk masak lunch. Sambil siapkan-siapkan bahan untuk masak, anak-anak mengaji. Biasanya Mas biarkan mereka berlatih baca dulu dalam 10-15 mins sebelum Mas semak dan ajar. Alhamdulillah, hari-hari ubah surah baru. Tapi tula, mengaji tak istiqomah di rumah. Klu ibu lupa nak suruh, depa pun buat senyap je.. Cuma bila ada homework, memang terpaksa la skip mengaji. Time malam ngaji dengan ayah plak. 

Pukul 11:30 pagi anak-anak dah makan sebelum ke sekolah sesi petang. Time anak-anak makan, Mas packing barang-barang untuk di pos pada customer dan check barang-barang untuk hantar pada customer. Cuma ada la kadang-kadang tak sempat packing barang di rumah, packing dalam kereta pun bolehh!!


Jam 12:15 keluar rumah untuk ambil dan hantar anak ke sekolah serta jumpa customers yang nak produk.

Ini baru rutin dari pagi hingga tengahari. Petang ada lagi tugasan tau.. Nanti Mas sambung Part 2  plak.

Tunggu!!!!!
 

Monday 11 November 2013

ANAK ADALAH UJIAN ALLAH

Semua kita pun tahu anak adalah AMANAH, ANUGERAH dan UJIAN dari Allah.

Hari nie Mas nak citer pasal UJIAN.. Sebab semua dah tau yang anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.

Alhamdulillah.. Mas dikurniakan 5 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 3 orang perempuan. Pada zaman-zaman sekarang nie, adalah sesuatu yang melucukan bagi sesetengah orang apabila kami mempunyai anak yang ramai. Macam takde family planning katanya. Itu kata orang, kata kami.. Terima kasih kepadaNya kerana memberi kepercayaan untuk mendidik, membelai dan menyayangi amanah ini. Syukur kerana ramai orang diluar sana yang masih berusaha untuk mempunyai anak.


Kenapa ujian?

Maunya tak ujian. Ujian bermulanya apabila Mas dah disahkan mengandung. Masa peknen dah dapat ujian.. Tak tahan bau wangi dan busuk, muntah, pening, tak boleh bau orang menumis, tak boleh bau nasi mendidih dan macam macam lagi lah.

Tu baru part mula-mula peknen, belum masuk part perut dan besar.. kaki lenguh, nak tidur memang konpem tak selesa.. baring ngiring tak kene, menelentang tak selesa.. Hingga tiba waktu melahirkan, bertarung nyawa nak lahirkan ahli-ahli syurga ni.

Ujian kan?

Bila dah lahir, dalam pantang kita pun tak sihat dan masih lemah.. Nak kena  jaga baby pulak. Mandikan, susukan, layan kerenah yang pelbagai sebab kita tak paham apa dia nak. Tido malam memang 3-4 jam je sehari. Nak cover tidur waktu siang jangan haraplah yea.. Kim salam!!

Ujian ke ujian?

Anak makin membesar, kerenah makin bertambah yang mana benar-benar menguji kesabaran. Perkara yang tak boleh tu lah yang si comel nie nak buat. Lompat sana-sini, eksperimen barang2 dapur memang wajib. Kita guna pisau dia   nak, gunting dia nak, batu lesung dia nak.. Umur sekitar 1-3 tahun adalah waktu yang best tapi memenatkan sebab banyak kehendak mereka Mas tak paham. Bila kita tak faham, dia tension pastu nangis.. huhuhu.

Ujian memang ujian..

Bila dah masuk sekolah tadika, suspen je nak hantar.. Dalam hati berteka-teki, nangis ke tak? Dia happy ke tak? Masuk sekolah rendah dah ok.. Tapi susah hati part nak berebut beli makanan kat kantin. Macam mana la dia nak berasak-asak beli makanan. Tapi biasanya Mas cuba untuk pikir yang baik-baik sahaja dan alhamdulillah, dipermudahkanNya.

Ujian semakin mencabar!!

Ujian semakin mencabar bila anak sudah meningkat remaja. Mas dah ada anak lelaki remaja berusia 14 tahun. Remaja paling susah nak handle. Kita kena jadi kawan dia.. Tak boleh bagi arahan macam masa dia kecik-kecik dulu. Kena dengar dulu penjelasan dia, if salah kita tegur, tapi dengan cara berlembut. Remaja memang mudah panas hati dan memberontak. Parent yang ada anak remaja mesti faham sangat tentang perkara ini. 

Memang ujian kan bila kita ada anak. Mas biasa panggil anak-anak dengan panggilan seperti anak-anak ibu yang comel atau ahli-ahli syurga ibu yang comel dan juga dengan panggilan anak-anak ibu yang bijak.. selain drpd sayang, darling, baby dan manja. Bila panggil camnie.. Ada jgk yang mcm jeling-jeling kan.. Mas ignorekan je sebab pada Mas, apa yang seorang ibu fikir, rasa dan cakap.. semuanya adalah doa. Jadi, tak salah Mas doakan yang baik-baik untuk anak-anak kan? Jangan sebut anak mama yang notty walaupun niat bergurau, bila anak dengar, dia terus absorb perkataan tu bulat-bulat. Otak kita tiada filter, otak hanya menerima perkara positif dan negatif sahaja. Kita yang tentukan samada nak masukkan positif atau negatif.

Lagi satu ujian terhebat adalah part masak.. huhuhu. Mas berusaha belajar sebab anak-anak, hubby jatuh no 2. Apa yang anak-anak suka, usaha google resepi untuk penuhi permintaan mereka. Kami suami isteri kalau bab makan-makan tak cerewat. Menu harian atau lokasi restoran untuk makan, biasanya anak2 yang pilih. Kami ikut je. Kami makan di luar seminggu max 2 kali sahaja. Selebihnya makan di rumah. Air tangan ibu lebih berkat daripada air tangan mamak or tukang masak yang kita tak kenal.. baca bismillah ke tak? Cukup atau tidak solatnya? Waallahualam.

Ramai orang kata, menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara seorang. Mas ada 3 orang bakal anak dara.. huhuuu. Tapi buat masa ini, anak perempuan lebih mudah nak didik. Ini pada pengalaman Mas sendiri. Anak perempuan lebih mudah mendengar kata dan mendisiplinkan diri. Tetapi, anak lelaki Mas (sulong) lebih rajin membantu Mas dalam hal ehwal di rumah berbanding adik-adiknya. Lain anak lain karektor dan kepintaran. Masing-masing ada keistimewaan.. sebab tu walaupun ramai, bila takde sorang di kalangan kami sekeluarga, mesti kami masing-masing rasa kurang keceriaannya.


Kepada ibu bapa yang masih belum dikurniakan zuriat, berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh. Ini adalah ujian dariNya. Allah maha merancang, setiap rancanganNya pasti bersebab. Fikirlah secara positif dengan dugaan ini dan bersangka baiklah denganNya.


Thursday 7 November 2013

Mak owh Mak..


"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)


Mak cerita yang Mas dilahirkan di rumah dengan khidmat bidan kampung.. Time tu mana mampu nak pergi hospital. So, bersalin kat rumah je la.

Mas dilahirkan pada tengah malam, dlm pukul 1-2 pagi camtu. Saat Mas keluar dari perut mak, bidan tak sampai lagi.. tak sabar-sabar nak tengok dunia.. hihihi

Disebabkan bidan tak sampai lagi, arwah opah Siti Tijah yang jadi bidan terjun menyambut Mas ke dunia. Terima kasih opah!

Ingat lagi mak citer.. Abah gi panggil bidan tu naik basikal tua klu tak silap, patut la lambat sampai. Masa tu, itulah transport yang mak dan abah ada. 

Waktu kecik dalam umur 3-5 tahun.. Arwah abah bawak jalan-jalan naik basikal tua tapi ada raga besar kat belakang. Kakak Mas duduk kat palang depan & Mas duduk dalam raga. Masa tu best je duduk kat dalam tu.. hihihi.

Abah dah takde, kini kami hanya ada Mak sorang je.

Mak,
Terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan yang mak curahkan kepada kami adik beradik. Maafkanlah segala ketelanjuran kata atau perbuatan yang kami lakukan samada sedar atau pun tidak.

Mak,
Kasih sayang dan pengorbanan yang mak berikan kepada kami, tiada galang gantinya dan tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit maupun harta. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Mak,
Kami sentiasa ingat akan kesusahan mak dan abah membesarkan kami. Mak kerja kilang, keluar subuh, balik Maghrib & buat kiuh untuk jualan bagi membantu abah menyara persekolahan kami adik beradik. Mak mahu kami belajar seperti anak-anak orang lain. Sanggup hantar kelas tuisyen untuk memastikan kami berjaya di dalam pelajaran dengan cemerlang.

Mak,
Maafkan kami kerana kami kurang berjaya seperti yang mak harapkan. Mungkin belum rezeki kami lagi pada ketika itu.

Mak,
Dihari perkahwinan kami, maklah orang yang paling gembira dan excited merancang agar majlis perkahwinan kami adalah yang terbaik dan meriah. Tak cukup tidur menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan majlis bersejarah untuk kami.

Mak,
Apabila kami berjaya, maklah orang yang paling gembira. Mas ingat lagi, masa bawak mak tengok rumah baru kami.. Mak menangis kegembiraan tengok rumah kami sambil mengucapkan syukur kepadaNya. Semua ini adalah berkat doa mak dengan izinNya jua.

Mak,
Apabila musibah menimpa, maklah orang pertama yang mengalirkan air mata, susah hati, tak dapat lelapkan mata memikirkannya.

Mak,
Kami risau mak tinggal di kampung berseorangan. Tapi kami ikutkan kata mak jika itu yang membahagiakan mak. Kami tahu, rumah tersebut banyak tersimpan kenangan mak bersama arwah abah. Kami tahu mak sunyi dan rindukan arwah abah. Tiap kali terkenangkan abah, kita pasti menangis bersama.

Mak,
Kami semua cuba buat yang terbaik untuk mak. Walaupun kadang kala ada salah faham yang berlaku, kami tau kadang-kadang mak sedih, kecewa & kecil hati dengan kami 6 beradik, tetapi sesungguhnya kami tidak berniat untuk lukakan hati mak.

Mak,
Kami sentiasa dahagakan kasih sayang, belai manja, gelak-tawa dan doa dari mak. Doa mak sentiasa kami harapkan setiap masa dan ketika. Tanpa doa mak, siapalah kami ini.

Mak,
Terima kasih kerana telah melahirkan kami, membesarkan kami, mendidik kami, memarahi kami, merotan kami, meleteri kami, kerana semua itulah menjadikan kami seperti sekarang. Alhamdulillah.

Kami sayang mak!